Quote

Recipe for success: Study while others are sleeping; work while others are loafing; prepare while others are playing; and dream while others are wishing. ~ William A. Ward

Monday, 31 January 2011

tolong JANGAN ingatkan aku

paUse...
chOOppp..
tweet..[berhenti]sekejap..*dari kesinambungan cerita entry sebelum nie

bukan niat kembali beremosi..
cuma ada kala kepala terhenyak kembali
terhenyak dengan kata kata yang membangkit memori

bila aku berkata dengan jujur, seikhlas apa yang berlaku..kau kata aku jangan PURA PURA happy
bila aku kata ada masa suasana/lagu akan membangkit memori..kau tanya aku sudah buka BUKU BARU?
bila aku kata aku pelupa...kau kata aku BELUM LUPAKAN kisah yang lalu..
bila aku kata aku sendiri..kau fikirkan KISAH ITU lalu memandang aku ragu..

manusia memang lah macam tuew!..
boleh kau permanent delete kan semua memori mu?
bila aku kata aku bahagia seadanya..menerima keikhlasnya ketentuan perjalanan hidupku. bersyukur dengan apa yang ada dan bergembira seadanya. aku enjoy. kini aku buka mata planing DIA untuk aku sungguh membahagiakan aku..aku mahu nikmati kehidupanku.
~jangan kau persoalkan kenyataan itu..PURA PURA?

jika aku tanya kau kisah zaman sekolah sekolah dulu..masih ingatkah dikau?
begitulah aku. contoh senang bila aku dengar lagu 'rinduuuuu serindu rindunya', aku teringat zaman aku sekolah tingkatan 5. nak specifik lagi aku akan terbayang time aku balik tuition matematik..masa aku dan Hajariah duduk kat jembatan tunggu bas. nyanyi lagu itu! waakakaka..:p
jadi bila kau tanya lagi pada aku akan KISAH ITU pastilah aku masih ingat. bukankan baru saja berlaku bulan 11 yang lalu. masakan aku sudah lupa segala. masakan? sedang cerita zaman sekolah pun aku masih belum KELALEN!
~jadi jangan kau persoal akan BUKU BARU aku..bukankah kau yang ingatkan aku?

aku memang seorang yang senang lupa..orang kata LEPA..ada kata LEKA..senang cita orang kampung kata CARE LESS! mungkin sebab itu IC aku sudah 2 kali hilang! hahaa..sekali lepas ambil result SPM. call memba kat public phone, wallet letak atas phone dah tu lupa pulak nak ambil. sekali lagi masa kat UiTM. masa tu demam exam, paper business law ke insurance gitu la..IC letak dalam meja. abis paper lupa nak ambel! hahaha....tapi IC yang tu ade jumpa balik. tapi aku dah buat IC baru. so masa tu aku ade 2 IC! :p
jadi bila aku kata aku pelupa lagi dan baru baru ini hilang handphone pula. memang aku maksudkan itu
~jangan kau persoalkan ia dengan KISAH ITU

baru baru ini hidup aku serasa kembali porak peranda dengan segala macam kerja! siapalah yang tahu sambil mengadap lappy di rumah air mata aku turut meleleh! tak tau kenapa. tapi serius aku bukan lah sedih dengan kerja. aku pun tak tahu..tapi aku bahagia..aku buat seikhlasnya. seterusnya menjadi jadi pula aku stay back sampai malam. dari hidup aku keributan, stay-up malam malam dan kemudiannya bangon lambat pula! :p aku fikir baik aku stay saja di office. balik rumah tak yah fikir ape, tidur aje. jadi esoknya boleh bangun awal pagi dan pegi office lagi. 
memang aku stay sorang diri..tapi aku OK. Alhamdulillah dilindungi Allah. 
jadi aku katakan aku sendiri..sendiri stay di office
sendiri masa trip ke over sea..
~jadi kau jangan ingat aku maksodkan aku sendiri kerana PERISTIWA ITU

dan aku tak sangka..pagi ini bila aku bangun TV masih lagi terpasang..[well macam biasa tidur tak terancang] dan berkumadang muzik lagu INSYALLAH dari MZ. dan benar mengingatkan aku akan peristiwa itu. tapi itu biasa. aku memang macam itu. ada masa dengar lagu teringat itu ini. ada masa melihat tempat terlayang DEJAVU...tapi kemudiannya ia akan berlalu..tak jadi apa pun dah!

untuk semua itu aku hanya berharap aku akan menjadi semakin kuat. atas segala peristiwa yang berlaku bukan aku yang minta ia begitu. hatta bukan aku pun yang melakukan itu. ada masa diri bagai terasa dihukum kerana peristiwa lalu. salahkan aku melalui kehidupanku seadanya. kau mahu aku bersedih sepanjang masa? JADI aku rasa jawapan kepada semua persoalan itu dari sekarang dan kehadapan, seharusnya aku hanya perlu jawab dengan :) BEGINI..atau :D BEGINI...sahaja

tak dinafi ada masa aku meminta bantuan. ada masa aku bercerita jauh dari dalam hati. kerana aku manusia biasa yang punya rasa. ya bila aku tanya, makna aku minta nasihat. aku minta bantuan. namun bila diri masih terus terusan dinasehat itu dan ini..terasa SESUATU pula didalam hati..SAD!

people may only see/listen what they want to be saw/listened. walau kau kata kau sudah terbang setinggi awan hatta sudah sampai ke bulan, itu bukan salah kau jika mereka tetap memandang kau masih terduduk lagi dalam lobang itu! BIARKAN. kau tak boleh please semua orang :)
ucapkan TQ!

SEKARANG AKU MAHU recap! bukan menurut kemahuan mu..cuma andai itu yang kau mahu..aku birakan kau disitu sementelah aku mahu terus berlalu. moga moga kau faham apa yang telah berlaku [kalau kau sampai sinilah!] dan jangan tanyakan aku...dan sekarang aku mahu berdendang.dan.berdendang lagi...

