Quote

Recipe for success: Study while others are sleeping; work while others are loafing; prepare while others are playing; and dream while others are wishing. ~ William A. Ward

Sunday 16 January 2011

ciNta buku? Yogya yOk!

kau suka buku?
aku suka! tak kira samada untuk baca atau koleksi semata! haha..
rentetan nonton show 'kembara buku' di TV1 [tibe tibe tengok tv1 kan!] aku rase nak pegi Yogyakarta lah! hikss!
pic hiasan..
courier baru sampai..koleksi buku beli dari 'booksforcahrity'

sebelum nie aku tahu Yogyakarta adalah sebuah bandar 'seni'..ada yang kata kota 'seniman jalanan'. bila aku baca novel novel seberang dapat aku rasa sana adalah semacam pusat pendidikan. ya betul!
Yogya adalah sebuah kota seni dan pendidikan. malah kota ini mempunyai jumlah universitas yang terbanyak di Indonesia!

sebenarnya yang mengujakan aku adalah kisah kembara di 'Universiti Gadjah Made'. konsep open universiti membolehkan siapa saja memasuki kawasan universitinya tanpa sebarang halangan birokrasi! wah aku lagi kagum sama 'Koleksi Hatta' di Hatta corner. Sebenarnya Bung Hatta adalah seorang negarawan Indonesia yang menuntut kemerdekaan Indonesia dari Belanda..hhrrmm.. Yayasan Hatta ditubuhkan pada tahun 1950..wow..dan di Hatta corner ini saja terhimpun sejumlah 40 ribu koleksi buku buku lama! buku pertama adalah diterbitkan pada tahun 1669 dalam bahasa Belanda!  Koleksi buku di sini khabarnya terdiri dari buku berbahasa Perancis, Belanda, Jerman dan Indonesia. wah! dan sekali lagi wah!

ahakss..masa aku ke Vietnam lebih kurang 5 tahun dulu..aku juga ada membeli buku sejarah Vietnam. tapi bila sampai di Malaysia aku dapati kualiti penerbitannya tidak sebaik kualiti penerbitan disini. The ink just like photostate copy..so sangat sakEt mata mahu baca! so aku pon tak de mood mahu baca dia, dan aku simpankan saja dia di rak buku koleksi aku! gaggaaa....

TAPI di Indonesia kualiti penerbitan adalah setanding Malaysia..malah di sana terdapat toko-toko buku yang lagi banyak dan hebat banding sini!

Marlina..kau sarjana bukan? tidakkah kau mencintai buku? Yok pegi Yogyakarta pulak yok!asik mahu pegi bandung saje..hahaa..alaaa..kau pasti tiada masa masuk ke blog aku ini kan! hikss!.

ppsss...walau Malaysia kelihatan lebih maju dari Indonesia, secara peribadi aku sendiri kagum dan suka dengan koleksi buku buku dari sana. mungkin kerana corak kehidupan, ekonomi dan sosio budaya masyarakatnya menjadikan pengkarya disana dapat menghasilkan buku buku yang cukup baik [bagi pandangan ku] untuk dikembang luas pasarannya! :) aku sendiri mencintai buku buku terbitan sana!


mood: baca BUKU!

No comments: