Quote

Recipe for success: Study while others are sleeping; work while others are loafing; prepare while others are playing; and dream while others are wishing. ~ William A. Ward

Friday 29 June 2012

Its CK's Birthday!!!

Bueeeheheheheheeee...

Title memang selalu nak gempak kan. Celebrasi sangat ke masalahnya?? hahaa!!
Ok la saje nak buat entry cerita diri sendiri *macam la selama nie entry pasal orang lain* walaupun sebenarnya sambut-menyambut birthday nie bukan la satu 'culture' dalam keluarga aku. :p

Tahun nie tarikh birthday iols jatuh pada hari Sabtu; 23/06/1981! Hiks!!
Ya..usia yang semakin 'menurun' tu memang tak dapat dinafikan. Sejak cecah 3 series, kini masa untuk mendaki satu-persatu. Okoffffkofffkoffff!! Tapi iOls nak kira macam nie boleh? 
30-1=29!! dan begitulah seterusnya sampai 40!! Waaakakaa!! :p

Caye tak aku dah 30an?? hek~ 

..dan BFF telah 'meng-advance-kannya' sambutan birthday ku ke hari Friday! BIG TQ uolss!! Memang tak duga ada sambutan sebab awalnya kami plan nak lepak sama time lunch sambil discuss pasal our BIG trip in September!!*EhemmWalau plan surprise party sudah sedikit 'kantul' sebab tak semena-mena aku terjah ke pantry *aku sebok cari kerusi sana-sini* dan BFF tengah pasang lilin!! Dah menjerit bising bingit 1 level dengar kut!! TQ for the beautiful moment and lovely food-McD, moist chocolate cake & red valvet cup cakes! iLoike!!!

Apa pun terimas banyak-banyak pada semua yang mendoakan. iOls LAV uOlss..

hukss..terharu iOls..TERIMA KASIH seme ^_^

awwww..weOls perfect together!!! :))

mood: craving for red velvet!!

Friday 22 June 2012

Perhentian Island ~ Telok Dalam

Halo...any body homeeee..??? heheheee...Assalamualaikum~ :))

Lame pulak tak masuk blog nih. Bukan aja lama tak post new entri, malah tak menjengah langsung pulak aku nie!! OK sebenarnya dah lama simpan entry nie and now sempena *boleh guna ayat sempena?* musim panas nie, nak share experience masa di Telok Dalam, Pulau Perhentian Besar. Tapi sebenarnya cerita nie dah setahun berlalu. hahaa..gile kepam cerita aku!! *standard aku kan!!*:p 


Kalau masih ingat *budget ada yang baca* last year ada cerita pasal Pulau Kapas, sebenarnya seminggu kemudian aku telah jejak kaki di Perhentian pula. hehee. Sebenarnya trip ke Perhentian dah lama kami plan dan tiba-tiba aku joint geng office ke Kapas pulak! Dah tiap weekend aku turun pulau kan!! Nasib ada assistance Cik Sunblock!! Kalau tidak memang hangus lah kulit muka aku nie kan! Kih3. 

OK lah..jom layan journey aku~

AUG 8, 2011 ~ Original plan, kami ber-4 akan drive terus ke Jetty Kuala Besut, Terengganu. Tapi disebabkan last minutes 2 orang telah cancel the trip, makanya adalah sangat TAK berbalui untuk aku dan sorang lagi memba teruskan plan nak drive tu. Tambahan lagi aku nie tak boleh drive lah sebenarnya!! Oupsss!!! :p Yeap!! Ramai ke yang terperanjat?? hahaa!! Aku memang tak boleh drive nok!! Tapi lesen Alhamdulillah dah lama dah dapat!! :p Hahaa..aku nie sebenarnya lebih kepada takot dah sekarang nih!! hahaa adehhh *lap peluh di dahi* Disebabkan tak balui untuk drive TAPI tetap nak teruskan trip, kami putuskan naik bas sajalah!! :))


pic(s) kat atas nie aku snap sepanjang perjalanan ke HENTIAN PUTRA. 
hehe..1st time naik bas @ PUTRA, tetiba nak rasa jakun kan!! :p

Bas kami terus ke JETI KUALA BESUT gerak sekitar jam 10.30pm dan sampai around 5.00-5.30am. Disebabkan aku memang penat *almaklom la banyak xtvt tak berhenti-henti* dalam bas tu aku memang membuta habis lah! haha! Memba aku kata aku tido macam tido dekat rumah!! eekkekekee.. :p

Sampai di bust stop *kalau boleh aku panggil bus stop* agak terpinga jugak kami mana nak tuju. haha! Last-last ikot je mana majority orang-orang yang turun bas tu bergerak kan. ahah!! Nampak surau, makanya kami lepak surau dulu lah langsai subuh dulukan. :))

breakfast!!! 