'ALANGKAH INDAHNYA DUNIA JIKA KITA SEMUA MELANGKAH KE DEPAN..'

mood: senTap! :p

Sunday, 30 January 2011

Sendiri & Palm Tree

weeheeeee....

well..well..west![ape aku merepek nie!!]
sori..citer INTRO gempak..dah tu..hampe..wekk...wekk..wekkkk..:p

awalnye 830-830...akhir2 nie menjadi2 pula 730-930..eh3..melampau sudah aku neh![paham?? tak paham sudeh!] haihh..tak senang aku bile ade mende tak setel kan. kadang aku PK..nape tak de tempat tido kat opis aje. kan senang. bile bile mase bangon tido, rase nak buat keje..terus sambong aje :p

SENDIRI? aku OK..Alhamdulillah tak de 'sesiapa' datang mengacau! Minta sangat Allah lindungkan! :)

OK sebab dah janji new entry perlu kepada kinda story morry from Cambodia..so aku suka nak tepek picca bawah neh!

FYI, time skarang majority padi di Cambodia telah dituai. Tinggal lah pokok yang ala2 palm tree pada pandangan mata aku. Aku TAK PERNAH TENGOK![kinda as such fruit] aku ingat it's just sejenis pokok pinang yg aku pangil 'pokok buah gatal' wif buah yang kecik kecik..kale merah..har3 :p

the tree.. survive .. sendiri..

Most of da' sawah kat Cambodia ade pokok seperti di atas tu. Biasenye terdapat banyak banyak, berkelompok kelompok , berkawan kawan. Tapi yang atas nie..sensurang jek! Lucky me dapat captured die! hikss!! :D
buah dari palm tree itu..[katenye buah TAI?]..
erkkk...tak pernah dengauu...
Buah dalam picca nie memba beli di suatu tempat ala kawasan 'rehat R&R' kat area Kampong Cham. Nielah buah hasil dari pokok tadi. Rasa macam buah kelapa tawar!
orang kampong aku pengel..ANYES!..its TAWAR!
:p huhuu..


Owhh..baru baru nie sedikit terkejut dengan respon diberi pada 'rumah' ini..
Aku nyangka sepertinya mereka yg TAHU aku diluar sana tiada ramai yang tahu RUMAH ini. tapi sebaliknya!
Wow!
Sedikit malu aku disitu.hehee..
Sorry la ye bahase aku kadang merapu. ade mase belit pula. bila tak jumpa ayat ROJAK lah die.wahakss!

mode: lapa la...

Monday, 24 January 2011

The Story from Kingdom of Cambodia

The journey has begun
...and the story will reveal everythin'...
~never deny~
***
d' last day..CK@Angkor Wat, Siem Reap :)

hayyy..hayyy..mornin' everyone!
deaammmm..early mornin' 2day! hehee..[can't sleep!]

Well just wanna make some entry as a intro to the upcoming story morry merapu from me! 
please expect somethin' kinda story from CAMBODIA land..heheee...
but pls notice dat' event it's difficult to find some HALAL food..my WEIGHT GAIN! 
yes! I'll be never denied! :p


~just wonder will I have an ample time for kinda of MERAPU after tis! :p
welll..let's find some..:)
 till then..c u again! hiksss.. 

mood: GEDIX!

Sunday, 23 January 2011

Maher Zain Life in Concert~Melawati Stadium, Shah Alam

Salam...

1 January 2011.
hari itu aku dengar Maher Zain mahu bikin konsert di Malaysia lagi. hari itu aku nonton dia di kaca TV9. waktu itu khabarnya dia datang sini sempena sambotan tahun baru 2011 yang dianjurkan oleh Proton. [banyak RM proton neh!]

lepas dengar, aku ada sikit excited! aku ada rasa MAHU pergi!
aku skodeng sane sini kalau2 ticket sudah jual!
aku tinjau2 FB. tapi katenye BELOM jual lagi.
owwhh..aku cuma bimbang kalau2 lepas macam koncert yang tempoh hari..ngeeee.. :p

Konsert yang diwar-warkan itu bakal berlangsung pada 25th dan 26th February 2011.
Maher Zain Life in Concert
Kali ini concert bakal berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor. Dengan venue yang dikatakan sebegitu ample, pihak penganjur menjangkakan dapat memenuhi semua permintaan para hadirin yang ingin mendapatkan ticket! Insyallah katanya stadium mampu menempatkan sejumlah 12 ribu penonton pada satu2 waktu. eeemmm...ea?..yelah kot!


okeh. mandangkan aku rakyat biasa, tiada mensponsor atau disponsor makanya aku harus berusaha sendiri jika mahu HADIR itu konsert!

AKU SKODENG lagi dan lagi..sampailah aku 'terbang' tiada dijual lagi. sekembali aku dari Cambodia, semalam baru aku sempat skodeng lagi sekali. lewww...ropenye depa dah start jual itu ticket on the 17th January lagi. hari yang same aku terbang to obe'da'sea..


nak dekat seminggu lah ketinggalan aku neh! haihh!

Owhh..sabar dulu! sebenarnya jualan ticket masih berlangsung hehee...aku sempat lagik! :)
hahaa..saje wat saspen sket! Alhamdulillah baru saje berjaya mem'purchased itu ticket di alam maya! itulah cara yang paling mudah untOk aku yang tak bertransport ini![same macam tiQ zakyah..kereta blum beli lagi *kesan nonton MELODI tadi!]

kabarnya the ticket ada juga dijual di counter2 tertentu sekitar KLCC dan TTDI. tapi aku tak berapa nak tahu sebab aku RASA aku memang tak kan pergi beli disitu! kowang? kalau ada niat mahu beli on9 jom lah cheq sini >>>https://online.tickethotline.com.my/

till 10' c u later..

mood: control SENYOM..control lobang hidong..nanti semakin KEMBANG!..:p

Apa Kata Wanita

Salam...

aku masih mahu melangsai hutang minggu2 yang lalu. sEmak bin sErabot post draft aku. aku mahu kasi clear! kali nie aku mahu publish karangan & komen aku tentang program 'Apa Kata Wanita' (AKW). sikit je lagi mahu kasi final touch-up editing! mahu kasi tambah figure, mahu kasi tambah table, mahu kasi tambah link..biar lebih ngancam! haha tak de KEJE!

xoxoo..okeh akceli aku bukan pengikut setia siaran itu. tapi vekend lepas, sabtu yang lalu aku rasa borin kot! lantas aku layan TV1! :p owhh masa tu aku terbangun lewat dari tidur. lantas aku bisikkan pada diri..hyiii apa nak jadi. sememeh! patot tak ada yang mahu!' gagagaaa..:p:p
aku biasa memang tak boleh bangun lewat. nanti kepalaku bisa PUSING satu hari PENUH! tapi sabtu itu, lewat pula aku! dan OK pula pulak tueww! wahakss! ekkkkElehhh baru-baru nak belajar jadi bujang ke CK????? :p weiii orang lain lame dari dolu lagi dah buat weh!! :p :p :p
weyy!! sadap U!

sebenarnya petang hari tu aku ada temu janji. janji biasa, mahu keluar makan2 sama memba. lagi aku pon mahu cari barang keperluan ke obe'da'sea. so sambil kemas rumah sambil biarkan TV merapu! [oouuppsss sekali lagi di TV1 :p] aleh-aleh perhatian aku terperhati pada isu 'OH! DIMANA JODOHKU..?'

hahaa..sorry entry banyak pula berkisar tentang hal INI akhir2 nie. tapi aku mahu kau tahu..aku HAPPY. ini ulasan pasal rancangan 'itu'! ITU A.J.E :) 

yea dalam itu talk-show mereka telah update aku tentang statistik penduduk lelaki banding perempuan di Malaysia. nyata berdasarkan keputusan bancian terakhir yang telah selesai pada August 2010 LALU, jumlah penduduk lelaki adalah lebih ramai berbanding wanita :D
secara kasarnya:
jumlah penduduk Malaysia = sekitar 27juta+
lelaki = 14 juta+
perempuan = 13juta +

kau takot aku tipu yaa...jom skodeng sini..tak pon tengok stat. bawah neh! Rujukan: http://www.statistics.gov.my

owhhh..owhhh..JUMLAH! :p

nyata jumlah lelaki melebihi wanita! tiada istilah wanita lebih ramai disini.

persoalannya, lelaki bagaimanakah yang dicari? pastinya yang berkualiti. berkualiti bukan hanya bermaksod bergaji besar, berpangkat, berpoket tebal..tapi lebih kepada maksod lelaki yang 'menjadi orang!'

diberikan:
*tafsiran kolar biru: kerani/pembantu tadbir/pekerja kilang etc
*tafsir kolar putih: pegawai/executive dan ke atas

~pendapat panel, pasti wanita yang mempunyai kerjaya yang baik, sekurang-kurangnya mahu pasangan yang setaraf dengan mereka.

~fakta yang aku lihat disekelilingku; tidak semesti. ada saja wanita yang mempunyai kerjaya yang baik berkahwin dengan suami yang bekerja sebagai 'mat despetch' dan pekerja am biasa. yang penting hati budi. mungkin..ya itu mungkin. wanita kalau dah sayang memang semuanya boleh berlebih kurang. selagi 'si dia' jujur..it's just good enough.

menerusuri perbincangan banyak lah yang diperkatakan.
komen panel pada alasan 'belum sampai jodoh' ~ itu adalah sekadar alasan pertama yang diberikan oleh SUSPEK utama! pada mereka banyak lagi cara dan usaha perlu dilakukan oleh WANITA diluar sana.

katanya, memandangkan zaman yang serba moden ini, kelihatan seperti suatu KEPERLUAN kepada lelaki muda beristerikan mereka yang lebih BERUSIA. isteri berusia mampu mengurus & lebih tenang katanya. contoh terbaik diberikan pastinya dari Rasul kita Nabi Muhammad SAW bersama isteri pertama baginda Saidatina Khadijah binti Khuwailid. panel juga mentioned mungkin juga ada lelaki di luar sana yang akan fikir macam-macam, muken jugak ada yang akan jual mahal. kata eerrwww...disitulah para panel menyaran agar 'lelaki2 itu' untuk berfikir terbuka..
eemm..boleh ke?

tapi seperti kata Dr MAZA*, lelaki single juga mahukan perempuan yang lebih muda dari mereka. OK lets think +ve. mungkin ada yang seumpama. cuma tak ramai KOT! :p

hooohhh..
usul panel AKW, ayuh memulakan langkah pertama. tiada salah dan tiada DOSA. erkk..yea, memang tiada bersalah. cuma fikiran kita masih lagi ditakuk lama..fikir..'what desperate these kinda of women!' :p

Owhh..satu lagi info, mereka jemput pengasas laman web jodoh4u.com ke studio tau! itu pengasas telah jumpa sama die punya wifey dilaman yang sama! dilaman situlah! wah! si wifey terus terang mengaku telah mendaftar dilaman itu sejak mula habis belajar dulu! walau waktu itu dia masih muda, padanya tiada istilah 'desperate' dalam urusan yang satu ini! kita hanya perlu lapangkan fikiran dan terima keterbukaan.. hrrmmm....

so kepada si single diluar sana. MAHU daftar tak? uhuuu..aku belom lagik.
katanya maklomat sini ditapis. mereka filter seme makloman para ahli. lagipun mereka kenakan bayaran pengendalian RM80/year. so susah sikit la si somi mau samar2 menyamar!hakss!

