Quote

“Recipe for success: Study while others are sleeping; work while others are loafing; prepare while others are playing; and dream while others are wishing.” ~ William A. Ward

Thursday, 26 January 2012

Backpack to Beijing Part 3 ~ The Subway, Railway and Transportation

Hyiiii~~~...

Nak sambung pasal rail system di Beijing dulu lah sebelum ke tempat2 lawatan..hiks!! *setahun tak siap entry cam nie!! :p*

OK! sebabkan Beijing punyai system rail yg sangat cekap, kami pilih-nya sebagai pengangkutan utama masa di sana! Jika di Malaysia kita kenali 'Syatem Aliran Ringan' atau panggilnya LRT, tapi di Beijing dipanggil sebagai Subway. Sementara train atau system rail untuk ke destinasi luar Baijing (antara bandar) dikenali sabagai Railway. Mungkin juga sebab laluan subway itu sepenuhnya di dalam terowong dan railway pula adalah laluan di atas tanah, jadi ia dipanggil sebegitu untuk membezakannya xoxoo..gamaknya lah :p *jakun la aku*

Nampaknya kerajaan China betul2 mangambil serious dengan pembangunan sistem pengangkutan terutama di ibu negaranya. Setakat ini, mereka mempunyai 15 line subway yang menghubungkan kesemua tempat2x penting dan tarikan pelancungan di Beijing. Antara yg boleh dijadikan contoh, line 10 dibina khas untuk sukan Olympic Beijing 2008. Namun pembinaannya tidak terhenti setakat itu saja, sehingga hari ini beberapa station telah ditambah berbanding awal pembukaannya yg hanya dibina khas untuk ke stadium. Bandingkan dengan project LRT di negara kita. LRT Star ke Bukit Jalil contohnya, telah lama siap bukan? Perhatikan adakah project sambungan seterusnya sebagai contoh utk menyambungkan kawasan sekitar seperti Puchong dan sebagainya.emmm... ~aku kuat membebel bukan??..dan bowink kan bila aku serious kan??? LOL!! :p

sample of Beijing subway map in 2015 (map in future aku bagik!! hamek! :p)
Satu lagi yg menjadi perhatian, system subway di Beijing dikendalikan oleh 1 syarikat yang sama. *tak pasti sama ada ianya syarikat corporate atau sememangnya diuruskan oleh kerajaan negara China, tapi melalui berita yg aku tengok kat TV BBC tu, rasanya sykt corporat!!xx!-uowls sila google kalau nak tau lebey :)* Kerana ianya dibawah satu bumbung yg sama, maka tak kira lah kita nak ke line berapa pun semuanya dibawah 1 tiket yg sama. Tak perlu beli ticket lain atau tak perlu touch keluar dan kemudiannya touch masuk semula ke station yg lain. Lagi satu yang menarik, tambang perjalanan adalah dikira per-entry iaitu sebanyak 2Yuan=RM1. Murah bukan? Travel lah sejauh mana yg anda mahu, itulah tambang tetap yg akan dikenakan!! Sekali lagi, bandingkan dengan sistem yg diguna pakai di negara kita. Cuba travel dari Masjid Jamik ke Gombak dan bandingkan jika travel dari kelana Jaya ke Gombak. Sama tak??? :p

Sebagai x-transport student *mood poyo* aku lihat ini adalah 1 konsep yg sangat asas yg patut diguna pakai di negara kita. Kata 'RAKYAT DIDAHULUKAN' kan! Mungkinkah pemimpin2 kita terlalu memerhatikan perkara yg terlalu kompleks sehingga perkara yg simple sebegini terlepas pandang atau mungkinkah setiap kali lawatan pemimpin kita terlalu diberikan layanan istimewa sehingga tidak pernah merasai betapa cekapnya sistem pengangkutan disini?? *ini aku pasti* Now I wonder do they really know bout such concept/system in this world? *:p