Usai subuh, kami bergerak ke arah jetty dan macam biasa activiti mengisi perut! HIKS! Tengok tu, dah makan nasi lemak aku sebok nak makan pulut panggang pulak. Tapi lupa masa tu berada di negeri Terengganu, so inti pulut panggang tu harus la rasa manis kan! hahaha padan muka aku! :p

us @ jetty & boat 

selesai makan, dalam pukul 9 lebey kot *alahai tak ingat dah!* kami pon gerak naik boat. Sebelum tu macam biasa kene bayar Marine Fees RM5/person. Kami naik speed boat lebih kurang 30 minutes. Mula-mula tu memang la rasa macam serammmm..tapi lama-mama, rasa ok dah! :)) Owhh..tengok tu wajah berkilatku!! huhuu :p

OK sekarang dah sampai, kita nikmati dulu pemandangan kat sini!!! 

Kalau nak tau *perasan ade orang nak tau!! :p* kami stay di Samudera Beach Chalet yang telah di servey & di booked oleh teman ku! Mengikut 1 review, katanya kat sini damai tak bising. Sebelum tu dia *org yg bagi review tu lah* duduk tempat lain yang agak bising dan kemudian tukar ke Samudera Chalet nie lah. 

Untuk total package sempoi kami (chalet+food+2x-snorkeling) it was cost us at RM200++ aja!! haha!! Murah sangat kannnn!!! Mood masa tu adalah sangat budget, so memang kami pilih 'Frame Chalet' (yang berbentuk triangle tu). Chalet nie cuma ada kipas dan tak ada TV ok. OK lah, datang sini bukan nak tengok TV kan! haha.. :) Owhh..dan juga NO electric plug ok. So kalau nak charge handphone kene cherge di restaurant ya. haha. Gile nomad aku rasa pakai HP pon berbudget battery kan! :p

Signboard Samudera Chalet dari arah pantai :))

hoyeeee...MAKAN time!!! 
Terkejut tengok makanan maha banyak OK! Kami berdua aja kot!! :O

the beach 

the 'stall'

the beach & the sea :))

lets snorkel!!!

dinner time!!!

2nd day ~ what a gloomy morning!! hehee..sebabkan pagi itu cuaca agak mendung dan laut agak bergelora, kami dinasihati untuk menangguhkan dulu activity snorkeling pagi itu. So lepas breakfast, kita lepak-lepak baca buku la konon... ^_^

doin' nothin...

..dan perhatikan anak mat salih nie main pasir..hahaa

OK...inilah masa yang ditunggu2..snorkel lagi!! :))

Paling aku suka snorkelling di Shark Point!!
Woottt...nampak baby shark kot!! gile apa tak suka!! hahaa.. Masa dekat sini, aku memang layan habis lah! Sedar-sedar aku dah jauh berenang ke hujung. Adehh..satu hal nak patah balik. Nasib 'guard' kami tu datang selamatkan aku dengan boatnya. hahaa. Owhh..memba aku agak takot ghopanya!! kah2!! kata kaki island hampeh minah nie! Dia snorkeling dengan bertemankan 'guard' kami tu lah sementara aku tak terkawal dah. Serious tak kan sedar bila mata dah sebok dok pandang batu-batu karang & ikan dekat bawah tu kan. Owhh tapi kat sini, mula-mula rasa seram jugak sebab ianya agak dalam sebenarnya. So dasar laut nampak agak jauhh gitu. hehee..1st time aku rasa snorkeling cam nie heee..:))

Aku jugak sempat tengok turtle masa di TURTLE BAY..besar kau tahu penyu tersebut!!haha!
dan aku suka juga snorkeling di KK Bay sebab ade ikan colour2!!! hiks kat mane lah yang aku tak suka masalahnya kan!~ :p 
  
lepas 'menjakun' dengan lautan, sekarang masa untuk makan LUNCH!! 

