Quote

“Recipe for success: Study while others are sleeping; work while others are loafing; prepare while others are playing; and dream while others are wishing.” ~ William A. Ward

Tuesday, 19 April 2011

*Pecah & Rompak*

**ooupsss..choopppp..sebenarnya sejurus menulis tajuk n3 di atas, neuron terus terfikir..apa beza 'rompak' & 'curi' anyone know? Make me clear plzzzz..:)
#####


Haluu hyi & Salam J

Last entry kisah aku likely bercuti & santai-santai kan, tapi  tiba2 kenapa senyap lagi aku?!
Ahah! nie nak story nie..rasanya ada baiknya juga aku karangkan kisah ini disini sebab aku macam dan naik letey nak story mende yang same kan..*setelah mengulang ‘script’ yg sama lebeyy  seribu kali (exaggerate lebey) dlm masa seminggu dua nie! Ahakss! :p 
newayyy TQ ALLL! I know you guys concerned about me! Sayang sangat sama kamu semua! rasa sungguh terharu! sedey pon ado!..yeapp I know I've GOT YOUR LAV! 

Sebenarnya, lepas last entry ~OFF~ itu, aku sebenarnya sangat gigih menyiapkan cerita moment2 penting saat ‘perlatihan’ seorang kaki bangku bowling yang 'dipilih' untuk masok bertanding, moment2 penting di Cambodia *bapak lame citer nie tak siap2 kan!, dan jugak citer my pengalaman kat cocert maher Zain sekitar February lepas..huhuu

Tapi kita merancang, Allah tentukan.

Selasa, 5 April 2011.
Aku MC sebab sedikit demam & ada tanda2 stress *hehee..tak pernah aku jumpe penyaket nama ginie! Cuaca pagi itu cerah. aku lepak kat umah aje sepanjang hari. Nak dijadika cerita petang tu hujan pulak. Sedang aku ‘bikin’ story dalam ini blog, roommate aku pun balik & masok umah lengkap dengan sepasang sut hujan kale gelap & sebiji helmet hitam terlekat dikepalanya :)

Siap buat 1 entry aku sambung perkemas story lama & cadang nak transfer picca dari HP ke lappy. Rase penat aku berhenti rehat & sambung malam pulak. Tapi malam tu aku rasa nak buat kerja office la pulak. Maka aku on lappy & mula buat kerja. Aku ingat malam tu tak payah tido pon tape! Sebab esok aku maseh ade MC lagi. so esok bleh lah aku membuta macam cik kelawar! :p Cadangnye mahu kasi clear keje back lock yang selalu menyesakkan dada ini..ngeee.. 

Rabu, 6 April 2011.
Sedang aku taip2 aku rase letey dan mula la aku landing2 over. Waktu Malaysia lebey kurang pukul 215-230 pagi. tak sedar aku LELAP rupenye! Lelap di hall rumah dengan lampu rumah yg masih terang benderang dari dapor sampai la ke tengah hall *mcm umah bosa sgt kn! 

dalam lena yang aku pon tak tau lena ke tidak, aku dengar bunyi kunci rumah..*kecing3 aku celik mata & lihat ‘sasaorang’ dari posisi bahagian belakang badannya, berdiri dekat pintu rumah n oppkos lah kan tengah nak bukak pintu kan. Aku perasan ‘makhluk itu’ memakai 1 sut pakaian berkale gelap & lengkap berhelmet hitam. Aku mula monolog dalam hati..‘eh dah pagi ke?‘ ‘Lisa *roommate aku dh nak pegi keje?‘… aku gumam lagi..’eh awalnye nak pegi keje*aku dapat rs waktu itu awal lagi wp mata sangat berat nk jeling jam yg ade lekat kat dinding umah tu kan! aku bayang masa tu dalam pukul 6 pagi kot! :p eh aku tak bangn semayang lagi nie’. Tapi aku masih berat nk bangun, aku cuma gerak mengiring kan badan ke kanan aje :p

Dalam mamai2 kali nie aku dengar bunyi pintu dibuka, dibuka dengan perlahan-lahan seperti cuba try test buka dengan senyap-senyap. Aku monolog dalam hati lagi ‘asal Lisa nak bukak pintu pelan2 nie? Eehhh..agaknya die tak nak aku terbangun kot..ehh it’s ok lah..tak kesah lah..ok jee akak tido je nie.. akak tido’ gumam aku dalam hati lagi sambil aku cuba beria2 pejamkan mata n bulatkan badan *budget tido macam kuceng! Membulatkan diri :p

Sekali lagi dalam mamai aku dengar bunyi tapak kaki *sebenarnya bunyi yg agak kasar menunjukkan 'sipelaku' sedang memakai kasut, tapi masa nie aku tak PK hal nie pon berjalan dalam keadaan ala tergesa2 gitu, macam nak lari2 anak pon ade. Sekali lagi aku gumam dalam hati ‘kenapa Lisa nak lari2 dalam rumah nie?..kenapa nak cepat2 nie? ade nak uruskan mesyuarat agaknye, tapi tak de citer pon..eh tak sempat citer gaknye..eehh..agaknya ada tertinggal barang n nak cepat lah kot’. mandangkan keadaan rumah aku yg agak ‘luas’ itu, maka space dekat hall nie takde lah besar mane. tambah lagi bile aku dah terbaring seketul dekat tengah hall nie kan. Aku PK ruang untuk laluan mesti dah tingal celah2 gigi aje kan. so muken susah roommate aku nak lalu..huhuu.. Make aku pon untuk kedua kalinya cuba2 untuk kecikkan badan *lagi try bulatkan badan macam kucing tido dengan niat nak beri laluan pada ‘Lisa’..

Sudah. Aku tak ingat hape dah. Muken jugak aku terlelap pada masa itu. terlelap semenet dua orang kata. 

Tibe2 aku terSEDA dan terus duduk! *tak de terpisat2 macam orang baru bangun tidor, takde mengeliat-liat @ pusing badan  kanan kiri. Tade! Aku sedar, aku terus duduk and pandang atas *bukan atas kat syiling tapi kire pandang sebelah atas dari arah aku berbaring tadi. Kalau pandangan dalam keadaan duduk pada masa kejadian, kira bila aku duduk je aku terus pandang ke arah kanan dan aku pandang tepat pada seseorang yang sedang tunduk2, bongkok2 seperti melihat sesuatu. Di ruangan yg diperhatikan itu, ade terletak sebijik kusyen single rotan yg di atasnye aku letak kan paper bag blackberry dan segala macam barang mak nenek yang tah hape2 sebab aku pon tak tau mane lagi nak simpan ‘dierang’ tu kan! :p 

Demi menyedari aku yg tetibe bangon & dok pandang ‘die’, sepantas kilat dia pon berpaling sama tepat memandang ‘wajahku’..untuk sesaat, kami saling pandang memandang gitueww..*ahaks! .

Ate terlihatlah oleh aku akan wajah die itu yang bolehlah aku katakan sama dengan (=) LELAKI. Berkulit yang  kelihatan gelap dan agak berkilat bak dipanah mentari, but not to say it’s gelap like Indian skin yea. Wajah dia menunjukkan rupa parasnya yg kalau boleh aku category kan sebagai ‘Melayu’ *makna dalam Javanese  is LARI tapi tak pulak aku pasti. He could be Indonesian as we *Malay got very close figure & face like them kan. Eh! Awat nak skiping2 nie? 

Demi memandang wajah saorang LELAKI, aku bermonolog, bersoal2 lagi dalam hati! ‘ eh! kenapa ada lelaki dalam rumah nie? Eh! Kenapa Lisa bawak masok lelaki nie? Eh! Pakcik Lisa datang nak amek barang ape????...dan sepantas kilat reaksi dia setelah menoleh memandang aku ialah..LARI. Aku pandang die lari…tit10x *bunyi lari yang macam pantas tapi cam takde munyi..ke telinga aku tak fangsi masa nie?
Aku terus pandang dia lari ke pintu. demi terpandang pintu, barulah aku sedar pintu and grill terbukak dengan luasnye! 

Oohohh! Maka menjeritlah aku dalam hati…’ehh!! Kenapa bukak pintu besar2 nie..akak pakai macam nie..nanti orang lalu nampak pulak *malam itu eh pagi itu cuaca panas, jadi subjek hanya memaki short & baju panas sahaja. Bila tengok 'itu orang' lari dan pintu yang terbuka, aku bingkas bangun dan menuju ke pintu. Sampai ke luar aku lihat ‘maling’ itu sudah tiada..LESAP dari pandangan! seketika, barulah aku sedar..RUMAH KENE MASOK ORANGGGGG!!!! Sikit suara aku keluar…budget nak jerit agaknya...aaaaaaaaa….*tapi tak kuat mana pon sebenarnya ‘Ya Allah!! Orang masok rumah nie!! Lisa Lisa’..(aku panggil roommate aku). Aku masuk balik dalam rumah, aku pandang meja jepun kanak2 tengah hall itu..barulah aku sedar  Ms Whitey Lappy sudah TIADA, tingkap dapur sudah TERLOPONG, dan lagi Ms Whitey Blackberry juga udah lesap dari tempatnya! L

Lisa..Lisa..aku masuk bilik dan panggil2 lagi roommate aku..sambil istifar banyak3.. aku cam tak tau nak kata apa. Aku rasa macam mimpi! Aku macam sedar tak sedar, percaya tak percaya ada ORANG LUAR masuk dalam rumah kami. Aku macam dreaming! Haihhh! 

Aku pandang jam, waktu itu sekitar 3.50 pagi!
Dalam beler2 aku ketok umah jiran sebelah, Aida. Dalam beler2 lama jugak lah kami lepak depan umah diskusi apa aku pon macam tak tahu! yang aku ingat macam ade perkataan 'macam mana ek?'..'balai bukak 24hr ke?'..'yg Aida cerita rumah kene masok orang tu, dah tu macam mane ek?'..macam beler siot! nak koll sapa pon tak tahu! kol mende HP pon dah kene curi! Perlu ke koll..??..nasik dh jadi bubur..tapi dalam otak masa tu, yang penting kami selamat. tidak diapa2 kan! dan hanya risau sebab ‘maling’ itu lari bersama kunci roommate aku, adalah sangat takut untuk aku tinggalkan rumah begitu saja pada waktu itu. Mungken sebab itulah jugak kami macam LAME je kan bersidai depan umah tu kan. Sampai nak dekat masuk subuh aku rasa barulah kami ada kata putus. Masing2 masuk rumah dan bersiap untuk subuh, kemudian ke balai polis untuk buat report..huhuuu
*****
Ini baru cerita ‘rumah dimasuk orang’ dah berjela..sebenarnya ada lagi nak cerita pasal hal membuat report polis, hal berkaitan berurusan dengan pejabat perumahan kecil DBKL.

