Quote

Recipe for success: Study while others are sleeping; work while others are loafing; prepare while others are playing; and dream while others are wishing. ~ William A. Ward

Tuesday 13 March 2012

XPDC Gunung Tahan~ Part II; Kem Kor - Bukit Botak

Pagi itu pagi yang tenang, suasananya damai..
Dalam kesamaran subuh, kami bangun awal tunaikan kewajipan dan bersalin baju trekking

Trekking hari itu dari Kem Kor ke Bukit Botak adalah sejauh 16.5km dengan laluan pacak katanya!! xoxoxoo *bestt!!* Owwhhhh...my..my..my...
pagi @ Kem Kor

masing2 bersiap & berkemas
siap2 dan angkut stukin dari ampaian :)
okiessss...weolwzz ready :)))
ini kawasan dipanggil Permatang
i @ Permatang
Aku sangat suka dengan kawasan ini, selain laluannya yang mendatar *bonus* udara disini sangat nyaman, sejuk dan segar tambah lagi dengan alunan angin sepoi2 bahasaaa...weeeee.. *dancing* :))
finally was here after walked 2.5km :)))
teruskan perjalanan ke Kubang dan keadaan track di awal perjalanan ituew 
ok!! track dah muka says Good Morning!!!..dan mulalah track pacak lutut ke dagu!! huhuuu ^_^ 
Rasanya masa kat sinilah kami ada berselisih dengan beberapa orang pendaki yang sedang menurun. Mereka kata track memang becak sampai ke atas and even worst! tapi aku tak dapat bayangkan. Jadi setakat mana aku boley elak, aku elak lah lecak-lecak tersebut..heeeee.. :)))
Oowhhhh...belantara tebal, padamu ku bawa seribu perasaan dalam hatiku
..tenangkan la aku~ ;))) 
@ Kubang sekitar 1.30pm dan masa untuk lunch!! :D
ok bye kubang~ kami gerak dulu...
2.11pm@ pit-stop belumut, ada 1 group *group PKNS ke tak silap* sedang berehat..
Akhirnya sampai dekat pit-stop BELUMUT. Sebut betul-betul BELUMUT bukan beRlumut!! ^_^ dan dari Belumut ke Bonzai *pit-stop seterusnya* adalah sejauh 5.5KM!! Rasa nak pengsan bila baca sign board tersebut!! tadi yang 1.5KM dari Kubang ke Belumut pon dah rasa setengah azab!! xoxoooo~ :p
me @ BELUMUT

kawasan kat sini sejuk, lembap dan hampir keseluruhan kawasannya diliputi dengan lumut. Dalam hati aku kata, mungkin kat sini sama macam hutan lumut dekat Cameron tu hehee..*nie lah pengaruh PGL kekdahnya*
Apa PON, boleh tahan penat la jugak nak sampai sini kan! Dah lalu macam-macam pacak hippo lutut ke dagu tapi sebabkan nampak penanda 'kawasan ular' aku & sahabat tak berani nak berlama-lama. kami berhenti sekadar snap picca dan cabuttttttttttttt sebab tatutttttttttttt...hahahahaaa~ ape kes masok utan tapi penakott!!! :p
antara pemandangan di hutan belumut
sebenarnya laluan dekat belumut tu penuh dengan lecak yang aku tak bleh nak cakap!! kalau aku cakap confirm hanya berbunyi 'tak bleh blah..tak bleh blah' sebab macam mana pun kami kena lalu jugak dan blah dari situ! hahah!! Tanah dekat sini adalah tanah gambut. Well tau-tau aje lah tanah gambut adalah peroi, lembik dan mudah terbenam bila dipijak. So mana-mana tempat yang tersalah pijak *tak dapat pijak batang kayu* atau mana tempat tak boleh nak elak lecak, jawabnya terpelosok lah kaki dalam selut & lumpur dan terbenam lah sampai paras lutut!! Satu hal nak tarik balik kaki yg terbenam tu kannn!! Penat dan tak larat! Adoiiii...letey3!!! Mental pon dah nak wujud waktu nie!! :O Sebabkan penat kot tak ingat dah nak keluarkan camera dan snap pic track yang tak bleh balh tu!! :p
finally 4.20pm @ anak bonzai ~Alhamdulillah nak sampai sini rasa setahun tak sampai2 :p
katanya kawasan nie dikenali dengan panggilan 'anak bonzai'. sampai sini kami take 5 dan posin atas pokok 'bapak bonzai' tu. biasanya bergambar atas pokok nie adalah acara wajib dekat sini..huhuu *cian pokok tu*  Kat sini kami jumpa semula dengan geng2 yg awalnya laju kat depan tadi. Kata seorang OTAI, mungkin trek lepas bonzai nie, tak ada becak lagi!! Owhhh..aku dah tak sabar nak habiskan laluan becak nie. sangat penat & mental sudah!!! 
berehat & refill tenaga @ anak bonzai :)))
@ kawasan yg diberi nama 'Pemandangan'
mungkin sebab kawasan nie punyai pemandangan yg indah, maka ia diberi jolokan 'Pemandangan'. Ia depan sikit je dari anak bonzai tadi :)))) 
lihatlah kami sangat asyik snap picca sana sini..ta'ajub dengan ciptaan Allah..
Hyiii Gunung Tahan..*lambai2* :D


