**ooupsss..choopppp..sebenarnya sejurus menulis tajuk n3 di atas, neuron terus terfikir..apa beza 'rompak' & 'curi' anyone know? Make me clear plzzzz..:)
#####
#####
Haluu hyi & Salam J
Last entry kisah aku likely bercuti & santai-santai kan, tapi tiba2 kenapa senyap lagi aku?!
Ahah! nie nak story nie..rasanya ada baiknya juga aku karangkan kisah ini disini sebab aku macam dan naik letey nak story mende yang same kan..*setelah mengulang ‘script’ yg sama lebeyy seribu kali (exaggerate lebey) dlm masa seminggu dua nie! Ahakss! :p
newayyy TQ ALLL! I know you guys concerned about me! Sayang sangat sama kamu semua! rasa sungguh terharu! sedey pon ado!..yeapp I know I've GOT YOUR LAV!
Sebenarnya, lepas last entry ~OFF~ itu, aku sebenarnya sangat gigih menyiapkan cerita moment2 penting saat ‘perlatihan’ seorang kaki bangku bowling yang 'dipilih' untuk masok bertanding, moment2 penting di Cambodia *bapak lame citer nie tak siap2 kan!, dan jugak citer my pengalaman kat cocert maher Zain sekitar February lepas..huhuu
Tapi kita merancang, Allah tentukan.
Selasa, 5 April 2011.
Aku MC sebab sedikit demam & ada tanda2 stress *hehee..tak pernah aku jumpe penyaket nama ginie! Cuaca pagi itu cerah. aku lepak kat umah aje sepanjang hari. Nak dijadika cerita petang tu hujan pulak. Sedang aku ‘bikin’ story dalam ini blog, roommate aku pun balik & masok umah lengkap dengan sepasang sut hujan kale gelap & sebiji helmet hitam terlekat dikepalanya :)
Siap buat 1 entry aku sambung perkemas story lama & cadang nak transfer picca dari HP ke lappy. Rase penat aku berhenti rehat & sambung malam pulak. Tapi malam tu aku rasa nak buat kerja office la pulak. Maka aku on lappy & mula buat kerja. Aku ingat malam tu tak payah tido pon tape! Sebab esok aku maseh ade MC lagi. so esok bleh lah aku membuta macam cik kelawar! :p Cadangnye mahu kasi clear keje back lock yang selalu menyesakkan dada ini..ngeee..
Rabu, 6 April 2011.
Sedang aku taip2 aku rase letey dan mula la aku landing2 over. Waktu Malaysia lebey kurang pukul 215-230 pagi. tak sedar aku LELAP rupenye! Lelap di hall rumah dengan lampu rumah yg masih terang benderang dari dapor sampai la ke tengah hall *mcm umah bosa sgt kn!