Owhhh tapi sebab citer pon dah panjang berjela, rasanya elok jika cerita ini aku breakup kan kepada beberapa bahagian. Lain entry aku stori tentang kerenah 'kecekapan' opis2 di Mesia nie! 

Okey 2 ari berulang ke Midvalley sebab kursus kaki pon dah rasa sepai! tambahan dah 2 mlm berturut aku seakan stay-up mengarang 'sesuatu', maka hari ini mata seakan berkata..I couldn’t stand for more. ok lah 
Babaiii…
Mood : to be continued….kroohhhh....

Tuesday, 5 April 2011

~0ff~

Salam..

mood sedang redup, jadi pronouns pada hari ini berubah untuk seketika ala ala sentimental gitueww.. buuwekkk! :p terasa seperti sudah lama tidak duduk mengarang & bertenang begini.
owhh..sebenarnya hari ini dan esok saya ML (medical leave) a.k.a MC. semalam saya off a.k.a CUTI :)

kenapa ya?

ok bila ada masa sengang begini, aku (memang kejap je la kan tuka pronouns tu kan..back to nature lah kan!) memang suka mengimbas 'kelakuan' dan 'perilaku' aku selama ini. orang melayu pangel 'muhasabah'  (eh yeke org melayu?) diri. tapi dalam konteks aku, lebih kepada merenung pengalaman diri..hehee..

bila diingat ingat, rasanya sejak hujung tahun lepas (December 2010) aku bekerja dan kerja bagai tiada henti. yang aku tahu kerja, kerja, kerja. tapi itu lah HAKIKAT! kerja kalau sudah HABIS maknenye itu company sudah bungkos! hahaaa..

tapi dalam skop aku, aku maksudkan ialah bekerja tak kire rasa badan tak sedap ke, badan rasa nak demam ke, tak de mood ke, kalau sehat wal-afiat apatah lagi AKU TETAP HADIR BEKERJA! (bukan nak tunjuk rajin tau! astaghfirullah al azim..jauhkan la aku dari sikap bongkak!) [jangan salah ngerti ya. ini hanya penceritaan untuk memahami situasi. hiks!] tengok2 rupanya jumlah cuti yang telah di'apply' di 'kad fink' itu sehingga semalam (iSNIN) ialah sebanyak satu (1) baris sahaja = SATU HARI.. oxooo...

ADESSS..cuti banyak lagikkkk...YAHOOOOO..>>>sebenarnya! :p

mana taknye! ingat ingat time CNY awal February lepas PUN aku hanya menokok cuti tambahan sebanyak satu (1) hari sahaja. selebihnya aku kembali bekerja mandangkan rakan rakan yang lain punyai keutamaan untuk bercuti panjang bersama keluarga pulang ke kampung/nak sambut 'anniversary' (oouuppsss..ada sapa2 faham/tau sapa? :p) bagai kan! (ye la kan..tu la die BUJANG kan..bagaikan tiada perlu diberikan cuti kan!haihhh!). seingat aku, time tu aku demam sebenarnya. sampai serak serak sora. tapi aku masih gagah datang bekerja juga terlebih lagi memiKIOR kan yang lain tak de kan. abes? sapa nak jadi penunggu IBS? so kerja punya kerja tak sedar 2011 sudah pun masuk pada bulan yang ke-4 nya!
wow! (cepatnye weiii..!)
how time flies..

hiasan hanya tempelan!
sehinggalah Jumaat lepas aku terus bekerja dan kali ini meng'accompany' my bos untuk 1 sesi interview bagi memilih calun yang sesuai dijadikan our new colleagues.
hoh!..pada sesi conclusion, sedikit argument telah diberikan oleh aku! haihhh! jarang nak jumpa aku SPEAK UP kan. biase aku dok diam diam buat kerja aku aje kan, tau tau kerja aku siap kan! but, well after all U R the boss...the decision is yours!


dan semalam aku rasa 'very tired' I can't stand for more! I just need a rest! lantas aku pon isi borang dan apply cuti! :) aku balik hiburkan diri disesuatu tempat [sikretooo!] dah tu balik umah tido!
Cadangnya hari ini kembali bekerja. namun kita merancang, Allah tentukan :)

today ~ feels not so good but yet to say I've got fever! I think it's just my mind is not strong enough to fight with my feelings! Yeahhh..I guess [disinilah kesinambungan cerita kerja&menahan deman di atas tu ya :p]

As doctor has given me MC for 2 days..it's better for me gotta BEST rest with do something that I LAV to do like merapu di blog!! Doctor said, am having TENSION syndrome!! Ngeeee.. :D

Jadi bila diri rasa 'CELARU' begini..relakan aku bercuti.. *yet I got MC ok!*and am sure..am pretty sure that I'll come back with SMILE and ready for my new tasks!! I'll do as YOU said so as per your wish :)

till then baaabayyyyy..

mood: where is the Stock Photo: A Heart With Bat Wings And Horns *LAV*?

