Quote

Recipe for success: Study while others are sleeping; work while others are loafing; prepare while others are playing; and dream while others are wishing. ~ William A. Ward

Sunday, 14 November 2010

Jodoh=Rahsia Allah

Lama rasa tak mencoret disini...agak menyepikah aku?? Tidak sebenarnya. Sebenarnya terlalu banyak yg ingin dituliskan, namun akhirnya semua entry itu hanya tersimpan didalam kotak draft! Aku sebenarnya sedang memalui proses yg agak sukar dlm hidupku. Biasanya tika hati lara begini, aku selalu ingin mengadu dan berbicara denganNya. Namun disaat2 TERLARANG begini ruangan inilah tempat aku meluah rasa. Sebagai peringatan kpd diri sendiri, dipagi yg hening ini, hatiku mengajak aku untuk berbicara tentang JODOH.

Sesuatu yg agak serius utuk dibincangkan. Namun sebagai insan biasa, kita memang takkan dapat lari dari membicarakan perkara yg serious. Ini adalah coretan, coretan dari hati & fikiran setelah menimbang segala kewajaran, nasihat, petunjuk, tauladan dan keREDHOan. Dengan rendah hati aku menulis sebagai peringatan kpd diri untuk kesekian kali agar aku tidak terus hanyuttt dibawa perasaan!

~Halnya tentang JODOH~

Jodoh itu rahsia Allah. Ia akan tetap tersimpan sebagai rahsiaNya sehingga tiba masa yang telah ditetapkan. JODOH, sudah ditetapkan didalam rukun iman yg ke-6. Bila tiba masanya JODOH sampai, tidak sedikit pn dapat kita lari mahupun mengelak darinya. Hidup bujang & berkahwin bagaikan 2 dunia berbeza. Ada yg kata jika panjang jambatan kita, maka panjanglah perjalanan kita untuk ke seberang. Jika pendek jambatan kita, maka cepatlah masa kita untuk keseberang [maka cepatlah jodoh tu sampai].

Bila sudah sampai masanya ia akan datang dengan mudah. semuanya berjalan dengan lancar dan pantas! Oleh itu, tidak wajar untuk kita berkeluh kesah kerananya. Tidak pula kita layak untuk membimbangi akannya. Bertawakallah setelah kita berusaha sedaya upaya untuk mencarinya. Namun jangan sampai melanggar batasan agama! ITU PERLU!

Sesungguhnya manusia sebagai makhlukNya hanya mampu merancang, Allah jualah penentu segalanya...

Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Bukan Allah tidak tahu akan kesungguhan kita bangun di waktu malam mengadu padaNya. Bukan Allah tidak tahu betapa peritnya derita yang kita tanggung. Bukan Allah tidak tahu kesungguhan kita mencari yang terbaik sebagai 'IMAM' dalam hidup kita. Tidak setitik pun perkataan kita yang tertinggal dari pemahamanNya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Yakinlah bahawa Allah tidak akan menguji lebih dari apa yang mampu ditanggung oleh hambaNya. Mungkin hari ini Allah menguji denga merasa kecewa, mungkin esok ada kebahagiaan yang kekal abadi.

Hanya Allah yang tahu. BERSABAR dan terus bersolat kepada Allah kerana sesungguhnya Allah jua lah yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya kebahagiaan yg terindah adalah mendapat rahmat dari Allah. Apabila tiba saat JODOH itu datang, sambutlah dia dengan hati terbuka dan jangan sesekali melepaskan dia pergi.

Tidak mengapa jika sudah merasa kepedihan dan kekecewaan. Jangan sesekali putus harapan. Ingatlah bahawa sesungguhnya janji Allah itu benar. It's just ALLAH got other plans! Mungkin dengan cara ini, kita akan lebih rapat denganNya.

~Halnya tentang aku~

Terpaksa aku akui, insan yg kecewa itu adalah aku. Sekian lama aku menyimpan kemas lipatan sejarah perhubunganku..namun akhirnya ia terleri jua [bukan niat jadi artis time berchenta sorok2, bila dh putus heboh pula] aku sendiri sebenarnya malu membicarakan sesuatu yg tak pasti. Namun mulai hari ini, mungkin aku akan lebih terbuka..terbuka berbicara dan meluah rasa. Maaf jika ada yg kurang faham, sebenarnya new entry sbelum entry ini masih tersimpan dalam draft entry..1 masa jika aku rasa ok..mungkin akan aku keluarkan..hhrrrmmm....

Aku mengerti tiada jodoh antara kami, nyata sekali jodoh dia sudah sampai sementara sudah terang dan jelas jodoh aku belum tiba lagi. Itulah HAKIKAT TERBESAR yang sudah pun aku terima. Ya Allah sungguh pun duniaku terasa gelap seketika..sungguh aku merasa ribut taufan datang melanda namun aku PASRAH ya Allah. Aku REDHO dengan ketentuanMu. Aku IKHLAS menerima segalanya kerana Mu ya Allah. Aku juga tidak bermaksud menyalahkan dia..