Welll..maaf, aku cuma berharap satu hari nanti, mereka2 yg berkaitan dapat lihat, pandang dan belajar akan sistem rail disini. Mungkin kita selalu memperlekehkan negara China, kita juga selalu disogokkan dengan pelbagai email memburuk-burukkan suasana di negara China. Tapi cuba anda datang dan lihat sendiri. Mereka begitu menjaga kebersihan dan facility di negara mereka. Tak jauh beza dengan Singapore nok!! Tapi sure la SG itu bersih sangat sebab semua kawasannya adalah kawsan bandar!! xoxooo!! *panas lak tetiba hati aku nie! nape tak tau??!! :p*

owhh..pada yg nak map Beijing subway bley click SINI--> http://www.ebeijing.gov.cn/feature_2/BeijingSubway/index.htm#Content
atau boleh google kan aja..sure macam2 map subway akan keluarkan~

the map which was using by my friend..*lunyai yo~*
Ok. *panjang lak aku membebel*


Dimulakan dengan Bismillahh....journey ---& KL-Tianjin-Beijing
Flight kami mendarat lebih kurang jam 3.30 petang. Waktu Malaysia dan Beijing tiada beza ya. Sama saja, so tak payahlah susah2 nak adjust jam bagai. Pada masa itu, rasa aircond semakin kuat dan aku kata pada memba, 'aku suspect sejuk nie sebab ditambah dengan udara luar lah. udara++aircond..so double sejuklah!!'..dan bila masa nak keluar dari perut kapal, maka terasalah udara luar yg menerpa ke badan melalui gap antara kapal dan airport bridge tu haaaa...masa ni pon dh jerit!! suspect la sangat..tengok2 kat luar tu lagi sejok! wwooOOoooo!! :O

Sesampai kami di airport Tianjin, macam biasa beratur untuk lepasi pemeriksaan kastam. Kastam di China very strict katanya. Emm..rasanya tak jauh beza dengan kastam di SG *singapore*. mereka akan cheq dan pastikan wajah kita sama macam dlm passport! owhh..jangan lupa borang VOA perlu lah diisi dengan lengkap bagi mengelakkan sebarang masalah. katanya jika diminta, kita juga perlu menyediakan salinan tempahan hotel. Tapi Alhamdulillah urusan kami berjalan sangat lancar dan mudah. selesai urusan kastam, terus saja kami ke bahagian baggage collection dan menyarung pakaian tebal, stokin etc. Kemudiannya, keluar pon takde masalah. Cuma bag mommy Marcos sekali lagi perlu melalui imbasan, mungkin kerana bag itu dikit besar kali..huhuu.. ^.^
Just arrived. Sarung sock & sweater/jacket etc..:)
Keluar dari airport Tianjin, akan terus nampak pondok yg jual tiket bas ke station railway Tianjin. Kami terus ke sana dan beli tiket yang berharga 10Yuan seorang = lebih kurang RM5 :D. Untuk beli tiket tak susah, cuma cakap *tak pasti dia faham tak* dan tunjukkan jari melambangkan berapa org. Kemudiannya selesai & terus ke proses me-loading bag dlm perut bas.
counter ticket & bus to Tianjin Railway Station
Sebenarnya masa nie lah baru betul terasa sejuknya udara kat luar tu..mungkin sebab belum biasa, kami rasa sangat sejuk!! Masa nie pon tak biasa lagi pakai glove. jadi bila pakai rasa tangan tu tak dapat nak control!! Rasa tak boleh nak pegang apa2. Tak rasa!! Nak tak nak, terpaksa aku bukak glove utk ambil duit dan beli tiket huhuu... *sekejap je rasa tangan dh beku!!* Masa singkat ini juga, mommy Marcos mengadu rasa dikit pening~owhh..semuanya kerana terkejut dan tak sangka udara sangat SEJUK!! :O

usai loading bag, kami terus masuk ke perut bas..lega rasa bila udara kembali hangat!! wahhh...wut a day!! :p hehee...new experience for us yo!! tak lama kemudian, bas pon bergerak. owhh..inilah pengalaman pertama lihat tanah bagaikan tandus. color yang kelihatan semuanya hitam putey dan kelabu. pokok2 semuanya muram!! wahh...celik mata ku dengan pemandangan serba baru dan lain ini *yay aku jakun!!*
the scenery along the way to Tianjin Railway Station
Perjalanan bas sekitar 30 ke 40 minit, kemudiannya bas akan berhenti lebih kurang 200-300 meter dari station keretapi Tianjin. Untuk ke station railway, kami ikut kan ajalah orang2x yang bergerak ke depan tu kan. Dalam kepayahan dan kesejukan, adalah berjalan dlm 15-20 minutes dan akhirnya nampak bangunan sebegitu besar!! Makna dah sampai lah di Station Railway Tianjin. wuhuupp!!!

walking to Tianjin Railway Station
The Tianjin Railway Station ;)
..and here we are before enteiring the building..hiks!!
Masuk2 je di pintu station railway tu, perlu terus mengimbas bag dan segala jenis bagasi. Maka susah payah lah kami buka backpack yg dh lekat kat badan tu. owhhh...payah2..dh tu kami ke kaunter tiket untuk beli tiket railway ke Beijing. Kaunter nie tak susah jumpa, masuk je terus nampak. Ada di sebelah kiri dekat dengan pintu. Cuma yg kami confius..kaunter yang mana??? dan belek punya belek..semua tulisan *karactor* pun punyai bentuk yg sama aja..hahaa!! So kami beratur ajalah!! Seeloknya print
karactor Beijing bagi memudahkan urusan. *huhuu..kami juga plan yg sama sebelum pergi, tapi bila tiba masa pergi, 1 karactor pon kami tak print!!* :p
counter ticket to Beijing South Railway Station
Rupanya untuk beli ticket railway perlu:
1. tunjuk passport!!
2. nyatakan nak train jam berapa
3. kelas penerbangan ~ 1st class atau 2nd class

Kami beli tiket 2nd class dengan harga 58Yuan seorang. Kemudian terus sahaja naik ke bahagian atas. Tak susah just ikut sign board dan tunggu di bahagian menunggu. Awalnya bila saja sampai dekat gate ke bahagian platform, kami terus cuba nak masuk. Tapi pagar tiket tu tak nak terima tiket kami. Kami tanyakan pada minah cantik yg dok jaga kat situ, dia cuma geleng2 sambil membuat tangan lambai2 *tidak*.
the ticket 
the lady who's announcing arrival of the train
Belek punya belek, finally kami faham, tiket kami tu ada nyatakan no. train, no coach, tempat duduk, dan juga platform. Kami juga compare-kan dengan info screen yg ada kat situ.
train schedule/details
Rupanya sistem disini hanya membenarkan penumpang turun ke platform bila keretapi telah sampai dan bersedia untuk proses loading. Pada masa itu nanti, minah yg jaga dekat pagar tiket tadi akan buat announcement. tapi macam biasalah..macam kami paham pon apa yg die cakap pon kan..hehee...
..its boarding time..
Perjalanan dari Tianjin Railway Station ke Beijing South Railway Station mengambil masa lebih kurang 30 minit. Tiket kami jam 5.25pm dan pada masa perjalanan suasana diluar mulai mengelap. Aku mula sedar akan situasi itu bila Marcos highlight-kan..'tengok..kat luar dh gelap!!' Woahhh...sudah bagaikan jam 8 malam!!

Oupss sementara nak sampai sempat aku ke toilet *sila bekal botol mineral* dan ke cafe beli air panas!! hehee ^_^ .. Baru nak minum, tiba-tiba rasa train semakin perlahan dan dah sampai rupanya!! Sebenarnya kami ingatkan perjalan ke Beijing selama sejam! hahaa..sebeb tu lah buat rileks aja. Ghopenya setengah jam aje noks!! Owhh..lebey kurang sama lah dengan journey ERL dari KL Sentral ke Sepang kan!! ^_^
~the 2nd class coach~
Kami terus ke kaunter tiket subway utk dapatkan tiket subway pula. Payah jugak nak berkomunikasi dengan pekerja di counter. Memba aku siap tunjuk note yg kami print dari internet untuk memahamkan si amoi tu apa sebenarnya yg kami nak. Sebenarnya kami nak beli tiket subway yg macam touch N go tu. Dalam internet sebut 'integrated subway tiket' ke apa *aku lupe lak* tapi minah amoi tu macam tak paham!! Mujur rakan di-counter sebelahnya boleh faham dan cakap english sikit2. Akhirnya dia faham apa yg kami mahu dan sebut 'SUBWAY PASS'!! Owhh..finally. 
picca in front of subway ticket counter..
~owhh unfortunately I did't snap pic of the counter :( 
the subway ticket 
Sekali lagi nak advise, elok print kan caractor 'subway pass'. Lebih mudah. Owhh sebenarnya pada masa tu kami ada jumpa dengan pelancung dari Malaysia berbangsa Cina. tapi bila kami tanyakan pada mereka, nampaknya mereka lagi blur dari kami.xoxoo!! mungkinkah bahasa pertuturan mereka bukan Mandrine?? maka payahlah!! sebenarnya kami jumpa mereka masa dalam train lagi. Ingatkan rakyat China. Bila memba ku tanya dlm english, sekali dia reply dlm Bahasa la pulok!! :O xoxoo...akhirnya kami sedar, kami dulu gerak dari counter ticket tersebut sementelah mereka masih lagi diskas disitu..huhuuu..mungkin mereka kurang study!! hehe..babayyy~