Wednesday, 30 March 2011

U~N = U to the N..apakah?

salam...
hari ini aku mahu menceceh bagai mak nenek..uhuk..uhuk!

bila aku sebut~UN..apa yang korang pikio?
aku rasa korang mesti pikio UNITED NATION kan! well I guess! *local lebey terkenal sebagai PBB..

tapi bukan itu yang aku mahu cecehkan di pagi ini
sebenarnya dua, tiga, empat, lima hari nie rase kepala macam gatal semacam!
haih! takan KUTU kot!
KETOMBE ke?
aisshhh..bukan aku dah pakai shampoo jenama *tuttttt yang special khas untuk lawan itu ketombe ke? masalah shampoo khas untuk ketombe nie ialah rambot akan jadi KERAS semacam! macam dawai!
haihhh..dawai ke rambot atas kepala aku nie tatau! :p

laluu...dejavu pun berlakuuu...*kira kira 15 tahun lalu...'gatalnye kepala mak nie ngah..kelimumur ke ape agaknye..jangan nak tumbun UN takkkk?'

aikk??
itu sore mak waktu mula mula rambut putey nye mahu keluar awal dulu kot!
hak3..seda tak sedar *selalu tak sedar sebab terase diri sentiasa muda..almaklomlah tika kawan kawan semakin 'berisi' dan mengembang keluarga, diri masih rengan kesana kemari sorang diri! YEY! :) 
RUPENYE usia semakin dekat dengan tahap kesesuaian tumbuhnya UN!

adooiii laaa..sesejak dua tiga menjak nie rase sikit seremm sebab bile selak rambot belah kiri, selak rambot belah depan, selak lagi rambut belah tengah, selak lagi belah belakang dan terjumpa UBAN!
owhhhh....
bukan perkara baru..dulu lagi dah pernah jumpe! since zaman sekolah pon!*ade kakak pernah jupe sekali mase naik moto heheheee..:) tapi dulu dulu adelah jumpe selai. dah tu, selai tu je lah yang jumpenye. dah tu tade  jumpe yang lain lagi..
TAPI 
sesejak nie nape rase dah jumpe empat, enam, lapan, sploh helai sekali harong! hah?
uwaaa....rambot dah la tak berapa nak itammmm!!!
macam yang aku risaukan! sikit sikit dari perang perang..eh..eh.. berkale pulak die! :(
adoiiii laaa lagi seram bila mengenang rambuts BOS bos dekat office nie, terlebih lagi bos kat bahagian OPERATION kan..especially bahagian aku la kannnnn!!!!!!

uuihhh..bukan bermaksod takutkan uban. semua penyakit ada penawarnya kecuali...M.A.T.I. ~tahu kan?
dan salah satu tanda diri menghampiri mati ialah?..T.U.A
salah satu tanda diri semakin tua ialah?..U.B.A.N :)
picca hiasan semata2!

heheee..jadi?
bukan melawan takdir..seharusnya kita banyak banyak bersyukur jika telah diberikan tanda tanda itu. maksodnya..tak reti reti nak beramall!!!

namun jika uban mulai tumbuh di usia muda? lalu bagai mana..?
okeh!



jom kaji~PUNCA grey of HAIR ;) *sedap sikit munyi nya kan! *winkk*


@ Proses terjadinya uban seringkali dihubungkan dengan bertambahnya usia. Namun ada juga penyebab lain yang bisa mendorong munculnya uban walau usia masih terbilang muda.Faktor genetik merupakan faktor penyebab yang cukup kuat. Jika ayah atau ibu kita sudah beruban ketika menginjak usia 30-an, maka kemungkinan besar kita pun akan mengalami hal yang sama.


@ Faktor lain yang dapat menjadi penyebab timbulnya uban adalah: 1) Stres, 2) Kurang gizi, 3) Syok, 4) Kekhawatiran atau kesedihan yang terlalu dalam, 5) Ketegangan, dan 6) Sakit keras. Kondisi tersebut akan memperlambat produksi pigmen sehingga muncullah rambut putih atau uban.


@ Note tambahan ~ Jika kadar pigmennya kurang, rambut pun akan semakin pirang dan kemudian putih, beruban. Biasanya, uban muncul pada orang tua, karena produksi melaninnya memang sudah mulai berkurang. Metabolisme untuk memproduksi pigmen sudah mulai lambat atau bahkan tidak ada lagi.


*ada masalah sama? agak agak apa yang paling berkaitan dengan korang? selain faktor genetik, aku rasa yang kale merah tu antara penYUMBENG utama! 



jom~ATASI grey of HAIR!

  1. Memberi nutrisi yang cukup pada rambut. Vitamin A membantu menjaga kesehatan kulit kepala dan membuat rambut lebih bersinar. Vitamin A banyak terdapat dalam sayuran hijau, dan buah-buahan berwarna merah dan kuning.
  2. Vitamin B berperan dalam melancarkan produksi minyak untuk menjaga kelembaban dan kesehatan rambut. Vitamin B banyak terdapat dalam sayuran hijau daun, sereal, hati, yogurt, pisang.
  3. Mineral yang esensial bagi rambut adalah zinc, zat besi, dan copper. Banyak terdapat pada daging, ayam, sayuran, telur, biji-bijian, dan makanan laut (sea food).
  4. Protein, terutama nabati amat penting untuk menjaga tekstur rambut dan membuatnya tetap bersinar. Banyak terdapat dalam biji-bijian, terutama kedelai.
  5. Terapkan pola hidup sehat, tingginya tingkat stres akan mempercepat munculnya uban
  6. Konsumsilah nutrisi yang bergizi, rambut putih muncul karena produksi pigmen warna rambut yang disebut melamin terhambat. Dengan menkonsumsi nutirsi yang bergizi maka prosuksi peigmen tersebut akan ikut meningkat.
Pola hidup sehat dan menkonsumsi makanan yang bergizi akan sangat membantu untuk mencegah timbulnya uban. Uban yang muncul pada usia muda merupakan warning (peringatan) bahwa pola hidup kita tidak sehat dan harus segera di perbaiki sebelum terlambat.
#from various source~TQ Mr google

so...motipppppp....???
jangan pandang pandang..duduk rengang rengang..sendiri mau pikir lahhhh!!! *sebenarnye dah mengantuk nak type kesimpulan. kesimpulannye ialah SILAlah SIMPULKAN rambut yang gugur itu sendiri..ada kaitan? takde!
ok. kesimpulannya, sila bagi tips mengatasi masalah rambut gugur! *pulak dah! :p

mood: grey of HAIR!

Wednesday, 16 March 2011

woohooppp!!

Salam

wooo..lame tak buat kerja stay up larut begini dan esoknya kerja pula ya!

saje nak citer tak bleh blah tadi 'nengok' drama berbahasa JAVA di TV2 huhuu..rasenye nie lah pertama kali jumpa drama seumpamanya terbitan Malaysia!

yeap sudah diakui aku juga berketurunan Javanese! namun tahap kefasihan & kepekatan pertuturan aku tade la sampai sebegitu seperti yang dipamerkan di dalam drama itu ya! mungkin juga faktor ketercampuran darah Bugis & Jawa menjadikan aku dikit cair dalam pertuturan itu. namun kerana aku dibesarkan di kampung abah yang majority penduduknya berkuturunan JAWA, jadi masih saja aku bisa faham jika kamu ngomong2 jawa. tapi kalo ngomong nya 'jawa halus' ya aku bisa hancus! sebiji buter aku tak paham!
xoxoooo...

owwhh nak cita, pernah juga ke kampung 'memba' di Sg Besar, Selangor waktu nuntut di UiTM dulu..dannn WOOHOOPPP!! mereka berskiping jawa bersama ahli kuarga ya! wah!

*ngomong ngomong..merono merene kok orak turu2! besok kan kerjo, anger orak bangon! yo KAPOK! :p

mood: skiping JAVA :)

Friday, 11 March 2011

gempa di Japan

salam...

aku skarang sedang memantau perkembangan terkini di Japan dari sini http://english.aljazeera.net/watch_now/
Yupp aku baru tahu. tu pun bile ade memba bos yang datang lepak sini sebok2 cakap pasal kejadian nie. jadi tumpuan aku pade keje sikit tergangu...

owwwhhh...aku mmg lame tak mantau news!
aku doakan kesejahteraan & keselamatan rakyat Mesia yang ade kat sane. untuk rakan rakan rakyat Jepun aku harap anda banyak banyak bersabar. aku pun tak tanye lagi ape kabar supplier beras aku yang kat sane. walau kita berbeza agama, kita still ade rasa kemanusiaan kan :)
am pray 4' u Japan & for d' universe!

well kabarnya next week jarak bulan dengan bumi akan lebih dekat dari biasa so tarikan graviti akan lebih kuat. some says there will be more earthquake around 19/3..but am dun now. I tell u what. all we can do is dua' to Allah. that is our weapon dear :) semoga dosa dosa kita diampunkan olehNya sebelum ajal/kiamat menjelma..AMIN.

mood: cemas..seram..insaf

Monday, 7 March 2011

luah santai

Salam...

hyi hyi u owlsss...
saja nak ucap thanks! to those yang setia mengikut perkembangan disini *kalau ado la yo walau perkembangan disini tidak lah kembang sekembang mangkok! ahakss! dan selamat datang pada yang baru pertama kali singgah disini :) emmm...*tebiat ape plak aku nie

ok untuk makluman, disini lebih kepada penulisan untuk kepuasan diri yang sememangnya SUKI menulis dan bergumam sendiri. walau semakin hari KEKANGan masa terasa semakin membatas, namun akan kucOba sedaya yang mungkin untuk kekal dirumah ini ;) hehe..