Namun aku tidak tahu..aku tidak tahu mahu berkata apa lagi. Aku masih percaya dia seorang yg baik, yg taat kepada Agama & kedua ibu bapanya. Namun aku tak tahu apakah yg terjadi disebalik semua ini. Mungkin benar itu pilihan keluarga. Namun aku teramat kesal kerana tidak dimaklumkan walau sehingga saat2 yg terakhir. Aku hanya tahu dr seorang sahabat, sahabat yg baik hati.

Kini semuanya telah BERAKHIR. Meski perit untuk aku telan, namun kehidupanku PERLU aku teruskan. Pd awal pengetahuan, perasaanku bagaikan membuak2 ingin BERBICARA dengannya..namun kini..hatiku membisu. Dalamnya kepedihan yg aku rasakan membuatkan aku BISU!

Terima kasih atas keIKHLASan yg diberikan. Terima kasih atas SENYUMAN. Terima kasih atas pengalaman. Kau adalah insan yg paling aku JUJUR selama ini..kiranya inilah harga yg perlu aku bayar untuk sebuah perhubungan yg hampir 10 tahun, kini aku bayarnya TUNAI dengan berita pernikahanmu. Mungkin aku adalah insan terpilih. Terpilih untuk merasai semua ini.

Mungkin hari ini aku kehilangan insan yg amat aku sayangi & aku cintai, namun disebalik semua ini sebenarnya aku mendapat anugerah seorang sahabat yg jujur & ikhlas mengasihi aku sbagai seorang sahabat. TQ ALLAH...

Note: Allah always answer our prayers..but sometimes the answer is NO

9 comments:

cyanamoose said...

ck...bersabar dan byk2 berdoa agar dapat pengganti yg lebih baik. ALLAH tahu apa yg terbaik utk kita. Apa yg terjadi buatlah tauladan agar lebih berhati2 dan terbuka utk berbicara sesuatu ttg hidup. Trust me! dgn apa yg ko lalui, buatkan ko lebih tabah. btw, bercinta slps kawen juga lebih baik sebenarnya. :)

ck said...

TQ k.cyna InsyAllah, amin. Ye kerana mahu kn bercinta lps kwn ku try bersederhana dlm perhubungan selama nie..tp hanya dia yg sdg bahagia skg ini.owhh..stop zakiah!

marvicn.com said...

cik kiah...citer ni buat aku sedih and nangis wei...lupakan dia..ingatkan kitorg ni..pasni aku nak bawa ko enjoy bersama aku...

ck said...

TQ maria..masih ada yg sayang..n now im crying..again!..but I understand we hv our own life..just go on, move on!

Yun said...

well my dear frenz, tuhan tu maha mengetahui, merasa keciwa tu bukan lah satu kesalahan. sbb kecewa tu merupakan kekuatan utk menempuh hari mendatang, rase nk nangis jek....sbb aku pon terkena 2kali dalam tahun ni..i hate 2010! hehehee

well, aku pon xsuke bercerita pada kisah yang xpasti hujung pangkalnya. bukan berahsia kan..cuma xpasti

My_Aqeelah said...

kiot..i've been there & done that. aku rasa ko pun tawu my stories even it is is a bit confusing hahaha.
rasa nak tertonggeng is biasa dan normal, ia membuktikan ko adalah manusia..bukan robot. sakit...memang sakit, ko akan rasa dikhianati. walaupun mungkin itu bukan niat dia. ntahla takde siapa yang tahu cerita sebenar melainkan Allah, dia & keluarganya. yang penting jangan bersangka buruk, kerana itu semua perosak hati. ko as kiot yang aku kenali memang baik hati. sumtimes aku pernah mendoakan hidup the other party tak happily ever after, itu dulu la masa aku tak kawin lagi. tp bila masa aku dah tiba, aku terus melangkah dan hanya mendoakan yg terbaik buat semua yang pernah aku kenali.
jodoh semuanya dah ditetapkan oleh Allah. aku tahu kau percaya itu. last but not least..awat hang tak habaq kat aku awai2?

ck said...

yun:yes yun we r human..haruslah KUCIWA hikk! :'(
a'ah..tak pasti kang org kate mencanang citer plak kn..yg ptg niat kite murni! eheee..:D

giah:sorry giah..aku memilih jln pasif dlm menghadapinya.ms tu aku kat ICU..sape yg jupe aku mesti napak kekeruhan hatiku.uhuu..sungguh aku tak bisa melindunginya haha..aku pikir aku BISA! ina kedah ade dtg tumpang umah aku ms tu pn napak perubahan akuew! ku tamau becerita coz it's make me more suffer..aida sblah umah pn ku tepakse citer sbb die kate aku kowos mendadak!ahaks! tp pas citer ku sedey smula..huk3
neway..now bit OK i tin' :D

My_Aqeelah said...

ko masuk ICU? bile?

ck said...

hehehee...ICU alam ciptaanku! gaggaaa..sila pahamkn cerita tersirat aku tu yeaa..nanti byk yg kuar lg..konpius plak pale otak ko.haha..sungguh ku suka bercerita abstrak!