akhirnya, tinggal lah kami berdua semula, kawan2 yang lain sudah semakin jauh dihadapan :)
lihat..kesan kubangan di trek yg sebelumnya dan owhhh..track masih becak!!! 
Becak terusssss!!!!


Lecak tak habis2 lagi!!! arghhhh...sangat mental! :'(  PENATTTTTTTT!!!! :'((((
di bonzai menuju ke Bukit Botak *base camp
Laluan kat sini berbatu. kat sini dah tak lecak. tapi bagaikan kehabisan tenaga dan sebenarnya semangat yg dah habis, aku rasa perjalanan sangat lah jauh tak sampai2!! Ade rasa sampai esok pon tak kan sampai!! :p

Daripada kami jalan berdua, sampai 2 orang otai tiba hinggalah kami tinggal berdua semula. Dari hari cerah, sampai remang senja hingga ke gelap gulita. hahaa.. Sebelum tu kami ada tanya pada otai tadi, 'jauh lagi tak?' Bila diberitahu 'dah dekat', rasa semangat sikit. Tapi bila lepas satu bukit nampak bukit lagi dan bukit lagi dan masih tak sampai-sampai, semangat makin lama semakin terbang!! hahaha!!!

sebenarnya kat sini ada juga rasa nak give-up sebab rasa penat yang amat!!! haishh..apalah padahal seharian dah lalu laluan yg lagi susah daripada itu!! Aku siap kata, kalau nak give up nie nak bagi tau sapa?? nak sms EN XXX ke?? sambil aku cekak pinggang budget macam kat situ ada line telifon kan!! kakakakakakahh!!! LOL!!

tiba2 aku teringat 1 pepatah ~ when u wanna give up, u r actually at the position almost reach the top!! 
morale of the story : never give up!!! *cayokkk CK!!! kat sini pandai la aku tulis kan, reality?? mampu kah aku nk apply dlm semua perkara tuuuu kannnn?? huhuuu

satu babak *budget macam berlakon pulak* 1 masa tu kami macam confius sikit dengan trail kat situ. Almaklum lah hari dah gelap dan kawasan pokok2 renik tak ada plastic penanda (plastic belang merah putih) yang nampak hanya track dengan batuan yg memutih saja. Tawakal, ikut naluri dan panca indera mata, kami pilih laluan yg 'nampak cantik'. bila sampai atas setiap bukit kami akan pandang balik ke belakang/bawah just to double check laluan yg kami lalu itu adalah betul. sebabnya, bila kita pandang dari atas, trail nampak lebih clear..train yg betul nampak batu memutih di laluannya :))))) Alhamdulillah. 

Akhirnya kami sampai jam 7.52 malam @ Kem Botak.
sampai je aku campak semua tongkat, glove, bag dan serious aku rasa nak nanges!!! :p Dah bergenang pon air mata aku sebenarnya. Nasib aje hari dah gelap so orang lain tak nampak dan hati masih ada sedikit rasa kuat!!! Tidak aku rasa aku dah nanges sedu-sedu!!! waaaa...bikin maluuu!!! bwaaaahahahhaaaaa!!! LOL!!!! 

