Quote

Recipe for success: Study while others are sleeping; work while others are loafing; prepare while others are playing; and dream while others are wishing. ~ William A. Ward

Tuesday, 1 February 2011

Phnom Penh, Cambodia

Salam...

Jom sambung kisah over da' sea.
seperti yang telah dimaklum, aku telah selamat sampai di bumi Cambodia. well tujuan perjalanan bukan untuk makan hangin atau melancung bagai. tujuan utama adalah datang atas urusan kerja. ya, terdapat trend permintaan beras dari Cambodia sejak akhir akhir ini. disokong pula dengan 'dasar' kerajaan Malaysia yang mahukan 'business' beras yang lebih besar bersama mereka. tambahan lagi sejak akhir akhir ini terdapat pelbagai pihak datang meng'approach kami. sebagai pengeluar yang boleh dikatakan baru *sebelum ini import beras dari Cambodia kecik kecik aje yea..adalah perlu bagi kami mengenal mereka. mengetahui kelengkapan/facility mereka. memahami kemampuan mereka. untuk semua itu kami namakan ia sebagai  'vendor audit'. Owhh tapi disini bukan bermaksud untuk membuat report kerja. jadi nama2 dan lokasi mereka akan terus dirahsiakan :)

pada aku terdapat sedikit perbezaan antara perjalanan kerja & melancung. jika melancung kita mungkin akan bertumpu ke satu tempat/kawasan yang menjadi pusat tarikan pelancung aje. namun jika kerja, kita mungkin akan melalui perjalanan ke tempat-tempat tidak terduga seperti di province dan sebagainya..hehee

sebagai pengenalan, mari aku ceritakan serba ringkas pergerakan kami di bumi Cambodia itu.
peta kawasan/daerah di Cambodia
Hari pertama kami tiba di Phnom Penh dan terus bergerak ke Kampong Cham demi menuju ke kilang supplier yang pertama. kemudiannya kami berpatah balik ke Phnom Penh dan bermalam disana.

OK hari kedua kami bergerak ke Battambang. Ejaan Battambang namun sebutan sila sebut Battambung ya! dalam perjalanan ke sana kami melalui Kampong Channang dan Pursat. di Pursat, singgah 1 lagi kilang supplier dan terus ke Battambang, 1 lagi kilang supplier disini. Battambang nie kira pekan kecil lah. kira 5 jam perjalanan dari Phnom Penh [but total actual hour perjalanan lebih dari 5 jam lah!]. disilah kami tiada makanan! hahaa.. melantak buahan sajalah kamu labu!

hari ke 3 kali teruskan melawat 2 supplier yang berada di Battambang dan terus gerak ke Siem Reap.
Hari ke 4 berlepas balik dari Siem Reap ke KLIA. hah! nampak? hampir separuh bumi Cambodia kami jelajahi..huhuu.. Time table sungguh ketat! larat tak larat la kamu labu! haihh!!
sapa bikin ini jadual hah? eeyyy..len kali kasi la masa aku berLIBUR sikit ke BANYAK! hek3 :p

OK Jom layan cerita 1~ di bumi Phnom Penh yang CUMA sempat dipijak sececah dua..


arrived@Phnom Penh Airport




17th January
kami sampai di Phnom Penh airport sampai sekitar jam 11.30 pagi waktu Cambodia & 10.30 pagi waktu Malaysia. 


owhhh..ms CK bertugas!

Mr Kim..our tour guide!
 langsung saja kami bergerak ke kilang yang pertama yang terletak di Kampong Cham. perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam.
hah! kamu..kamu segar lagi..baru sampaii...
membangun OK..Cambodia not soo bad!
school
mau beli kain kah?kah2 :p
Tundra..bapak besar keta nie! 
pit stop@petrol station..heyy d' toilet BERSIH ok..tiada pengalaman seperti di Vietnam! [geng! u know what I mean :p]
sampai di kilang pertama sekitar jam 1.30 petang. cuaca sungguh panas! buka mata pun tak bleh rasa! hah!..
in-front of 1st mill..nak baliks sudah!
kami berpatah balik ke bandar Phnom Penh untuk ke tempat supplier yang ke-2 dan perjalanan sekali lagi mengambil masa sekitar 2 jam! 
dalam perjalanan..semua lembik sudah..tidurr..
dan jalan lobang2 ini kejutkan aku!

