Hyi...
Salam to kesayangan semua~ :)
seperti yang dah diceritakan dalam entry 'being a climber', sekarang masa untuk mulakan cerita tentang pengalaman pertama bergelar sebagai seorang pendaki :)
baiklah latar belakang mengapa tiba2 terjun menjadi seorang pendaki telah pun diberitahu, sekarang sebagai permulaan nak cerita program ini asalnya adalah 1 daripada aktiviti kelab di tempat kerja dan berkerjasama dengan team Karat Advanture. Bagaimanapun, memandangkan penyertaan daripada ahli kelab tidak la banyak mana, maka tidak lah terasa activity ini sebagai 1 activity anjuran opis sangat!! xoxooo~
bagaimanapun terima kasih kpd tajaan tshirt *alamak br teringat blom claim RM :O* & special rate untuk kami :D
Sebelum ekpedisi bermula, terdahulu ada briefing di office ditujukan khas especially untuk orang2 macam aku yg 1st time nak jadi pendaki!! xoxoo..tiba2 teringat aku sebenarnya ada 'kelentong' uncle karat masa nak register nama! kata dh biasa mendaki padahal tak pernah langsung! nie semua sebab nak kasi lepas nama punya pasal!! hahaaa!! macam budak2 nakal kannn!! LOL!!!
briefing time~ sempat nak gelak2 lagi..dh la tak tau apa!! :O |
Ekpedisi yg digelar 'Mount Tahan Expedition' telah selamat berlangsung pada 3rd - 6th February 2012. Alhamdulillah.
Malam 2 February 2012 kami berkumpul di station KL Sentral sekitar jam 10 malam dan seterusnya bergerak ke Merapuh dengan menaiki bas..owhh...bas sekolah okeyy...ooohokkk2!! ^_^
~@ KL Sentral~ |
rehat di hentian Lipis sekitar jam 130 pagi & masjid kami tunaikan subuh (kanan bawah) |
merujuk pada pic di atas, sebenarnya aku sangat teruja dengan pemandangan dekat hentian Lipis tu.
sejurus turun dari bas, inilah pemandangan yg aku nampak dan terus snap picca..susah nak explain but let the picca tells u d feeling. nak kata cam seram tak jugak..subhanAllah. cantik. *titik*
sarapan pagi sebelum bergerak ke Office Taman Negara Pahang, Sungai Relau |
sampai di Pejabat PERHILITAN Sungai Relau kami bergegas salin baju dan terus declare barang2. Baru lah tahu, sebelum masuk ke dalam taman negara, perlu declare semua barang2 yang kita bawa. Pada yang sudah biasa mungkin dah ada list jadi proses senang dan cepat la sikit. Macam aku yang tak tahu walaupun sebelum nie dah diberitahu *tapi macam blur tak bleh nak bayang* proses agak lambat sebab nak kira satu2..hehehe ^_^
perlu declare barang dr segi pakaian *berapa helai*, stokin, glove, plastic, botol etc..dan hasilnya plastic aku declare sebanyak 52 helai!! xoxooo~ dan masa balik nanti *turun dr gunung* perlu declare sekali lagi dan barang2 tadi perlu ada & cukup atau sijil tidak akan dikeluarkan jika sebaliknya..hahah..nanges carik plastic kalau tak cukup nokkk!! :p
during declaration process *aku yg serabut* ~tak reti nak susun brg cemane!! :p |
lepas declare barang, kami ambil masa untuk melawat office PERHILITAN dgn lihat koleksi gambar dan bilik konservasi :)
@ office PERHILITAN Sungai Relau |
lihat gambar2 dan di bilik konservasi :) |
briefing dari pegawai PERHILITAN |
sebelum ekpedisi bermula, ada penerangan dari pegawai PERHILITAN tentang peraturan dan adab semasa berada di taman negara dan di dalam hutan. pada hari itu, ada 1 lagi kumpulan dari UiTM selain group kami :)
sebelum apa2..inilah trail ke Gunung Tahan. Kami pergi & balik dgn laluan yg sama iaitu Marapuh (kiri) |
ada 2 laluan untuk ke gunung tahan. Laluan yg pertama ditemui ialah laluan Kuala Tahan. Laluan nie kabarnya lebih jauh dan mencabar. Laluan ke dua ialah laluan melalui Merapuh yg dikatakan lebih singkat dan mudah :) *ini lah laluan kami kali nie* ehh!! teringin pulak nak experience laluan Kuala Tahan! ehh!!
selesai briefing, masa untuk loading haversack besar dalam 4WD :D |
bermula~ bergerak dari Sungai Relau ke Kuala Juram dengan 4WD sejauh 13 km |
dari Sungai Relau kami bergerak ke Kuala Juram (starting point) dengan menaiki 4th wheel drive. hehee..masa tu dalam hati masih suka2 lagik walaupun sebenarnya ada rasa bolak balik..betol ke nie..aku nie biar betul3!!!hahaha~
lagi pic dlm 4WD..org pantang nampak camera memang macam tuh!! xoxoo.. |
sampai di Kuala Juram |
sekali lagi briefing oleh guard dari taman negara & bacaan doa memohon segalanya selamat..amin.. |
bersama rakan2 se'kelab sebelum expedition starts |
..and the expedition has begun.. |
sebelum bergerak ke titian ini, sempat lagi aku toleh ke belakang cuba cuba cari 4WD kut2 ada lagi..kut2 aku rasa nak balik tak jadi nak joint plak kan!! hahahah!! sesungguhnya aku takut kalau2 aku tak mamfuuu.. :p
laluan hari pertama katanya santai saja dan menyeberangi sungai untuk beberapa kali~ :) |
dalam hati, betul ke santai..?? untuk die-rang santai la kot..die orang otaii!!!