oiicchhh..sebenarnya tujuan utama saja nak buang sawang yang mula menular..oupsss...oouupss...music background berubah warna kepada purple keromantika..hahaa...yaaa..walau rata rata gaya penulisan lebih senang kepada gaya gila gila, kasar dan selamba, walau hati saya masih merah tanpa noda warna chenta *buat waktu ini namun ada masa, ada kala, saya layan mendendang lagu sebegini..wahahhaa...nak tahu? ROMANTIKA KE AKU? kalau nak tahu kenalah selami hati ini! ahakss! *ape aku merepek neh!

owhh saya sebenarnya mahu bercerita pengalaman yang sungguh mengembirakan sewaktu nonton konsert Maher Zain minggu lalu..namun picca belum upload. jadik saya rasa dikit kekurangan. ya mungkin saya jenis perfectionist mahu segalanya sempurna baRu mahu ditayang ramai. well mungkin kerna itu juga cerita saya sering lambat nyusulnya bak kata wong [orang] JAVA 'ketetelan!' waahaha..

mari layan perasaan*******

alaaaaa...lalalalaaiii...
tiba tiba rasa 'layan perasaan' tadi hilang terbang dibawa angin!
tu la take 5 la tadi kan! hahaa [haisshh gedik nak saya..saya tau!]

heyy rakan-rakan teman MAYA lama tak borak sama kan!
hey sana itu DOKTA :D lama jugak kita tak borak borak kan!
well saya sudah semakin kureng menjadi burung hantu yang terbang malam sekarang :p
eheee...seperti yang diberitahu awal dulu semenjak dua jekak nie sesampai aje kat umah adeyy mate rase tak boleh bukak lagi!

wehee.. andai kata begini..aku hanper mengatakan *TI--- pada jawatan lagi!
heee...tp org kata kalau jadi meja..senang jaa... delegate & arah..emm ..yakah? but hv to come wif brain kan! ahakss!
Alhamdulillah..
mood: sentimeter

Saturday, 26 February 2011

salam hau halu

Uowlsss...
salam halu haluuu! 
lama sungguh tak merapu meraban disini! wah! nampaknya penumpuan masa sepenuhnya tercurah pada kerjaya! sekali lagi wah! lagaknya seperti seorang ANGKASAwah! WAH!

well sebenarnya terlalu banyak xtvt yang nak dicerita nak dikomen nak dikongsi *futsal futsali futsalaaaa.. tapi at the end hanye bercerita dalam gumaman sendiri aje!
eemmm..tiap kali sampai di rumah 'neuron' terusss berkerja bercerita itu ini. tapi malang badan sudah tidak mampu digerakkan lagi! lantas mata tertutup rapat! 
namun nasib masih berNASIB baik kerna mata masih mampu terbuka lagi di keesokan pagiNYA
ALHAMDULILLAH...

owhhh akceli..saje lah nak citer kan.. 
Pagi nie saya bersiaran dari sebuah bangunan institusi kewangan berlambangkan rimau di Shah Alam TAU apakah? sepagi ini terpacak disini? 
Owhhh mungkin juga saya terlalu teruja dengan acara yang bakal berlangsung malam ini.
lantas seawal ini saya sudah terpacak di daerah ini! wah! 
dan saya juga tiba tiba terasa seperti semulajadi kembali sopan pula seperti awal 20an dahulu kala. wah! *baru sedar saya sekarang sudah jauh menjadi aggressive [mungken kesan bulian rakan sebaya sekerja!] lantas saya mula berbahasa berSAYA bagai KAN~~~

mood: MZ...ZM

Tuesday, 15 February 2011

Salam Maulid Nabi

As Salam...

Lama rasa tidak berkarya disini. terasa BANYAK yang mahu di back dated entry! :p
Kejadian semalam di malam hari sewaktu 'menyeting' out of office assistance di email rasmi..lantas fikiran terjaga kembali apakah tujuan SEBENAR kita berCOTI pd hari ini. *CK banyak perkara lain selain kerja!hahaha..


'Today our office is close due to the birthday celebration of our beloved Prophet. We shall resume back to work tomorrow. Happy Maulidur Rasul to all Muslims'.

Selawat & salam ke atas kasih junjungan Nabi Muhammad SAW kekasih Allah SWT. Semoga hati bisa selalu mengingatinya dan semoga hati kita semakin dekat dengannya. Amin.

Mood: insafi

Wednesday, 9 February 2011

Terminah Bersepadu Selatan (TBS)

~entry back dated baru terlepas rinie..

saje nak bagi tau..
yeaaaa..aku tauuuuu tak ramai yang sewaktu dengan aku masih guna ini transportasi. tapi suka aku lah nak kasi tahu jugak kan! hahaaa..