sampai di 'office' supplier ke 2 hari sudah semakin remang senja. badan sudah rasa leteh. mata suda semakin layu..haha..ringkaskan!maka keluarlah rules baru *seorang=1 question ONLY! gegege...:p

in front of 2nd supplier's office..actually mahu maghrib suda..
haihh!! sebok mahu snap picca CK..hek2 :)
argghh..menu2..
oxoo..sempatutnya balik ke hotel teruss..
tapi kami minta dihantar ke tempat makan DULU!



itu Mr Malaysian..bagi cadangan apa nak makan!

owhhh..yang penting halal..tiada MSG lagi..

OK aku mahu daging LOK LAK! :p
sebab dah lalok!
  
arghhh..akhirnya..makan ITU!..akibat sudah laparr..OK saja!
akhirnya..sampai d' hotel..
gatall dah aku tu kottt..sari tak dapat mandi!

esok paginya kami hanya ada masa berjalan-jalan sekitar Phnom Penh untok cari makan saja. maklomlah hotel kediaman tiada HALAL. maka tekak pun tidak tergamak mahu mentekedarah ROTI mahupun BUN disana!
so masa yang singkat itu digunakan sebaik mungkin bagi menangkap picca secebis dua!

nice mornin' walkin'..it's cool!!
 sempat aku verangansss..sepertinya di Kinabalu!! ehh.ehh..seperti di Cameron Highland ritu! hikss!


mana mahu pergi?
SALE? sempat lagi nak pegi nie! ahakss!
owhhh..keta cumeyy..made in Cambodia :)
lav this pic! :)
bukan kucin' tapi hanjin!

medical school!
untuk hasil seperti ini....
Mr Photog seperti ini! haha!

hah! sesat sudah!



dari junction nie..lintas jalan..depan sikit..


lepas public bank nie...



itu..HOH!! ini yang korang carik?!



hah! masokkkk3...
nasi lemak..teh tarik..what a tipical Malay! haha :p

sekejap ada..sekejap TADA..*tingg!! :p

saling tak tumpah mamak di Malaysia!
lagu berkumandang..Jalam Abdillah yeaa...

nampak tak pagoda itueww??
wahh!! gumbiranya aku! wehuu...picca hiasan disitu En Halim dari QMD[quality] hehee..

jalan balik..jumpa kelapa bakaq

@Phnom Penh Hotel
TQ Mr Photog! :p
geng..semua dah ready?
sorry kami LATE..cari makan punYe pasai!hehe
Okey. itulah aje kisah sepagi di bandar Phnom Penh. seterusnya kami gerak ke Battambang pulew..
sambung next story morry lah!


mood: leteyyy..upload picca! malas mandi pula! :p 
CK! kuar kuar weii..banyak mende nak beli nie! say BYE!


3 comments:

marvicn.com said...

ok...cambodia termasuk dlm senarai aku berjalan2 nanti... :p

cyanamoose said...

wey... bestnya. ko sorang je ker wanita dlm rombongan tu? tkde ka jejaka cambodian yg terpikat? hehe.

jom marvic.. kita serang cambodia!!!

Holin Shakir said...

nak bawa beras ke malaysia itu bukan mudah. saya pernah buat urusan ini banyak tahun, dpt bincang dgn bernas dan sbgai nya tetapi begaimana pun urusan ini kerap gagal. kalau ada jalan yang boleh keluar hrp bgtau sebb kami sebagai kilang pengeluar beras terbesar di Kemboja (www.goldenrice.com.kh)

saya nk tmbah sikit. susah ke tidak dtg ke kemboja? lain kali kalau ingin dtg lagi bgtau saya. ini bukan untuk business cuma niat ikhlas bantu je sbb islam kman dan kediaman kena ikhtiyar.

salam..
email: info_iis@yahoo.com