sudah tengok sama tuan pengendali itu laman web di kaca TV..so ada sikit rasa konpiden lah!
makna die memang wujud di alam reality.melayu & islam :)
tapi tibe2 rase takot plak kan hahaa..
tapi ianya satu CARA yang boleh difikirkan lah! ya why not!
wey kamu! register lah!
ahakss! :p

berdasarkan hujah para panel, mereka meminta wanita berusaha dan jangan memberi 'alasan pertama' tadi. tapi pada aku, itu bukan alasan pertama. percayalah pasti ada sesuatu yang telah SI SINGLE lalui. PENGALAMAN mungkin juga menjadikan mereka lebih TEGAR mengharungi hidup dan menjawab semua soalan dengan selamba.

pandangan peribadi aku, aku tidak meletakkan sesuatu yang tinggi pada si dia yang dicari-cari. aku cuma mahu si dia yang mempunyai asas dalam beragama kerana aku sedar kekurangan diri. tapi tidak pula aku membayang seorang ustaz kerana aku tahu aku tidak sebaik ustazah! suatu waktu 'itu' aku juga telah ikhlas menerima dia seadanya yang berada di 'kolar biru' sedang aku, aku mengaku aku duduk dalam kelompok 'kolar putih'. aku tak mahu berkira kerana aku mahu dia berjimat untuk 'sesuatu'. ya. itukan usaha. namun apa yang terjadi itu adalah takdir. kita mampu merancang dan akhirnya Allah yang menentukan.

jadi jawapan aku sekarang..sejujur..seikhlas..dari hati terdalam [haha nak gelak ayat power TERDALAM! :P] jawapan terakhir dari si single yang BELUM SAMPAI JODOH itu harus kamu terima dengan hati terbuka. sepertimana kami terbuka menerima ketentuan Illahi, begitu jugalah kamu, kau, mereka, masyarakat di luar sana harus juga turut sama TERIMA.

disamping itu, teruskan usaha kamu wahai si single yang cantik manis..yang berdikari dan independant! you deserve to enjoy your life!

kalau bisa aku petik kata2 si single Linda Onn..kalau kita tahu..pasti kita sudah jawab tarikh bilakah ITU bakal berlaku!

mood: LAYANNN..apa lagi..ahad-ahad 12.30 on SUNday nie! :D

Saturday, 22 January 2011

Mr Sony..kau peRgi!



eisshhh....
badi?
kau tahu badi?
hahaa..ape aku mengarut neh sYaitOn!!

August 2008..I've lost my 1st sony ericsson HP! masa tu kenduri kahwen adik aku. as a person yang SANGAT penting, aku sangat bizi di dapor! tiba tiba teringat aku perlu mereply sms, lalu aku amik HP dari dalam bilik & reply to the sender. lantas aku bubuh HP itu atas peti ais! terus aku lepew!! bile ingat, majelis dah habis..dah petang! tengok2 atas peti ais HP dah tak de! makne HILANG la tu. habis seme contact number ^_^ itu kisah beberape tahun lalu...

Semalam, aku touch down di KLIA dari Siem Reap. selesai collect luggage, aku bejalan surang diri cari surau mahu jamak. geng aku seme lelaki & aku assumed mereka semua sudah ada yang menjemput. so aku malas nak tayang muka lama-lama berlegar depan depa sebab aku tak mahu ditanya balik naik apa. aku OK naik ERL. tapi aku takot ade plak yang PK ciannye naik ERL..eemm...aku dah biase. tolong jangan kesian. nanti aku akan rase bersalah takot 'susahkan hati' si penanya. kalau terpaksa aku akan buat helah..'ada akak saya nak datang jemput' :p

sebelum masuk surau aku singah toilet sebelah surau tu. surau yang aku pergi nie dekat bahagian luar lepas balai ketibaan, ke kiri kalau dari dalam dan disebelah kanan kalau korang jadi orang2 yang menunggu ketibaan sambil angkat itu papan tanda! hahaa.. terletak dibahagian hujung. dekat dengan tempat simpan luggage yang papan tandanya berkaler yellow.

sambil nak masuk menunai hajat aku baca 1 sms. lantas aku reply. biasa HP aku letak sekali dalam wristlets sambil wristlets itu aku sangkutkan di pergelangan tangan aku. dengan itu aku takkan ketinggalan dia. aku kan pelupa! TAPI kali ini, aku kan baru sampai. di Cambodia aku tak pakai itu wristlets mandangkan matawang yang digunakan beza. jadik aku letak itu HP dalam pocket handbag! jadik bila aku lepas baca itu sms & reply, mandangkan handbag aku sudah gantung di pintu toilet, aku pun letakkan itu HP atas tempat tisu di dalam 'kamar kecik itu!
all of them are kinda of Wristlets
rupenye masa aku keluar aku sudah lupe sama itu HP yang terletak diatas tempat tissue ituew! tanpa rasa bersalah, lantas aku terus ke surau. tiba-tiba teringat nak bagi tahu memba kalau mahu pas barang [sebab memba nak coti seminggu] sila tunggu aku dimana-mana. nanti aku datang. sekali, duakali, tigakali, sepuluh kali cari punya cari HP TIADA!
seorang akak yang baru masuk ke surau menyapa & bertanya. lantas bantuan ku pinta untuk mendail numbor talian HP ku. ringing call ada, tapi BUNYI bersamaku TIADA. barulah aku teringat agaknya aku tertinggal kat toilet ituuuu...
uuuuwwwaaaaaa..............

belari lari anak lah aku pegi semula ke toilet itu. TAK DE! si penjaga disitu [nampak budak-budak lagik] she's Indian. dia nampak aku terkocoh-kocoh lantas datang dekat bertanya. aku ceritakan. dia kata ada seorang mat saleh sudah masuk itu toilet tadik [emmm..dalam kepala aku HP murah pon mat saleh nak hambek ke?] tapi dalam hati aku masih berharap kalau lah betul mat saleh tu jumpa & ambil, semoga dipulangkannya semula di mana-mana counter. tapi dah memang tak de aku nak buat macam mana. 'si penjaga' itu pula coba-coba bagi ceramah sama kat aku! 'akak lain kali baik sikit lah..sekarang haa..ilang barang mesti susah nak jumpa punya'.. eeyyy..aku dah le rase lost! die pulak nak bagi ceramah! bingit TAHU? buat aku rasa marah pulak! eeyyy...laaaaa...