Ok harga subway pass (simpan nilai) tu 50Yuan. Nilai dalam tiket ialah 30Yuan dan 20Yuan dikira sebagai deposit dan akan dipulangkan bila tiket dikembalikan kemudian. Sebelum masuk ke subway, nampaknya kami perlu sekali lagi mangimbas bagasi kami. Maka susah payah lah lagi..aishh..:'(

Yeaaa..nampaknya China mengamalkan sekuriti yg agak ketat di semua station pengangkutannya. Bayangkan kalau kalau dekat Malaysia setiap kali nak masuk ke station LRT/Monorail/ERL/Commuter kita perlu mengimbas bag kita~~huhuu...agak payah tak?? Tapi its good la for security kan! Sebenarnya imbas tak susah mana, yg susahnya ialah bila kami bergerak dengan bag yg besar2 tu, maka semua pergerakan terasa sukar yang amat!!
the security & the scanner machine
~left at subway station & right at railway station
Oowhh..pada masa kami ke subway station, waktu sekitar jam 6 petang. Rasanya walau bukan hari bekerja (sebab hari Ahad) kami bagaikan bersaing dengan penduduk tempatan sebab rasa org yg sedang travel di subway itu adalah ramai! Ternyata sistem subway sangat cekap dan pantas. Tak tunggu lama, train pun sampai dan bergerak dengan lajuuu.. Setiap train ada pemandu & conductor yg akan pastikan semua  penumpang selamat boarding sebelum bunyi 'kringgggg' di-released-kan! Namun kerana kepadatan penduduknya kami masih perlu bersesak2x dengan local. wohouppp!!
snatch away with the local folk :p 
dari Beijing South Railway Station (di line 4) nak ke hostel kami di Dongsi (line 5) kami perlu transfer train sebanyak 2 kali:
satu : dari line 4 perlu transfer ke line 1 @ Station Lingjing Hutong Xidan
dua: dari line 1 perlu transfer ke line 5 @ Station Dongdan 
Finally : turun di station Dongsi  exit C = Hostel 161. 

Sebenarnya malam tu, kami keluar di exit A/B dan sedikit termanggu nak cari jalan. cuba tanya pada sorang amoi, mujor dia pandai cakap english walau hanya sikit heee..tapi malang dia tak tahu tempat la pulak! Tapi dia cuba tanyakan pada seorang 'pakcik' & akhirnya dia suruh kami melintas jalan dan jalan terus..
cross d road :D
owhh..lagi kebetulan, masa tercanggak2x nak melintas jalan tu, kami terjumpa dgn 1 couple which the wifey is Malaysian & the shuben is Pakistani dan mereka mahu ke Hostel yg sama..heheheee///^.^// Si suami minta kami temankan isterinya tunggu di simpang jalan sementara si somi pergi husya jalan..huhuu..dan akhirnya confirmed benarlah laluan kami dan kami teruskan perjalanan sampailah berjompa dengan hostel yg dicari..heee..(patot nie masok part 2 kan!!) :p
the scenery along the way to the HOSTEL! *1st nite* xx! :p
owhhh...its too cheap OK!! 100Y=RM50! :O!
kami sampai hostel sekitar jam 7.36malam. mujur saja aku dh bayar penuh hostel kan, maka w/p kami tak call hostel & inform kami check-in lambat, bilik kami selamat dan tidak di-releas-kan pada guests yg lain.
the deposit recipe! 200Y yo~
*supposed uploaded in the previous entry kan?!!* ^^
ok now journey ---& Beijing-Tianjin-KL plak..