Suhu dekat bukit botak nie sangat lah sejuk tak bleh nak cakap! tapi sebab kan rasa berlengas dan rimas yang teramat, sangup aku basahkan semua seluar & baju *macam basuh baju gitu* dan pakainya semula seluar & baju yg basah tu!! Lepas tu gigil memang tak ingat lah!! kene pulak tunggu memba ambil air kat salur yang sangat slow air nya tu kan...bwahhhh..tak tahannn!!! beku!! Aku jugak sampai ditegur oleh seorang otai *tak tau sapa muka tak nampak, gelap* 'sejuk-sejuk pon mandi jugak? cepat2 ganti baju sebab ade kes sebelum nie pelancong dr China hampir nak kene frost bite'. Alamakkk!! takot la pulak! ;p burrrppppp!!
pic selingan~ otai2 yg berjalan laju siang2 dh sampai di Kem Botak !!
owhh tapi kat sini aku memang tak bleh blah babe..
dah la penat, nak masuk kem kawasan sempit pulak, payah membongkok2 mana nak tarik bag lagi..
sebenarnya lepas mandi ala cowboy tu, aku bersalin baju & solat di luar aja. Di kawasan lapang tu lah. sejuk memang sejuk, tapi mengenangkan nak masuk kem lagi payah, so baik settle semua dulu kat luar.

akhirnya, dalam kepayahan sekitar 1030 mlm kami masok kemah. masa nie aku rasa tak larat sangat dah. kalau boleh bag tu aku tak mau angkat dah. aku nak heret aje..waaaa... :'( tapi banyak tali2 la pulakkk.. waaaa... so tak bleh tarik kene angkat jugak kalau tidak roboh lah kemah!! waaaaa..double waaaa... :'( :'( :'(  Sekali lagi rasa nak nanges pon ade!! serious tak tipu!  bila dah masok kemah, mana mengenang nak kene kemas & balut bag dengan plastic pulak lagikkkk!!! Waaaaa tak larat!!! *tak bleh bayang lah muka aku waktu nie* :(

owhh kawan2 yg lain sudah ada yg lelap pun :( 
sebenarnya masa nie, aku belum makan lagi!! WHAT?? No wonder rasa sangat lemah dan teda tenaga. jadi makan secebis dua & buang lebihan kat tepi & tidur. Halal lah tak gosok gigi pon!! hahahah :p

Ya Allah. Allah saja yang tahu betapa azabnya bermalam kat sini. Cuaca sangat sejuk masih terasa even dah pakai sweater, stokin tebal musim winter dan dah masuk dalam sleeping bag pon!! Paling tak boleh tahan ialah angin dia tu. Memang tak dapat lupa lah. Angin sejok bertiup kencang sepanjang malam!! Aku rasa sebenarnya aku tak tidur pon, cuma terlelap 2 kali. selebihnya aku hanya mengigil coba tahan kesejukan dan menghabiskan sisa-sisa malam. sekitar 430 pagi, kami mula gerak bangun. Nak baring pon tak tahan sejuk dah dan bukan boleh tidur pon..  :'(
lagi pic selingan~
kemah pendaki dr group yg lain hampir terbang ditiup angin kencang bukit botak
Kenangan kat sini antara yang paling tak boleh lupa. Tapi tak ada gambar untuk kesemua kenangan pada malam itu. hanya barisan ayat & cerita ini saja mampu aku simpan sebagai tatapan :) *sorry bebel panjang sikit kat sini* ^_^

ok cerita reach d peak di entry yg seterusnya ya :) ~ sekian 

mood : climbing ;)

2 comments:

Schamastura said...

hahahaha..guide mmg akan ckp dekat daa,nak sampai daa nie..padahal jaoo lg kot..xble blah..hahaa=p

ck said...

hahahaha...mmg sangat tak bley blahhh!!! kemain2 codifent nye bila dengar dh dekat. xoxoo~