ahad lepas (6/2/11) balik KL semula. journey yang patotnya makan mase 5 jam tersasar sampai 6 1/2 nak ke 7 jam! hemek kau! nak sangat balik kampong time raye cina kan. dan aku yang selame IDOP nie tak suke main game..eh..eh..tibe tibe LAYAN pule! hah! tak berkelip mate aku pandang itu screen henpon cikai aku kan! seda2 itu bas sudah buat pusing pusingan. aku intai tingkap ke luar...emm..nak sampai dah kot *kate hati. aleh aleh bas pusing pusiang lagik dan teros benti. aku intai luar tingkap lagi...erkkk..?? escalator??
bridge to LRT station 
OK.
nampaknye operasi bas express dari dan ke arah selatan dah mula berpindah secara bedikit dikit dari terminal semantara di Bukit Jalil ke TBS pula yea. *terakhir aku dengar, kata nak start operasi di terminal baru nie pada 1 February, dah tu tukar date ke 1 March..so sekarang pindah in staged lah gamaknye pulak ek. sukati die la kan. dan aku pon turun*tanpa buru buru sambil cengang cengang toleh kanan kiri cari toilet & surau! ngeee..:)

ape pon...CANTEK ok! :)
semoga tiada kenaikan tambang yang sengaja diada adakan dengan terbinanya ini bangonan!

kat TBS nie ade seme jenis transportasi like bas*semoga kau cepat ikot jadual!, teksi *oppkos la ado kan!, KTM commuter, ERL dan LRT*star!. so bleh la dikatakan integrated transportation kan!..so harus ke aku bangga as x-transport student? ngeee...

well untok aku yang idop kat tengah PUSAT bandar KL pastinya LRT adalah pilihan paling aidil! tapi dalam banyak2 transportasi yang aku senaraikan kat atas nun..nampaknye Mr commuter lah yang paling tak growth and NOT up-to-date la kan! aku sendiri selaku penguna frequency eh frequent transportasi awam sampai kalau boleh TAK sangop nak naik die! bapak lame tunggu kau! mintak la sangat2 cepat la coach baru yang katenye nak TIBE tu cepat lah sampai. dah lame kot pengguna2 tu BERSABAR kot!

mood: playin' game!

Saturday, 5 February 2011

Selamat

Satu
kepada semua rakyat/students Malaysia di Egypt aku mahu ucap semoga kamu selamat. hati sebenarnya berdetik bimbang dari awal lagi. tambahan, aku antara pengikut tetap beberapa blogger rakyat Malaysia dari sana. entry last mereka ade lah sekitar end of January. yelah lepas tu kan tiada lagi talian hayat *internet kan! tapi lewat perkembangan di TV, aku harap semuanya selamat. dan semoga satu masa nanti kamu kamu bisa kembali lagi ke sana bagi menyambung URUSAN yang belum langsai demi kemaslahatan KITA bersama :)

dua
selamat menyambut TAHUN BARU CINA bagi yang menyambutnya. aku juga ambek ini kesempatan untok pulang ke kampong bagi bersuka ria dan re-visit kampung arwah nenek sbelah mak :) Wah! bapak lame aku tak jejak kaki sane! jadi JAKUN pula aku! :p kalu ade mase aku follow-up dengan new entry yea..

owhhh bandar pontian seperti biasa MATI time raye cina! tapi sekarang tak de la terasa sangat. econsave  dah ade, lagi pon om melayu sekarang pon sudah banyak yang berniaga same. jadi kot sekadar barang dapor tu takde lah masalah sangat. cume kebetulan musem ujan..so kurang lah ikannye..heheee...
Alhamdulillah kampong kami tidaklah sampai banjer :)

sampai c2..GONG XI GONG XI...FA CAI!

mood: sangat gembira! jualan baju MERAH merata rata! :D

Tuesday, 1 February 2011

Phnom Penh, Cambodia

Salam...

Jom sambung kisah over da' sea.
seperti yang telah dimaklum, aku telah selamat sampai di bumi Cambodia. well tujuan perjalanan bukan untuk makan hangin atau melancung bagai. tujuan utama adalah datang atas urusan kerja. ya, terdapat trend permintaan beras dari Cambodia sejak akhir akhir ini. disokong pula dengan 'dasar' kerajaan Malaysia yang mahukan 'business' beras yang lebih besar bersama mereka. tambahan lagi sejak akhir akhir ini terdapat pelbagai pihak datang meng'approach kami. sebagai pengeluar yang boleh dikatakan baru *sebelum ini import beras dari Cambodia kecik kecik aje yea..adalah perlu bagi kami mengenal mereka. mengetahui kelengkapan/facility mereka. memahami kemampuan mereka. untuk semua itu kami namakan ia sebagai  'vendor audit'. Owhh tapi disini bukan bermaksud untuk membuat report kerja. jadi nama2 dan lokasi mereka akan terus dirahsiakan :)

pada aku terdapat sedikit perbezaan antara perjalanan kerja & melancung. jika melancung kita mungkin akan bertumpu ke satu tempat/kawasan yang menjadi pusat tarikan pelancung aje. namun jika kerja, kita mungkin akan melalui perjalanan ke tempat-tempat tidak terduga seperti di province dan sebagainya..hehee

sebagai pengenalan, mari aku ceritakan serba ringkas pergerakan kami di bumi Cambodia itu.
peta kawasan/daerah di Cambodia
Hari pertama kami tiba di Phnom Penh dan terus bergerak ke Kampong Cham demi menuju ke kilang supplier yang pertama. kemudiannya kami berpatah balik ke Phnom Penh dan bermalam disana.