Sebabkan bag yg sudah berat dan beranak-pinak, kami putuskan untuk naik cab saja ke Beijing South Railway Station. Sebenarnya itulah pertama kali kami naik cab dan sebenarnya kami mengelak utk naik cab coz ramai yang cakap pemandu kat sana suka tipu2..dan kerana itu juga lah pada awalnya kami minta hostel call kan cab. Tapi sebab mereka kata just tahan di depan hostel saja maka kami pon tawakal saja lah. so seawal jam 655pagi 08/01/12 kami tahan 2 cab *sebab bag beso naik 1 cab tak muat* dan bergerak ke station yg dimaksudkan. Estimation fees yg di-advice oleh pihak hostel adalah sekitar 40Yuan. Finally cab yg aku naiki total tambang hanya 28Yuan *sangat murah ok* dan satu lagi cab dalam 35Yuan. apa pun semuanya dibawah nilai estimation yg diberikan yay~
~ as early as 6.55 am; taking cabs to Beijing South Railway Station
~7.33 am..having a nap while waiting train scheduled at 10.30am!! 

wut a day!! LOL!
kami sampai di station south railway dalam pukul 7.13am. train pulak jam 10.30am. sebenarnya kami dah beli tiket awal beberapa hari sebelum sebab tengok berita @ TV semua pennduduk Beijing dh mula sebok nak travel balik kampung dan beli tiket train dengan online dan mobile bagai. Jadi kami naik seram takot2 tak dapat tiket balik! So untuk selamat, kami beli awal dan keluar hostel awal. sudahnya ianya adalah SANGAT awal!! huhuu..^^
Ok boring!! walking around and snap lotsa piccas!! ;p
sebenarnya 8 January 2012 lebih kurang 2 minggu sebelum sambutan tahun Baru Cina, di China bermula lah sambutan yg dipanggil 'spring festival' yg mana katanya sambutan bermula pada hari tersebut. Ya walaupun musim panas belum tiba, tapi ada 'spring festival' ya..xoxoo...dan katanya mmg menjadi kebiasaan rakyat China untuk mula pulang ke kampung 2 minggu sebelum sambutan tahun baru!! Owhh..di station Beijing south itu sendiri, pihak securiti membuat beberapa lorong khas kerana mmg mereka expect kan 1 pergerakan passenger yg banyak bermula pada hari tersebut.ouchh! *
*update selepas CNY, di China CNY dikenali juga as SPRING FESTIVAL!! ^_^**
the security tighten the safety & local packed tightly for home town!! xoxoo~
boarding time ~ to tianjin railway station!
Ok!
bila sampai @ station Railway Tianjin. kami mula terpingga2 kat mana nak cari semula tempat nak naik bas haritu. tanya2 dengan beberapa pekerja akhirnya kami sampai di satu kawasan begini...
where to go??
bit lost here..hehee..^_^

nampak dari gaya building disitu, rasanya kami perlu ke bahagian belakang bangunan di hadapan kami tu. Owhhh..tapi macam mana nak ke bahagian belakang nie?? Kami tanyakan pada seorang yg kelihatan seperti guard. beria2 dia bercakap, akhir sekali dia cakap dengan seorang wanita. rupa2nya wanita tersebut nak ke bangunan yg sama dan dia minta kami follow her~

maka seperti biasa, masuk bangunan railway sekali lagi perlu mengimbas bag. dan kami ikut saja wanita tersebut turun naik escalator xoxoo*aku tak ingat jalan* akhirnya kami sampai di kawasan kaunter tiket di mana tempat mula kami sampai!! :D

satu hal pula nak cari tempat bas. daripada cara bas bergerak tempoh hari, kami budget bas itu hanya turunkan penumpang disitu. nak naik dekat tempat lain pulak. kebetulan wanita tadi pon tunjuk ke arah bertentangan, maka kami layan kan ajalah. tapi bila rasa macam tak nampak bayang walau sebiji bas pon..maka kami tanya sekali lagi pada seseorang yg juga kelihatan seperti guard! ;D Kami kata 'bas to airport' dia macam tak paham kan. akhirnya kami kata bas sambil buat tangan gaya kapal terbang berlepas. akhirnya guard tadi faham maksud kami dan tunjukkan arah yg bertentangan. Owhhh..rupanya naik dan turun bas ke airport tianjin itu di tempat yg sama!!! uwaaaa...wat letey aje pusingg..heheh ^_^

akhirnya kami jalan la semula melalui kawasan sama masa kami sampai tempoh hari :D
tak lama lepas tu nampaklah bas dan alhamdulillah..proses senang naik aja bas bayar semua tambang dalam bas.
finding the nemo..oupsss..finding the BUS!! 
sampai di airport tercanggak lagi nak cari counter check-in!! gegege..patut rasa lain macam! Caunter AirAsia tak nampak pon!! Rupanya perlu masuk ke bahagian dalam. owhhh..
waitin for boardin;)
selesai check in dan masuk ruang menunggu, udara adalah sangat panas dapat aku rasa. aku bagaikan nak jatoh domam tetiba! rasa badan tak best. maka dari situlah bermulanya rasa tak sedap badan aku tu. 
it was soooOOooo HOT here and I feel like getting fever.. *sigh* 
bye..bye Beijing...gonna MISS u forever~ 
sampaila bila boarding..makan..tertidur dan bangun semula dan rasa bagaikan serba tak kena dan muntah!! Owhh..waktu itu adalah sangat siksa dan aku rasa perjalanan 6 jam adalah sangat lama. sebenarnya utk memudahkan pergerakan ke toilet aku pindah tempat duduk (dekat dgn toilet) di belakang!! tapi kat situ sejuk nak mamfus la pulak!! sudahnya aku mengigil tak tahan dan mula la rasa DEMAM makin kuat la pulak!! HUKK :( perut pulak kosong sebab muntah tadi kan..sobsss!!

akhirnya Alhamdulillah sampai di LCCT sekitar jam 10.30pm. mujur rasa badan semakin segar. maka boleh lah bangun utk turun dan balik. owhh..siapa sangka malam itu aku bermalam di rumah kawan sebab katanya risau nengok aku balik sorang dgn badan tak sihat kan..huhuu...*hugs to Shima* dan keesokan harinya aku jatuh demam semula..teruk!! *muntah 2 kali* huk. :'(
the food before I vomited em and safely arrived @ LCCT at 10.12pm
~ouchh..the pilot handsome yo..thot he's Beijing'ian..hiks~ ;)
ok la buddies..penceritaan bukan saja pasal train nampaknya..haha..redho ajalah dgn cerita aku yg serabut dan panjang meleret2 neh!! :p bubyee!!

mood: Gong Xi Gong Xi!!

Tuesday, 17 January 2012

Backpack to Beijing Part 2 ~ The Hostel

Salam..

Seperti dijanjikan, ini sambungan cerita di Beijing. Owhh cuba untuk men'details beberapa perkara dengan niat untuk assist sesiapa yang sedang membuat perancangan ber-backpacking ke Beijing. Well u know, I support travel budget aka backpacking dan harapan2 entry yang selanjutnya dapat assist uowlss~ keh2 mood poyos! :p

@@@@@@

Mari ke perihal hostel terlebih dahulu. :))

Berdasarkan review yang baik, akhirnya kami pilih untuk menginap di hotel yang dipanggil '161-Hostel' dan terus booking untuk 7malam. Awalnya ada juga plan mahu coba-coba tempat lain dan bertukar-tukar hostel, tapi nampaknya masa dan CUACA tak berapa izinkan kami merancang untuk sesuatu yang lebih. ;) apa pun kami sangat gembira dengan pilihan kami ini! YAY!!

161-Hostel ada pelbagai jenis bilik, double bed, single bed, master bed, malahan ada juga bilik yang perlu berkongsi bilik air ala-ala dorm pulak bunyinya. mungkin kerana itulah hotel ini dipanggil as HOSTEL. Kira budget hotel la nie kan..huhuu..^_^ ~well u know us!!~ :p !

Untuk bilik kami, kami ambil superior kerana inginkan bilik air private dan kebetulan pada masa itu hanya bilik jenis nie sahaja yang masih available (bilik yg lengkap dgn bilik air). Well dengar bunyi bilik semacam devazz kan?? Tapi harga murah saja tau..and again very comfortable!! Ya beginilah bilik yang kami expect kan, sebuah bilik budget yg lengkap dengan kemudahan asas (shower, sink, toilet, tv, kettle) ++ comfort ++ clean! *STAR*

Bila dah ada kata putus nak duduk hotel mana, kami pun membanding harga di beberapa lama sosial sesawang yg menawarkan tempahan secara online seperti di hostelworld.com, agoda.com dan beberapa lagi lamann lain yang sebenarnya diservey oleh rakan2. :D Untuk makluman biasaannya terdapat sedikit perbezaan harga bagi setiap laman dan sila baca dengan teliti kerana ada sesetengah laman yang tidak menyatakan total rate/fee dengan jelas. Maka hati-hati dengan 'hiding cost' yang belum dinyatakan.

Akhirnya, kami booked 161-Hostel di sini http://www.agoda.com/index.html . Pemilihannya kerana, tiada hiding kos, menyatakan total payment dengan jelas, dan  pastinya kerana harga yang menarik. 

Bila sudah confirmed & bayar, akan dapat booking information as follows:

Booking Information
Lead Guest:ck ck ck
Hotel Name:hostel 161
Address:No. 161, Li Shi Hu Tong, Dong Si Nan Da Jie,Dongcheng District
Area / City / Country:Wangfujing Street & Forbidden City/Beijing/China
Arrival Date:
January 1, 2012
Departure Date:January 8, 2012
No. of Nights:7
No. of Rooms:2
No. of Adults:4
Breakfast:Not Included
Room Type:Superior
Special Notes:All special requests are subject to availability upon arrival.
Total / Room Charge:USD 450.36
Redeemed Rewards Points:USD 0 (Redeemed Points: 0)
Total Due / Charge to Credit Card:MYR 1,478.71 (USD 450.36) ( Accrued Points: 9007 )
Note
* rate/room = RM 105.63/night = Total 7 nights = RM 739.35 !
* rate/person = RM52.81/night = Total 7 nights = RM 369.67 !!


Masa menguruskah hal tempahan, dalam otaks ku hanya fikir mahu langsaikan semua hal bayaran sebelum berangkat! So nanti dah senang cerita..xoxoo!! tapi menurut sahabatku, kebiasaannya para traveler hanya membayar 10% deposit trelebih dahulu. Maka jika perjalanan dibatalkan atau terdapat pertukaran plan, tidak la rugi habis semua duit burn kan!!.heheee... :D *owhh baru TAHU!!* :p  Ada betulnya konsep itu kan? Bahaya juga kasi settle semua in-advance! mujur saja Alhamdulillah, perjalanan kami berjalan lancar seperti yang dirancang dan tiada halangan. But the advantage is tempat penginapan adalah terjamin ada & rooms tidak di release kan kepada guest lain sekiranya kita lambat dan lupa pula nak inform mereka! So tak risau lah!! heheee like what I did!! ^_^ *lupa nak call hostel tu uolss!!*

@@@@@

161 Hostel  terletak kira-kira 500 meter dari station Subway Dongsi.  Untuk ke sini perlu mengambil Subway Line 5, dan berhenti di Station Dongsi, entrance C. Sebenarnya mana2 entrance pon boleh, tapi jika keluar dari entrance C, tidak perlu lagi melintas jalan vagai..jadi kan lebih senang ~ :D

Dongsi Station, Entrance C, Line 5

keluar sahaja dari entrance C terus ke kiri dan melalui taman kecil sebegini..

dan ke kiri lagi pada tanda ini..

dan terus jalan dihadapan deretan kedai begini..

sehingga jumpa selekoh bertanda seperti ini ..
Simpang ke 161 Hostel
So di lorong inilah letaknya 161 Hostel! 
jarak dari simpang sangat lah dekat, dalam 20 langkah aja kut dah sampai sini!!...owhhh..*RINDU*
Hostel-161
jom layan sikit picca bilik kami..but owhh..journey kali ini, aku tak teringat nak snap picca bilik! mungkin kerana keletihan, sampai2x trus bumpp..dan hari seterusnya terus lupa!! Ini picca dari camera member tapi pic toilet memang non-hado ya! tapi toiletnya adalah juga selesa + bersih! siap besar lagi nok..kau nak baring bergolek pon boleyyy~
Superior Room
freezer~outside d' window huhuuu.. :)
pemandangan dari jendela 
Malam akhir kami menginap disini, kami cecuba lepak kejap di ruangan santai yg disediakan..
woahhh..u know wut?? It's super cool yo!! hahaa...let's check out those piccas... 
*rasa nak lepak lagi sebulan!!* :p