aku balik semula ke surau.
akak yang dekat surau tu try call lagik. ringing still ada. tapi aku sangat sure bunyi dari bag-bag aku memang TAK ADA! aku pegi public phone..sekali, dua kali, tiga kali..aku call ringing masih ada. masok 4 kali OFF sudah!
k70i yang hilang ituewww...
hoh! aku nak call maxis centre tapi number tak ingat! nak call operator pon tak dapat! nasib aku ingat satu satunye no..iaitu number HP akak aku..haha..dulu zaman belajar UiTM tak de HP lagik aku hafal number dia. lalu melekat terus dalam kepala sampai skarang! xoxoo..number lain hampe aku tak ingat langsung! teruk betul kan..beruk..ehh..ehh..nk type teruk tadi cam nak tertype berukk jekk..berukk..beruk..eh!

okeh dapat number maxis centre, tapi 1 lagik masalah. number 1300+++ atau 1800++ tak boleh call pakai public phone yea! 'NOMBOR DISEKAT' katanya! eeyyyyy..kemuncak dah aku rasa! puas aku pusing, KLIA pulak tak de booth maxis. celcom & DG aje ade! kebetulan ade sorang 'guard' lepak dekat dengan public phone. lantas aku tanya sama dia. dia pon kasik pinjam sama aku HP dia untuk buat call sama maxis centre. huh..akhirnya berjaya juga block line aku ituew. takot kang seSEDAP rasa die belasah gayut plak kan.. OKEH.

Setel.
tapi perasaan aku rase macam hilang wallet. aku rase bingung mahu BALIK macam mana hahaa..padahal wallet aku ade! RM pun ade! aku masih rase tak puas lagik. aku tak mahu tinggalkan itu stesen lagik. lalu aku ke kaunter pertanyaan. nak puaskan hati aku. aku kene bagi tahu sama seseorang. aku kene usha sampai kalau tak berjaya pun sampai aku rasa puas hatilah dengan usaha aku tu kan! In case, in case IF lah kan IF lah kalau ada siapa-siapa yang jumpa dan rasa nak pulang.

so aku tanya sama 'kakak' di kaunter pertanyaan. if any as such 'person' so that person boleh pulangkan HP itu di mana? kemudian akak tu minta aku tinggalkan details dekat counter. in case if betullah 'insan' yang jumpa tu nak pulangkan so dat' mereka boleh hubungi aku hahaa... berusaha kan. dah sudah tu, aku ke stall Nelson. mahu beli air sama jagung kasi reda hatiku yang bingung! :p sebenarnya suda tensen..rase nak makan! haihh!

aku minta jagung & hot coffee. aku jatuh BLURRR.. waktu pekerja tu kasi sama aku barangan yang aku order..aku tanya pula..'kenapa 2cup? akak minta jagung 1 jek'. pekerja situ kata, 'satu lagi air'..xoxooo.. aku gelak!

aku kata aku blurrr..baru lepas hilang HP..rasa macam hilang wallet & IC & semua documents penting! aku ceritaka pada mereka sebenar kejadian! :p lantas mereka tanya 'hilang kat mana?' aku kata 'kat toilet belakang'. mereka tanya lagi 'budak yang jaga tu ada tak?' aku kata 'ada, budak India kan yang jaga sana. dah tanya tapi takda!' mereka kata, 'tanya memang lah tak da. patot akak call masa akak kat toilet tu, so baru tahu betul hilang ke atau ada lagi kat toilet tu'

erkk...aku terpaku! betul juga, sepatutnya masa akak yang dekat surau tu call no.aku, patot aku pegi cheq kat toilet tu. tapi sekarang HP aku tu sudah di OFF. so nampak sangat memang macam hilang kan..eemmm....

dari air muka adik ber dua tu, aku macam dapat baca yang mereka tak berapa percaya dengan 'si penjaga toilet' itu. aku nak balik dah. tapi sekali lagi aku pusing kat toilet itu. nak puaskan hati. sekali lagi budak india tu datang bertanya itu ini. tunjuk concern. kali ini dia kata tadi lepas aku keluar sudah ada 2 orang masuk itu toilet.. aikk?? tadi bukan dia kata cuma ada surang mat saleh je ke yang masuk!

eemm..aku tak boleh nak tuduh. but IF..IF lah kan die yang ambik..my comment would be..she shouldn't work at such place. tidak AMANAH namanya itu. bekerja di bahagian yang boleh dikatakan 'MENJAGA' harta awam dan boleh juga dikatakan membawa imej Malaysian dengan saban hari berjumpa dengan orang ramai, ia memerlukan integriti yang tinggi. aku harap one day Malaysian can be like Japanese people! deamm...regret about our culture!

but personally aku redhoo. aku boleh rilek je lagi. aku tahu setiap kejadiah tu kan ade hikmah disebaliknya. tak de lah aku nak frust sangat-sangat. aku cume terkilan sebab hilang contact number yang tak sempat aku nak backup [cadang nak buat backup dengan maxis belum terlaksana & Mr Sony telah hilang dulu!] & terkilan sebab hilang all my personal picca yang memang bapak BANYAK tu kan! hahaa..

on the other side aku fikir, ditakdirkan Allah HP aku itu hilang supaya aku boleh luputkan seme kesan sejarah silam aku itu! haha..situ banyak BUKTI sms & gambo yang masih aku simpan sebenarnya! :p tapi sedikit malang, bukti dalam bentuk sms orang pinjam duit aku yang sampai sekarang tak pulang2 juga tuRut MUSNAH!uhuuuu..

eyyy..sungguh details & panjang pula penceritaan aku ini! arghh..kali nie aku mls nk edit. nah hambik kau! aku publish seme! hehe..

user posted image
nice cheap phone from samsung..
kinda of below rm100 colour basic phone!

