Quote

Recipe for success: Study while others are sleeping; work while others are loafing; prepare while others are playing; and dream while others are wishing. ~ William A. Ward

Tuesday, 3 July 2012

Rasa Dalam Hati

Good Night..(dah g/night nie, pegi la tido sepatutnya kan!! :p) 

Boleh tak nak buat entry luahan perasaan sikit?
Dah lama kan aku tak merapu gitu kan. Sebab tu la blog nie aku berikan nama 'ck write anythin'. Sebabnya entry aku memang merapu cerita sana sini sebelum akhirnya aku putuskan untuk bercerita pasal journey aku yang ala-ala Travel-Log tu konon! :p *Ade masa malu bila tengok balik entry lama. Tapi now nak merapu lagik!!! :S*

Well..well..well.. weekend yang lepas sampai isnin aku bali kampong. Saje lame tak balik, lagi pon niat nak habiskan cuti last year yang perlu dihabiskan by June 30th. Kebetulan Pak Ndak (abang mak aku) buat kenduri kawin anaknya (kira cousin aku la kan!haha!) and mak aku sebok ajak pergi, so sambung cuti la aku sampai senin. 

Nak jadikan cerita, malam semalam sambil-sambil aku layan TV nak tunggu final EURO jam 2.45am tu, mak aku lepak sekali dan ghopanya die nak ngambik kesempatan bukak balik soklan-soklan yang tak gemar aku jawab! 

Emmm..tu yang nak royan type entry emo neh!! :p

Ikut kan hati memang la aku nak type macam aku bercerita dengan seorang sahabat rapat kan. Tapi biasalah blog nie pon ade batas-batasnya kan. Dapat tulis macam nie pon aku dah rasa release dah. Ok sebenarnya tiba-tiba mak aku tanya 'kisah lama' aku tu mana? Senyap aje dia. OoooNONONOO... Ini adalah persoalah yang aku SANGAT malas nak jawab. Dan kebetulan time nie mulot aku adalah sangat tidak lancang menjawab. emm..(mak aku nie senang terpengaruh), dengar memba dia nak panggil anak dia balik kerja kat KAMPONG, dia pon nak suruh aku balik kerja kat JOHO' jugak. Senang dekat katanya. Adoiii. Adalah sangat buhsan OK, kat sana dah tak ada kawan. :( Lagi umor sekarang bukan senang2 nak tukar2 kerja. :((

Aku tau niat BAIK mak. Dia risau tengok aku kesana kesini menYOLO memanjang. Sorry Mak. Bila mak tanya pasal 'dia'. Aku kata tak tahu. Dahal aku tau sangat ape jadi pada dia. Biarlah orang yang sedang bahagia TAKkan ingat kat kita lagi. Aku pon kalau boleh tak nak ingat dah. Mesti orang kata aku tak MOVE ON lagi! Itulah hakikat. Kisah silam aku, tak boleh aku nafikan. Pahit atau tak, terpaksa aku telan dan aku akui. 'Tu lah, kak ngah dulu tunggu dia sangat'. Iye. Itu pon aku akui. Biarlah masa mengubat segala walau hakikat aku tau, siapa pun masih INGAT lagi. :'( *tolong jangan tanya lagi boleh tak?*

Mak aku risau, umor makin meningkat 'tak lepas-lepas' means tak tawem lagi lah. Takot-takot, sekali dapat 'laki orang'. Nauzubillah. Tolong doa dijauhkan. Aku pon kalau boleh tak mahu la ya Allah. 

To MAK, sorry Mak. Bukan tak fikir masa depan. Cuma harap dapat berikan sikit lagi masa. Pedulik la orang nak kata apa. 

To kisah lama, kau nie kalau dibuka balik kesannya masih berdarah lagi ooo..!! haha!!
Ko hingat senang perkara dibuat selama 10 tahun nak lupa sekelip mata!! hehee..yang penting, aku tak de la dok ingat ko 24/7 macam mula-mula dulu kan. Buktinya, tengok..aku makin DEMOK!! :p Almaklom la selera MAKAN!! waakakkaak!! 

Tapi serious kalau masih ada yang tanya, aku sebenarnya BELUM LUPA pada setiap kejadian. Cuma biasanya aku malas nak ceritakannya lagi. Tak guna lagi pon! Dan mengetahui kebenaran kisah lalu sebenarnya adalah lagi melukakan. Kisah dia dari sahabat yang merahsiakan, kisah dia dari insan yang terdekat dengannya sekarang. Semoga aku dapat terus menggenggam cerita itu agar tiada hati yang terluka! Cewah!! :) Dan pada sahabat yang merahsiakan, TQ uOlss!! Muahh!! 

InsyaAllah, 1 masa nanti aku pasti akan serious memikir tentang hal ini. Tolong doakan yang terbaik ya. Semoga hati aku tak tertutup untuk melakukan sunnah Rasulullah yang satu nie. Semoga kesabaran kita dibalas dengan sesuatu yang jauh lebih berharga dari apa yang pernah kita impikan. AMIN.

Maaf ya entry malam nie sangat la ck a few years back!! :p
Oupss..dan berjela sudah aku karang!!! :o
end.
Mood : moody :p

4 comments:

Unknown said...

mmg ssah nkl upa perkara yg dh 10-20th berlalu pun lbh2 lagi klau libatkn soal hati.mmg pedih&pahit,tp sbnarnya tntu ade hikmahnya.cuma kita blom dpt lihatnya lg.
sy sndri pernah laluinya, tp sy cuba juga bngkit, tp jatuh juga, & cuba bangkit lg.akhirnya nnti kita juga yg rasa bahagaia kalau kita sabar & redha...insyaallah :)

Schamastura said...

Xpe..Semue tu ader hikmahnye..Insya allah Allah akan berikan yg lebih baek lagi =D oh ye,i hv changed my url blog =p

Eyna Ahmad said...

Kita takkan mampu padam sejarah kita walaupun itu yg kita sangat2 harapkan..sabar yea kiot(mungkin sng utk aku berkata begini sbb aku x merasainya) tapi mungkin ini caranya Allah mengajar ko erti kesabaran & ketabahan... Pasal soklan mak ko tu, memang xdapeklah den nolong.. Sbb den pun berada dlm kategori yg sama..adoyaiii..

ck said...

heheheee...macehhh semuaaa..hugs!! ^_^