~Bayu Dive Lodge ~ 

~ Chalet nie nampaknya seperti diusahakan oleh 'MAT SALEH' atau seseorang yang Non-Muslim. So cheq dulu lah kalau nak lepak makan di restauran-nya ke apa kan. yang pasti ice-cream Cornetto kat sini 1=RM4/- Amekauuu!!! :p ~aku memang tak beli lah kan!! haha

Petang 2nd day tu, kami bersiar-siar aja sekitar Telok Dalam dan snap lotsa piccas :)

~Floral bay~
~ Chalet nie nampak best..nampak dikit berkelas and cantek. kami plan malam kang nak datang lagi untuk minum2..heheee

Owhhh..see aku sangat enjoy dengan pantai ++ pasir @ depan Floral Bay Resort nie!!! BEST!!!

Suka lah lepak sini!! Kalau tau, awal-awal kami duduk kat sini!! hehe ^_^

Dinner!! ~ Fried Rice + BBQ Chicken+Sausage !!! NYUMMM!!!

sape @ Floral Bay :))

CK was here!! 
hahaaa..itulah pic Frame Chalet yang kami duduk.

Sebenarnya kami balik dengan berkeretapi naik di Tanah Merah. Sebabkan tak tau macam mana nak pegi ke sana dan takut kut sesat barat, kami ambil keputusan untuk keluar awal dari pulau. Pagi lagi kami dah gerak walaupun ada option keluar time noon kan. 

nak balik sudah..

pekan Kuala Besut & Taxi Stand dia..huhuu old school sangat!! :))

At last, kami chartered 1 cab untuk hantar kami terus ke Station Keretapi Tanah Merah. Tapi berapa ek kosnya..aku lupa lak! Tak kan around RM20 aja kan, macam murah pulak. Mungkin jugak each of us bayam RM25/- so total RM50/- per cab la kut. Agak around that lah!! 

Station KTM Tanah Merah, Kelantan

Tak silap time sampai jam baru sekitar 12.30pm-1.00pm. Keretapi scheduled at 7.00pm. Owhhhh...masakkk..apa ajalah nak buat kat sini!! Penat duduk, berdiri, penat berdiri, jalan, mencangkung, melompat! :p makan asam..makan JAJAN..bosan lagi sambung makan kuaci petang tu. OK! Barulah rasa OK sikit bila makan kuaci nie. hehe.. aku sebenarnya bukan pengemar kuaci! So bila makan dia nie, layan jugak kan. Tak kenyang dan tak sakitkan tekak. So uols kalau nak buang masa sambil makan, sila makan KUACI ya!! haha!!

aneka 'kuih kelantan'

Sebenarnya sejurus tiba, kami tumpang bag dengan staff KTM dan sempat jalan sekitar pekan Tanah Merah & melawat pasar yang ala-ala 'Pasar Siti Khadija'. Tengok macam-macam kuih ada dekat situ!! Owhh..tapi aku tak reti makan! :p Snap picca cukup..heee..>>larikkk>>>
Emmm..overall memang tak ada apa nak beli lah dan emmm...memang payah jugak la nak habiskan masa dekat Tanah Merah nie!! hehee 

dah penat mengira tiap saat, petang tu kami ke masjid berdekatan..mandi, salin baju & sembahyang.
perghhh..barulah LEGA rasanya!! Adoii..nightmare betollah moment nak tunggu keretapi neh!! :p

Finally!!!! Keretapi pon diumumkan akan sampai & tiba dengan selamat. Ahhh...sekali lagi lega! :)

Owhh..nak jadikan cerita, subuh tu sekitar jam 4lebih ke 5, tiba-tiba kami rasa keretapi macam menghentak sesuatu dan STOP. Dah tu, keretapi stop kemain lama tak gerak2!! WTFace!!! Ghopanya, katanya keretapi terlanggar LEMBU dan perlukan masa untuk dibaiki!! Sudah! Elok-elok 7.00am boleh sampai KL Sentral, jadi 10.00am lebey jugak la baru sampai!! Tak pasal-pasal aku terpaksa EL pada hari tersebut.. dah tolak cuti aku kan!! huhuu.. :p

Kesimpulannya, perjalanan balik start dari tunggu keretapi @ Tanah Merah sampai kejadian lebih 12 jam dudok dalam perot keretapi, adalah sangat NIGHTMARE untok akuuuuuuuuu!!! hahahahaaa ~ :p

SEKIAN. 

Mood : ISLAND!!!!