dalam lena yang aku pon tak tau lena ke tidak, aku dengar bunyi kunci rumah..*kecing3 aku celik mata & lihat ‘sasaorang’ dari posisi bahagian belakang badannya, berdiri dekat pintu rumah n oppkos lah kan tengah nak bukak pintu kan. Aku perasan ‘makhluk itu’ memakai 1 sut pakaian berkale gelap & lengkap berhelmet hitam. Aku mula monolog dalam hati..‘eh dah pagi ke?‘ ‘Lisa *roommate aku dh nak pegi keje?‘… aku gumam lagi..’eh awalnye nak pegi keje*aku dapat rs waktu itu awal lagi wp mata sangat berat nk jeling jam yg ade lekat kat dinding umah tu kan! aku bayang masa tu dalam pukul 6 pagi kot! :p eh aku tak bangn semayang lagi nie’. Tapi aku masih berat nk bangun, aku cuma gerak mengiring kan badan ke kanan aje :p
Dalam mamai2 kali nie aku dengar bunyi pintu dibuka, dibuka dengan perlahan-lahan seperti cuba try test buka dengan senyap-senyap. Aku monolog dalam hati lagi ‘asal Lisa nak bukak pintu pelan2 nie? Eehhh..agaknya die tak nak aku terbangun kot..ehh it’s ok lah..tak kesah lah..ok jee akak tido je nie.. akak tido’ gumam aku dalam hati lagi sambil aku cuba beria2 pejamkan mata n bulatkan badan *budget tido macam kuceng! Membulatkan diri :p
Sekali lagi dalam mamai aku dengar bunyi tapak kaki *sebenarnya bunyi yg agak kasar menunjukkan 'sipelaku' sedang memakai kasut, tapi masa nie aku tak PK hal nie pon berjalan dalam keadaan ala tergesa2 gitu, macam nak lari2 anak pon ade. Sekali lagi aku gumam dalam hati ‘kenapa Lisa nak lari2 dalam rumah nie?..kenapa nak cepat2 nie? ade nak uruskan mesyuarat agaknye, tapi tak de citer pon..eh tak sempat citer gaknye..eehh..agaknya ada tertinggal barang n nak cepat lah kot’. mandangkan keadaan rumah aku yg agak ‘luas’ itu, maka space dekat hall nie takde lah besar mane. tambah lagi bile aku dah terbaring seketul dekat tengah hall nie kan. Aku PK ruang untuk laluan mesti dah tingal celah2 gigi aje kan. so muken susah roommate aku nak lalu..huhuu.. Make aku pon untuk kedua kalinya cuba2 untuk kecikkan badan *lagi try bulatkan badan macam kucing tido dengan niat nak beri laluan pada ‘Lisa’..
Sudah. Aku tak ingat hape dah. Muken jugak aku terlelap pada masa itu. terlelap semenet dua orang kata.
Tibe2 aku terSEDA dan terus duduk! *tak de terpisat2 macam orang baru bangun tidor, takde mengeliat-liat @ pusing badan kanan kiri. Tade! Aku sedar, aku terus duduk and pandang atas *bukan atas kat syiling tapi kire pandang sebelah atas dari arah aku berbaring tadi. Kalau pandangan dalam keadaan duduk pada masa kejadian, kira bila aku duduk je aku terus pandang ke arah kanan dan aku pandang tepat pada seseorang yang sedang tunduk2, bongkok2 seperti melihat sesuatu. Di ruangan yg diperhatikan itu, ade terletak sebijik kusyen single rotan yg di atasnye aku letak kan paper bag blackberry dan segala macam barang mak nenek yang tah hape2 sebab aku pon tak tau mane lagi nak simpan ‘dierang’ tu kan! :p
Demi menyedari aku yg tetibe bangon & dok pandang ‘die’, sepantas kilat dia pon berpaling sama tepat memandang ‘wajahku’..untuk sesaat, kami saling pandang memandang gitueww..*ahaks! .
Ate terlihatlah oleh aku akan wajah die itu yang bolehlah aku katakan sama dengan (=) LELAKI. Berkulit yang kelihatan gelap dan agak berkilat bak dipanah mentari, but not to say it’s gelap like Indian skin yea. Wajah dia menunjukkan rupa parasnya yg kalau boleh aku category kan sebagai ‘Melayu’ *makna dalam Javanese is LARI tapi tak pulak aku pasti. He could be Indonesian as we *Malay got very close figure & face like them kan. Eh! Awat nak skiping2 nie?
Demi memandang wajah saorang LELAKI, aku bermonolog, bersoal2 lagi dalam hati! ‘ eh! kenapa ada lelaki dalam rumah nie? Eh! Kenapa Lisa bawak masok lelaki nie? Eh! Pakcik Lisa datang nak amek barang ape????...dan sepantas kilat reaksi dia setelah menoleh memandang aku ialah..LARI. Aku pandang die lari…tit10x *bunyi lari yang macam pantas tapi cam takde munyi..ke telinga aku tak fangsi masa nie?
Aku terus pandang dia lari ke pintu. demi terpandang pintu, barulah aku sedar pintu and grill terbukak dengan luasnye!
Oohohh! Maka menjeritlah aku dalam hati…’ehh!! Kenapa bukak pintu besar2 nie..akak pakai macam nie..nanti orang lalu nampak pulak *malam itu eh pagi itu cuaca panas, jadi subjek hanya memaki short & baju panas sahaja. Bila tengok 'itu orang' lari dan pintu yang terbuka, aku bingkas bangun dan menuju ke pintu. Sampai ke luar aku lihat ‘maling’ itu sudah tiada..LESAP dari pandangan! seketika, barulah aku sedar..RUMAH KENE MASOK ORANGGGGG!!!! Sikit suara aku keluar…budget nak jerit agaknya...aaaaaaaaa….*tapi tak kuat mana pon sebenarnya ‘Ya Allah!! Orang masok rumah nie!! Lisa Lisa’..(aku panggil roommate aku). Aku masuk balik dalam rumah, aku pandang meja jepun kanak2 tengah hall itu..barulah aku sedar Ms Whitey Lappy sudah TIADA, tingkap dapur sudah TERLOPONG, dan lagi Ms Whitey Blackberry juga udah lesap dari tempatnya! L
Lisa..Lisa..aku masuk bilik dan panggil2 lagi roommate aku..sambil istifar banyak3.. aku cam tak tau nak kata apa. Aku rasa macam mimpi! Aku macam sedar tak sedar, percaya tak percaya ada ORANG LUAR masuk dalam rumah kami. Aku macam dreaming! Haihhh!
Aku pandang jam, waktu itu sekitar 3.50 pagi!
Dalam beler2 aku ketok umah jiran sebelah, Aida. Dalam beler2 lama jugak lah kami lepak depan umah diskusi apa aku pon macam tak tahu! yang aku ingat macam ade perkataan 'macam mana ek?'..'balai bukak 24hr ke?'..'yg Aida cerita rumah kene masok orang tu, dah tu macam mane ek?'..macam beler siot! nak koll sapa pon tak tahu! kol mende HP pon dah kene curi! Perlu ke koll..??..nasik dh jadi bubur..tapi dalam otak masa tu, yang penting kami selamat. tidak diapa2 kan! dan hanya risau sebab ‘maling’ itu lari bersama kunci roommate aku, adalah sangat takut untuk aku tinggalkan rumah begitu saja pada waktu itu. Mungken sebab itulah jugak kami macam LAME je kan bersidai depan umah tu kan. Sampai nak dekat masuk subuh aku rasa barulah kami ada kata putus. Masing2 masuk rumah dan bersiap untuk subuh, kemudian ke balai polis untuk buat report..huhuuu
*****
Ini baru cerita ‘rumah dimasuk orang’ dah berjela..sebenarnya ada lagi nak cerita pasal hal membuat report polis, hal berkaitan berurusan dengan pejabat perumahan kecil DBKL.
Owhhh tapi sebab citer pon dah panjang berjela, rasanya elok jika cerita ini aku breakup kan kepada beberapa bahagian. Lain entry aku stori tentang kerenah 'kecekapan' opis2 di Mesia nie!
Okey 2 ari berulang ke Midvalley sebab kursus kaki pon dah rasa sepai! tambahan dah 2 mlm berturut aku seakan stay-up mengarang 'sesuatu', maka hari ini mata seakan berkata..I couldn’t stand for more. ok lah
Babaiii…
Mood : to be continued….kroohhhh....
2 comments:
aku nak gelak sbb:
1) keblurran ko mmg terserlah
2) lagi mau kasi ruang utk org lalu lalang
3) x tau nak ckp apa dah
sorry kalau gelak x sesuai di sini..tp ko karang entry ko lawak sgt
Hoh kau golakkk eh! Hahaa..OK je! Aku dh ok skg aku pn ikot golak same! :p
Post a Comment