Ini pandangan dari dalam, bawah tu loby dan bahagian atasnya ialah kawasan santai yang dimaksudkan. Bahagian seakan pangkin tergantung ini disambungkan dengan dua tangga seperti yang kelihatan. Sangat cool uowlsss..
lobby & pangkin
oupssss...nampaktak my sweet hearts dh tunggu tu...^_^
sweet-heart!!
owhh...ini bahagian bawah tangga sebelah kiri  ada 2 ekor miaw...eh silap!!
2 ekor burung putey yg sangat tiut.. :)
burung putey suci murni~
tangga ke ruangan bilik di tingkat 2 & 3~bilik kami tingkat 3 ;D
antara dekorasi ~children space katanya *di pangkin kanan*
hostel ini ada kemudahan wifi ya..namun kami pula yang tidak membawa lappy mahupun tablet!! :p
~adeke tabletnye ponnnn...xoxoxoxoooooo!!!
kemudahan internet yang disediakan ~2 biji PC flat screen
ok..saya tau awak dh tunggu lama..jangan merajuk ok..cuba tenyom cikit ~ ;)
My Sweetheart waitin me~ :))
ok..saya dah sampai dan akan teman kan beebee ^_^..heheee..
cool!
 nie gaya backpackers la kunun..:p
my friends in backpackers style katanya!! :p
our drinks..~ mocha-cappuccino-latte
I'm coffee lover!!
Yummehh ~ sebenarnya hotel ini juga terkenal dengan coffeenya dimana rata2x pengunjungnya memberikan comments yg baik tentang coffee disini. Dan bagi aku yang sangat coffee lover nie *dah la dekat China nie susah jumpa KOPI *harus la tempat ini bagaikan syorga bagi tekak aku kan...xoxoxox..
Definitely would say its TERBAIQ! ;D

the coffee counter
miawww ^.^
@ coffee counter ~ got cookies too
okkkkk...time to move onnnnn....
us @ our last day 08012012~0650 am 
oupsss..baru perasan ~ Durian..?? NO3!! ^^
OK..memang terkenal dengan coffee ya
Owhh phune yang chumei..
me @ registration counter ~ checked-out
~ eh nice jugak kan dat guy kan..xoxooo^_^~

TQ to the staff (that guy) yg tolong bawa bag mommy Marcos melintas jalan..hehee..
owhh tidak terlupa, staff yang terdapat di kaunter adalah fasih berbahasa english. jadi tiada masalah untuk urusan komunikasi. yang lain2 tu standard la kalau depa tak tau english kan..main tunjok, hanggok dan geleng pon dh cukup lah! janji maksud tercapai!! ~

owhh..lagi, hostel ini tidak menyediakan towel mandi ya. jadi siap2 bawak sendiri ya~ bagaimanapun towel kecil (face towel) ada diganti tiap hari. 
Kami tidak berapa menggunakan kemudahan yang disediakan hotel seperti tour agent kerana kami bergerak sendiri dengan subway. pernah juga bertanya di counter, jika pulang nanti bolehkah call cab untuk kami. mereka kata just tahan di hadapan hotel, tiada masalah dan mereka memberikan harga estimation. Nampaknya memang betul, tiada masalah mendapatkan cab dan harga dibawah jumlah yang diberikan
~bakal didetails kemudian..

cuma rungutan dari sahabat kerana pihak hotel tiada menyediakan scale!!
huhuu..sebab bag sudah beranak walau tiada apa la sangat yang nak di shoppingkan kat Beijing nie kan! :p Tapi tetap la juga risau jika luggage terlebih muatan~ weeeeeee...

itu aja rasanya setakat ini..jika ada tambahan, akan ditambah kemudian.
selamat malam..

mood : tidur @ Beijing ^_^