~ok aku skarang back to basic..HP hanya untuk sms & kol saja ya! good e'nuf for my RM80/- :p :p :p

mood: badi dgn sony..looking for BB! hiksss :D

Friday, 21 January 2011

The Tourist

salam...:)

rasa sangat rindu mahu merepek disini..entah kenapa rasa di sini sunggu attached dengan kehidupan ku kini kikikieee.. sebenarnya sebelum 'terbang' Isnin lalu, aku mahu buat sikit review pasal movie seperti mentioned di atas. namun aku tak kecukupan masa pada waktu itu. jadi sebelum aku terus merepek baik aku langsaikan hutang yang ini dulu!
The Tourist Poster
The Tourist
Well as informed before, aku bukanlah jenis kaki waVyang! apetah lagi nak saje2 pegi tengok sorang diri citer homputeh kan! ahah! tapi itu dulu..sekarang selepas Tsunami hidupku dan kemasukan tahun baru, aku bisikkan pada diriku..why not? aku bukan buat dosa disana. aku pergi nonton bukan sama pasangan bukan mahram yang saling peagang tangan buat perkara sumbang. okeh e'nuf!

satu masa dulu aku fikir aku nie malas baca agaknya! muken aku dah tak tengok globe dan lupekan mata pelajaran kegemaran aku iaitu 'Geografi' itu! atau aku jugak dah tak bukak encyclopedia! sebab itu bila kawan2 citer pasal negara2 eropah aku rasa macam takjob dengan pengetauan die orang. sekarang bila aku coba2 tengok cerita luar negara, baru aku tahu...

tak perlu baca sangat lah CK..kau tengok filem pon dah cukup dah..so skarang aku sudah TAHU kenapa ada surang memba aku tu sangat suka veranganss mahu ke ITALY! skarang aku juga MAHU! aku juga sudah pasang ANGAN mahu jejak kaki di kota Venice! Hey! cantik ok!
GILE ape tak teringin ke sana!

Cadang aku....TONTON ini filem...aku SUKA! [haha itu AJE review untuk filem ini!:p]

Owhhh nak citer, di Cambodia ada channel TV ITALY tau! harus la aku layan..aku kan sudah pasang angan2 MAHU ke kota Venice! hah! Layannnnnn...

mood: verangansssss....

Sunday, 16 January 2011

ciNta buku? Yogya yOk!

kau suka buku?
aku suka! tak kira samada untuk baca atau koleksi semata! haha..
rentetan nonton show 'kembara buku' di TV1 [tibe tibe tengok tv1 kan!] aku rase nak pegi Yogyakarta lah! hikss!
pic hiasan..
courier baru sampai..koleksi buku beli dari 'booksforcahrity'

sebelum nie aku tahu Yogyakarta adalah sebuah bandar 'seni'..ada yang kata kota 'seniman jalanan'. bila aku baca novel novel seberang dapat aku rasa sana adalah semacam pusat pendidikan. ya betul!
Yogya adalah sebuah kota seni dan pendidikan. malah kota ini mempunyai jumlah universitas yang terbanyak di Indonesia!

sebenarnya yang mengujakan aku adalah kisah kembara di 'Universiti Gadjah Made'. konsep open universiti membolehkan siapa saja memasuki kawasan universitinya tanpa sebarang halangan birokrasi! wah aku lagi kagum sama 'Koleksi Hatta' di Hatta corner. Sebenarnya Bung Hatta adalah seorang negarawan Indonesia yang menuntut kemerdekaan Indonesia dari Belanda..hhrrmm.. Yayasan Hatta ditubuhkan pada tahun 1950..wow..dan di Hatta corner ini saja terhimpun sejumlah 40 ribu koleksi buku buku lama! buku pertama adalah diterbitkan pada tahun 1669 dalam bahasa Belanda!  Koleksi buku di sini khabarnya terdiri dari buku berbahasa Perancis, Belanda, Jerman dan Indonesia. wah! dan sekali lagi wah!

ahakss..masa aku ke Vietnam lebih kurang 5 tahun dulu..aku juga ada membeli buku sejarah Vietnam. tapi bila sampai di Malaysia aku dapati kualiti penerbitannya tidak sebaik kualiti penerbitan disini. The ink just like photostate copy..so sangat sakEt mata mahu baca! so aku pon tak de mood mahu baca dia, dan aku simpankan saja dia di rak buku koleksi aku! gaggaaa....

TAPI di Indonesia kualiti penerbitan adalah setanding Malaysia..malah di sana terdapat toko-toko buku yang lagi banyak dan hebat banding sini!

Marlina..kau sarjana bukan? tidakkah kau mencintai buku? Yok pegi Yogyakarta pulak yok!asik mahu pegi bandung saje..hahaa..alaaa..kau pasti tiada masa masuk ke blog aku ini kan! hikss!.

ppsss...walau Malaysia kelihatan lebih maju dari Indonesia, secara peribadi aku sendiri kagum dan suka dengan koleksi buku buku dari sana. mungkin kerana corak kehidupan, ekonomi dan sosio budaya masyarakatnya menjadikan pengkarya disana dapat menghasilkan buku buku yang cukup baik [bagi pandangan ku] untuk dikembang luas pasarannya! :) aku sendiri mencintai buku buku terbitan sana!


mood: baca BUKU!

Saturday, 15 January 2011

suke kAn..

Monday, 10 January 2011

jadi baGaiMana?

seMenet menjengah status Dr Maza*


DrMAZA.com

DrMAZA.com ‎..ramai wanita yang menjelang 30 atau lebih mengadu tentang sukar mendapatkan pasangan hidup..mereka ini kebanyakan mempunyai pendidikan dan rupa yang memuaskan..cumanya usia mereka menyebabkan sukar lelaki single mengambil mereka..ini disebabkan kebanyakan lelaki single masih muda dan inginkan yang lebih muda..dan lelaki 30an dan 40an pula biasa sudah mempunyai pasangan..apakah cadangan anda untuk masalah ini?

Saturday at 11:39pm ·  · 


kau nak cakap apa?
aku?
aku tak pernah menyangka aku akan termasuk dalam katagori ini. dulu aku selalu baca. aku ada fikir. aku ada minta..minta dijauhkan. tapi hari panas aku tiba tiba hujan. sekarang aku tak mahu fikirnya lagi. macam yang pernah aku cakap, aku akan jalani kehidupan aku ini sebagaimana selayaknya dia.

memandang status atas, otomatik kepala aku ada 2 golongan jawapan. 1 golongan jawapan datang dari para isteri, 1 lagi golongan jawapan datang dari para wanita yang tergolong dalam ini 'status'. jawapan TAMBAHAN pastinya datang dari pada lelaki bergelar SUAMI!

aku nak komen apa? nanti controversi!
tapi sejak HUJAN dalam bumi aku itu, fikiran aku memang sedikit LIBERAL!
aku tak berani nak bantah KUAT! dari dulu lagi aku tak berani sebab aku takot kene diri sendiri. dan sekarang lagilah aku tak berani! yang aku TAHU kini..
aku cume nak HAPPY!
happy pada aku perlu TANPA SYARAT!
tak semesti kawin baru gembira
tak semesti ada anak baru bahagia

BETUL!
aku setuju pendapat kau, berkahwin & beranak itu kan fitrah manusia. sunah Nabi tu. insan yang LENGKAP diangap mereka yang telah menyandang gelaran suami/isteri & beranak pinak. aku tak tolak hakikat itu. aku sendiri dari dulu lagi memikirkan ITU adalah antara tanda kesempurnaan seorang insan. tapi ada masa semenet dua neuron aku dihempuk dengan pandangan seorang ustaz. kata dia, 'kalau perkahwinan itu menjanjikan bahagia, jadi bagaimana dengan mereka yang berantakan rumahtangganya.. kalau anak itu membawa bahagia, jadi bagaimana dengan ibu bapa yang menangis kerana perbuatan sang anak derhaka?'

kenapa?
takut dihari TUA tiada yang menjaga..tiada yang menemani?
JADI kau pasti kau akan hidup 10/20/30/40 tahun lagi?

ranting, dahan & pokoknya kita hanya perlu bersyukur dengan kehidupan kini dan lalui seadanya.
berbalik kepada persoalan diatas. bak kata Dr MAZA, Islam sudah ada jalan penyelesaiannya. tapi bagaimana dengan penerimaan masyarakat kita? boleh terima ke? aku bukan nak kempen MENERIMA sebab nasib aku sekarang nie dah termasok dalam 'golongan ini'. tapi aku nak kempen pada masyarakat kat luar sane, belajarlah untok MENERIMA seseorang itu seadanya.

sebab minda aku sesejak nie sering berpusing tertonggeng tongeng dan terpusing dengan persoalan INI disebabkan masyarakat sekeliling! jika 'golongan ini' memilih jalan BERKONGSI kasih pasti ada yang akan memandang h***! KAU mengata sesuka rasa $%%$$$#@@#$##**&^%^&. GOLONGAN INI akan salah sepenuhnya! tapi jika 'golongan itu' memilih menjalani kehidupan sendiri kau kata dia anD**** pula! sungguh memilih dan serba tak kena..

JADI BAGAIMANA?


KAU TAHU?
itu antara sebab kenapa aku merelakan 'kisah silam' aku terus menyepi. aku bukan tak merasa tiada berharga sesisa s**P**! ikutkan hati, MAHU AKU TUNTUT setiap butir penjelasan dari kalam dia! mahu aku tuntut setiap titik keringat & basahan mata! tapi aku tahu. kalau aku KEJAR. pada akhirnya bila KAU mendengar cerita dari 'sebelah sana' akhirnya aku lah yang akan dipandang BERSALAH! kerana die sudah berpunya. tahu kah kau cerita dari sebelah aku pula? hah! kau tak perlu tahu. buang KAREN aku! 


~sebenarnya sudah ada yg cOba2 mengingatkan aku 'sana' tiada bersalah! TQ sy tahu. sy pergi 'rumah dia' hanya untuk tahu jalan cerita sebenar. tiada setitik pun sy tinggalkan dakwat beracun lagi BUSOK saya ini! end.

mood: yang penting HAPPY!..

Sunday, 9 January 2011

camBodia

sejak dua menjak..

negara atas nie selalu berniang berlagu kat telinga aku
sebab macam bizi aku buat DEK aje and macam tak peduli! hek2 :p
baru jumaat lepas aku BUKAK mata pandang luas2 itu CALENDER...
wah!
tinggal seminggu AJE mase untok aku bersiap sedia!
eyyy..bukan END of Jan ke!!! uwaaaaa...

tak silap PASSPORT ku bakal mamfus by early of JULY
setau aku minimum requirement passport visitor kene valid at least 6 months to enter foreign country. mula lah aku berkira boleh ke pegi dengan passport sekarang nie?! macam cukup-cukup 6 bulan aje! tapi bile kire2 sebenarnya cuma valid 5 MONTH!
ahh!!
baca dalam forum..BAIK JANGAN AMBIL RISIKO YA. and sebenarnya TAK boleh pon...meh aku petik sikit kata2 mereka..

Trust me. I worked in the airport as a check-in staff for a major airline. You will need at least 6 months validity for your passport. It is NOT worth the risk to try to travel to Asia with a passport less than 6 months. You will get deported back to the last country you left at your OWN cost. And once you return to there, you will be held in a deportee room and send back to your own country. You just going to waste your money,time and breath just talking or pleading with the immigration officer.