OK hari kedua kami bergerak ke Battambang. Ejaan Battambang namun sebutan sila sebut Battambung ya! dalam perjalanan ke sana kami melalui Kampong Channang dan Pursat. di Pursat, singgah 1 lagi kilang supplier dan terus ke Battambang, 1 lagi kilang supplier disini. Battambang nie kira pekan kecil lah. kira 5 jam perjalanan dari Phnom Penh [but total actual hour perjalanan lebih dari 5 jam lah!]. disilah kami tiada makanan! hahaa.. melantak buahan sajalah kamu labu!

hari ke 3 kali teruskan melawat 2 supplier yang berada di Battambang dan terus gerak ke Siem Reap.
Hari ke 4 berlepas balik dari Siem Reap ke KLIA. hah! nampak? hampir separuh bumi Cambodia kami jelajahi..huhuu.. Time table sungguh ketat! larat tak larat la kamu labu! haihh!!
sapa bikin ini jadual hah? eeyyy..len kali kasi la masa aku berLIBUR sikit ke BANYAK! hek3 :p

OK Jom layan cerita 1~ di bumi Phnom Penh yang CUMA sempat dipijak sececah dua..


arrived@Phnom Penh Airport




17th January
kami sampai di Phnom Penh airport sampai sekitar jam 11.30 pagi waktu Cambodia & 10.30 pagi waktu Malaysia. 


owhhh..ms CK bertugas!

Mr Kim..our tour guide!
 langsung saja kami bergerak ke kilang yang pertama yang terletak di Kampong Cham. perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam.
hah! kamu..kamu segar lagi..baru sampaii...
membangun OK..Cambodia not soo bad!
school
mau beli kain kah?kah2 :p
Tundra..bapak besar keta nie! 
pit stop@petrol station..heyy d' toilet BERSIH ok..tiada pengalaman seperti di Vietnam! [geng! u know what I mean :p]
sampai di kilang pertama sekitar jam 1.30 petang. cuaca sungguh panas! buka mata pun tak bleh rasa! hah!..
in-front of 1st mill..nak baliks sudah!
kami berpatah balik ke bandar Phnom Penh untuk ke tempat supplier yang ke-2 dan perjalanan sekali lagi mengambil masa sekitar 2 jam! 
dalam perjalanan..semua lembik sudah..tidurr..
dan jalan lobang2 ini kejutkan aku!

sampai di 'office' supplier ke 2 hari sudah semakin remang senja. badan sudah rasa leteh. mata suda semakin layu..haha..ringkaskan!maka keluarlah rules baru *seorang=1 question ONLY! gegege...:p

in front of 2nd supplier's office..actually mahu maghrib suda..
haihh!! sebok mahu snap picca CK..hek2 :)
argghh..menu2..
oxoo..sempatutnya balik ke hotel teruss..
tapi kami minta dihantar ke tempat makan DULU!



itu Mr Malaysian..bagi cadangan apa nak makan!

owhhh..yang penting halal..tiada MSG lagi..

OK aku mahu daging LOK LAK! :p
sebab dah lalok!
  
arghhh..akhirnya..makan ITU!..akibat sudah laparr..OK saja!
akhirnya..sampai d' hotel..
gatall dah aku tu kottt..sari tak dapat mandi!

esok paginya kami hanya ada masa berjalan-jalan sekitar Phnom Penh untok cari makan saja. maklomlah hotel kediaman tiada HALAL. maka tekak pun tidak tergamak mahu mentekedarah ROTI mahupun BUN disana!
so masa yang singkat itu digunakan sebaik mungkin bagi menangkap picca secebis dua!

nice mornin' walkin'..it's cool!!
 sempat aku verangansss..sepertinya di Kinabalu!! ehh.ehh..seperti di Cameron Highland ritu! hikss!


mana mahu pergi?
SALE? sempat lagi nak pegi nie! ahakss!
owhhh..keta cumeyy..made in Cambodia :)
lav this pic! :)
bukan kucin' tapi hanjin!

medical school!
untuk hasil seperti ini....
Mr Photog seperti ini! haha!

hah! sesat sudah!



dari junction nie..lintas jalan..depan sikit..


lepas public bank nie...



itu..HOH!! ini yang korang carik?!



hah! masokkkk3...
nasi lemak..teh tarik..what a tipical Malay! haha :p

sekejap ada..sekejap TADA..*tingg!! :p

saling tak tumpah mamak di Malaysia!
lagu berkumandang..Jalam Abdillah yeaa...

nampak tak pagoda itueww??
wahh!! gumbiranya aku! wehuu...picca hiasan disitu En Halim dari QMD[quality] hehee..

jalan balik..jumpa kelapa bakaq

@Phnom Penh Hotel
TQ Mr Photog! :p
geng..semua dah ready?
sorry kami LATE..cari makan punYe pasai!hehe
Okey. itulah aje kisah sepagi di bandar Phnom Penh. seterusnya kami gerak ke Battambang pulew..
sambung next story morry lah!


mood: leteyyy..upload picca! malas mandi pula! :p 
CK! kuar kuar weii..banyak mende nak beli nie! say BYE!