dan untuk beberapa jam yg pertama laluan mendatar...aku senyap..berzikir dalam hati dan masih bersoal jawab.. mampukah3 aku?? :p
lintas sungai lagi ~ kabarnya kami melintas sungai yg sama je sebenarnya..tp sebanyak 3 kali ^_^ ~cetek jeee..paras lutut *utk aku yg katek* dan utk org lain sampai betis jek!! :p |
..dan hoyeeee...main air lagiii...weeeeee...:)))) |
ini sungai adalah sungai yg serious aku paling takot nak lintas!! xoxoo! |
Kuala Luis punyai sungai yg paling dalam *aku rasa* dan nampak airnya adalah deras uolss!! Damn!! Aku takottt seriously!! Tapi bagaikan faham, uncle karat *bag itam* yg mulanya di belakang terus kedepan memandu dan memberi tunjuk ajar di mana aja aku perlu berpijak bagi mengelak jatuh/tergelincir. Dan owhh baru sedar 'Pak Lee' *baju putey* pon ade same memberi tunjok ajar. hahaa!! *masa nie aku tak kenal lagi nama beliau!!* heeeeee :))
lunch time!!! :D |
..dan hanya orang2 yang berani macam aku aja yang boleh melintas sungai yg deras itu yg akan dapat makan lunch!! hahahaa..dah lepas boleh la verlagaks kan!! LOL!!!
kami sampai di Kuala Luis sekitar 1.30 petang. sebelum gerak tadi, kami dibekal kan dengan lunch pack setiap sorang yg disediakan oleh uncle karat :D so senang lah tak payah nak fikir nak masak bagai, hal2 makan semuanya uncle karat & team yg sediakan! Oooyeeaaa.. lunch kami tengah hari itu ialah nasi impit & rendang daging yg sangat yummeh!! nyumm!!
@ Kuala Luis :) |
@ Lata Luis around 3.10pm |
mungkin laluan tak mencabar, tapi setiap kali melintas sungai perlu mendaki balik tebing yang tinggi..adey2..
dan siki2 laluan sudah mula mendaki..adey2..hahaa..kata daki gunung kan.. mana mungkin tak mendaki kan.. apa la aku!! dan bila sampai kat Lata Luis ni, ada jugak sikit rasa 'tak bleh blah' sudahhh!! Adehhh!!
penat sangat rase!!! tambah lagi dengan bag yg sangat berat tu!! Anggaran bag dalam 10 kg tak kurang!!
selain barangan keperluan sendiri, kami perlu bawa ration group yg berupa beberapa buntilan beras, maggi n bihun! Anggaran berat tambahan sebanyak 3-4kg..owhhh...sangat berat!! nanges!! :'( !!
~dari rakan2 yg pernah joint expedition sebelumnya, katanya ration sebelum nie tak la berat ginie..huk :'(
finally @ Kem Kor around 4.15pm ~ uncle & kawan2 yg sangat rajin tolong masak.. *ms nie aku hampir lelap, tak tolong apa pon!! haha!! :D |
well..well..well...
Apa lagi yang layak diluahkan bila akhirnya sampai di 'pit stop'/tapak perkemahan!!
Alhamdulillah berjaya berjalan sejauh 13.5km dengan bebanan seberat 10kilogram! fuhhh!!!
katanya kami yg sampai sekitar 4suku petang dan sebagai seorang yg dikira beginner, ianya adalah awal!!
hehehe..terror kah kami?? ^_^
~ alahai laluan senang katanya..hahaa..dan bila lepaskan bag yg berat tu, rasa badan melayang sebab terlalu ringan!! Bayangkan bebanan yg kami pikul, bila tanggal bag sampai terasa beza sangat!!
Ok time nak mandi, tiba2 hujan turun dengan lebat, maka tak jadi lah kami mandi. Belasah!! Ganti baju aja..survival katanya!! pandai2 la nak idop dlm hutan kan..itu yg aku cari kan! *dulu2 tak suka camping, leceh nk mandi & membuang katanya!! Sekarang aku gedix nk rasa kann..hamekkkk!!*
OK Sekian!!
~ bersambung dengan expedisi di hari ke-2 pada next entry ya ;)
mood : climbing!!!!
4 comments:
Hi..
enjoy reading ur entry..hehehe..
wow..1st timer tros naek tahan?ebattt tu=)))
Hyii...
hehe glad to know u enjoy read it!! ^_^
hikss!! 1st time naik tahan itu namanya TEBIATTT!!! :P
assalamualaikum gambar map routing tu ambil mana yea
wsalam,
map tu provided by organizer. tak sure plak mana dapatnye..huhuu :)
Post a Comment