Morgan'
xoxooo..makanye aku jangan BERANI2 mengada nak cuba try test pegi sana dengan my current passport! baik ko pegi renew sane CK!

adoooiiiiiiiiiiiiiiiii..aku dah le tengah banyak keje!!! aku sungguh tidak suka! kuar waktu keje time rase masa itu bagai nyawa! gagagaaa....POYO ke? [kenape aku tak series dalam penulesan sesejak neh! cube bagi maklomat berinpomasi sket! hah!]

baDan~naseb lah kaU!
balik malam lagik la KAU sepanjang minggu depan! hahahaa...gelak sikit..kasi hati riang! :D HAHAHAAAA aku tak mampu nak senyom..gelak je BOLEH skarang!

OWHHH...sebenarnya office immigration buka pada hujung minggu ya. sabtu & ahad 8.00am-1.00pm. so untok further information office mane yang buka sila tekan sisi. tapi  since vekend nie mak aku turun sini untok jumpe dokte lagi, makanya tak sempat lah aku nak pegi immigration on vekend kan. macam poyo kan masok keje lambat nak renew passport kan. tapi nak buat macam mane. dah aku tak de mase lain lagik KANN!! ggrrr..sukati kau lah mo cakap apa!

sikit review untuk cambodia pada hari ini:
~ official religion : Theravada Buddhism - 96%
~ minority : Muslims, Cham, Chinese, Viet & hill tribes.
*TQ Mr Wikipedia.*winkk!!*

owhhh..dengan maklomat yang SANGAT penting ini [sangat lahhh :p] aku kene bersiap sedia dengan bekalan secukupnya! haihh!

STOP!
cepat berenti merapu disini. cepatt sambong keje sok KAU mahu masok OPIS lambat kan!

mood: wat keje!$$$$$^&**(&^???????RM??@@{{}!!!

Friday, 7 January 2011

SenyOm~Smile


SEN..SEN..SENYOM...
asalnya dari awal DEC ritu mahu share ini lagu dalam itu muka buku..
mahu dedicate to all my fwenzz & my Doktor..
Mahu cakap sama doktor 'U KNOW WHO U R'..
Mahu ucap pada SEMUA..TQ terhadap support!
mahu ajak senyOm saja...

Tapi aku dah naik malas MAHU masok itu muka. apetah lagik nak update OR share apa2..:p
aku selesa sini.ini umah aku

owhh..upenye ramai geng blogger yang SEDANG layan ini lagu!
haahaa..jom layan saJa..SAmA.

mood: nYanYi2 an...

Wednesday, 5 January 2011

aDOiiiii

adoiii blog tOlOng aku!!!!

tapi kalau aku nangEs sekali pon tak de gune
esok aku kene buat jugak
baik lah aku standing still dan SIAPkan seme!

mood: deammmm...[tak baik macamtuew ck..!]

Sunday, 2 January 2011

tibe-tibe kan...

semua orang pon nak like player bola kat Mesia nie kan...
entah fenomena ke ikut-ikutan ke hape ke kan aku pon tak sure kan..
aku ade jugak tengok wajah-wajah mereka kat muka buku tu kan
tapi aku malas la nak ikot like same kan..biaselah aku kan..
saje tunjuk stay 'ROCK' stay cool kan..not to follow the crowd kan! :p

tibe-tibe semua naik BANGGA kan...
tapi bagos jugak lah kan
walau nampak macam POYO aje kan..
ape salahnye naik semangat kesOkanan kan

mood: diet! [dgn alasan menyokong semangat kesokanan] tapi makin kuat makan :p

Saturday, 1 January 2011

Tahun Baru~2011 M~1432 H

Perlu ke ada entry ucapan SELAMAT TAHUN BARU..

Sungguh negative bunyi disitu!
ahakss! sebenarnya rasa bersalah nak ucap selamat 2011 sedang tiada seumpama untuk 1432 yg baru lalu disitu. Apapun hanya Dia yang tahu. tahu jalan cerita sebenar dan mengapa waktu itu, 'bersuara' tiada aku. aku cuma mampu berkata..'ade aku kesahh korang nak PK ape?? mulot tempayan boleh ditutop, mulot manusia siapa berani..nanti kene geget!' [peribahasa tak kene langsung! sila abaikan]

eh dah masuk 2011!! tak sempat nak buat entry babai 2010. citer 2010 pon tak abes publish lagi..hehee eh..eh..eh..menci sangat ke dengan 2010?? haihh tidak lah! walaupon ari nie dapat coti kan. aku sebok bekejaran kesane sini setel 'mende' untuk mendapatkan tarikh kekal di tahun 2010 haha!! SIKRET! :p



OK lah. kalau aku tak bagi kan aku tetap gedix nak ucap jugak kan! so to uowllzzz..HAPPY NEW YEAR 2011 & 1432 :) sekali rangkum.kan senang! kalendar pon sekali sama mau tukar kan! haha!

kalau kau nak kata ucapan/smbotan tahun baru itu tak perlu, terpulanglah! ape pon memang hari-hari kita akan tetap berlalu macam biasa. cuma nak tak nak kita kene tuka CALENDAR baru. kalau tak ketinggalan lah kau disitu! dan untok aku, nak tak nak nombor contract kami itu perlu bermula semula dari 001 hahhaa..keje juga aku teringat!tettt!!!!

azam?
tak suka cerita pasal azam![blakang citer kalu aku suke nak citer]
tapi pada mereka yang telah menyenarai azam..ucapan aku BAGOS!
setidak-tidaknya korang dah tau nak buat hapa. jangan kau karang-karang aje azam tu dah tu ko buat dek AJE haha! langsung 1 sen tak guna! pesan aku yang paling utama, JANGAN kau tanam azam sempena tahun baru sebab kalau kau TANAM AZAM itu, ia akan terus tertanam & berkubur
kah3 :p

baik mata aku nak tido dah TADI..tup2 masuk mengarang kat sini. dah celik semula die!
azam aku untuk hari pertama 1.1.11 nak bangun awal cam semulajadi dulu!
tapikan kalu dah 4 pagi tak tido lagik..takan nak bangun pukul 4 pagi lagi???!!!
bye!
nak tido lah
besok-besok pulak aku sambong citer aku yang MEMANG takan habes neh!

mood:tido.tataaaaa!