Salam....
Rasanya belum terlewat untuk aku mengucapkan salam Deepavali bagi rakan disini (jika ada) yg menyambutnya. Cuti Diwali kali ini, tidak seperti cuti Diwali yg lepas2 dimana aku hanya terperok di KL saja, tapi kali nie, Alhamdulillah aku dapat pulang ke KAMPUNG :D
Seharusnya hati berbunga2 pabila dapat pulang ke kampung! Begitulah selayaknya aku!! Namun berita yg aku terima awal pagi 5Nov itu, sedikit mengugat perasaan, sedikit menganggu kegembiraan hati. Telah aku kuatkan semangat, telah kucuba tegarkan hati, namun aku tak bisa membohongi diri. Hati ku sebenarnya hancur luluh jua, jiwaku hiba. Setiap kali kubukakan mata, fikiranku memikirkan tentang hal itu! Mataku berkaca2! Sudahnya aku memilih untuk TIDURRRR sepanjang hari! Bila mak tanya..'kenape ngah?..penat sehari naik bas?'.. aku hanya mengiyakannya saja!..'eemm..' Sorry mom! aku tak bisa menunjukkan diri ku yg lemah ini..aku ingin kau tahu bahawa anak mu ini sentiasa baik2 saja..:'(
Kebetulan hari itu 6th Nov. ada jiran kami yg mengadakan majlis kenduri kawen. Seperti biasa masyarakat di kampung, mak & abah sebok juga ke sana 'merewang' kan diri..dan..sebok juga lah lalu-lintas depan umah kami yg selalunya sunyi sepi!
Sebagaimana seboknya suasana di kampung aku, entah kenapa aku rasakan begitu jugalah seboknya keadaan di kampung 'seseorang'. Owhh tuhan..adakah aku hanya terbawa2 perasaan. Ya Allah berilah aku kekuatan. Tunjukkanlah aku kebenaran. Aku memang jarang bercerita tentang perasaan dengan ramai orang..aku biasa menjadi pendengar..namun inilah coretan..coretan dari perasaan..mungkin disini aku dapat melegakan gelora dihati..
Nota: bibir itu selalu tersenyum..teruslah tersenyum wahai dinda
No comments:
Post a Comment