salam hyi..
nak cerita pada hari lawatan yang ke-5 adalah hari yang sangat panjang!!
biasanya kami lawat 1 atau 2 tempat saja dan terus pulang.
Tapi sebabkan kebanyakan tempatan lawatan pada hari itu terletak di laluan sehala, jadi kami sapu semua sekali jalan~
sebenarnya kalau hari biasa tak jadi masalah untk melawat sampai ke malam..
tapi sebab kan musim sejuk dan malam pula awal, jadi perasaan tu rasa macam dah malam sangat walhal jam baru pukul 6.00 petang!! :p
tambah lagi bila musim sejuk nie, memang azab la bila buat lawatan lama2 kat luar kan..apatah lagi if sampai malam!! burpppp...sejuk beku uowlss! tapi Alhamdulillah semuanya ok-ok belaka! :)
hari itu, plan jadual lawatan kami adalah ---> Masjid Nu Jie ---> Summer Palace ---> Olympic Park (Bird Nest) ---> Hard Rock Cafe~
Caishikou Station, Exit D |
untuk ke Masjid Nu Jie perlu turun di Caishikou station @ line 4, exit D.
jadi kami dr Dongsi (line 5) perlu turun di Chongwenmen station untuk transfer ke line 2
dan transfer ke line 4 di Xuanwumen station
sejurus keluar dari station Caishikou, sila berjalan ke arah kiri..terus menerus sehingga jumpa sign board Jalan Nu Jie..*adalah dlm 1km kut*
weOwls sesat barat jugak..ini sedang cari arah~ |
sebenarnya sebelum gerak ke sini kami ada bertanya direction dengan shuben kpd sorang rakyat Malaysia yg kami jumpa masa 1st day tu *ada aku cerita kan dlm earlier entry*
katanya setelah keluar dari station terus turn left dan membelok ke 2nd ring road..bwaaahahahaa...dah kami sangkakan lorong mana..dan2x kami masuk mana2x lorong yg kami sangkakan lorong ke-2
puas jugalah terpusing dan akhirnya bertanya dengan seorang rakyat tempatan *yg sedang berbasikal*
memula memang payah dia nak faham, tapi last sekali dia faham dah suruh kami patah balik
mengikut arahan tangan yg diberikan, jalan Nu Jie..jauh lagi ke hadapan..xoxoo..
so patah balik ke main road dan jalan terus sambil dalam hati tertanya2...mana3..???
Finally Nu Jie Road & Nu Jie Mosque |
akhirnya kami jumpa! boleh lah aku berikan jaraknya kurang lebih 1km+ dari station.
so bila sudah sampai ke 1 jalan bersimpang 4, dan nampak papan tanda jalan Nu Jie macam dlm picca kat atas, terus membelok ke kiri, melalui restaurant2x halal dan jalan terus sampai la jumpa Masjid tersebut : D
Alhamdulillah~
the hostory |
the map |
seorang uncle menunjuk arah dewan solat Muslimat dan sekitar masjid |
emmm..Nu Jie Mosque nie ialah masjid yang tertua di Beijing.
seperti yang kita tahu kan, negara China telah lama menerima kedatangan Islam sebelum tertubuhnya negara kita lagi kan!! tiba2 nak rasa sangat lah kerdil kita dan negara kita (Malaysia) kalau nak banding dgn mereka~
di hadapan dewan solat Muslimat |
di dalam dewan solat Muslimat |
rasa sayu je hati bila sampai disini.. rasa dalam banyak2 lawatan kami kat sinilah yg paling bermakna
so kami tak lepaskan peluang untuk lunaskan solat zohor&asar dan beberapa lagi solat sunat.
katanya tempat2 lama begini antara tempat yg mustajab untuk berdoa
tak kisah la, apa pun yg pasti kami tak mahu lepaskan peluang untuk beribadah disini..
kerana hati sudah mula 'jatuh cinta', antara doa ku lewat soat2 itu ialah izinkan la aku kembali~ ;)
shower @ Nu Jie Mosque |
oh sebelum terlupa, sebenarnya hari itu ialah hari jumaat dan culture wanita Islam disini turut sama menunaikan solat jumaat dan pada ms kami kat sana, kaum wanitanya mula datang ke masjid. Lagi 1 culture mereka nie, mereka akan mandi dulu sebelum solat ke apa..heheee..so that Y got shower di the Masjid :D
tapi kami tak sempat pun tunggu solat jumaat & terus gerak ke destinasi selanjutnya~
di sekitar jalan Nu Jie~ |
lihat daging boleh letak macam tu je kat kuar..tak busuk pon sebab dah sejok mcm dlm freezer kan ^.^ ..dan deretan restoran makanan HALAL~ love this place lah!.. |
owhh..dalam pada berjalan tu, kami terjumpa dengan penjaja makanan berbasikal yg jual kacang2 'macam bepang'..teringin nak rasa, kami pun menghampiri untuk cuba. sebabkan 'bepang' tu tebal, wp kami minta hirisan kecil saja tapi dah sekilo lebey uols dan total cost ialah dalam 75 Yuan tak silap ku..hehee ^_^
eemmm rasanya sedap tak manis sangat dan siap ada badam lagi!
tapi bila bawa balik ke Malaysia, rasa manis sangat la pulak :p
pluss...form nya sudah tak 'bersatu' *dah tak melekat* kacang tu macam nak bercerai berai aje dh~haha
to Summer Palace |
ok setelah meluangkan masa di Masjid Nu Jie, kami teruskan perjalanan ke Summer Palace
Summer Palace nie macam taman bagi Maharaja di zaman dulu kala lah~ :D
ok untuk ke sini perlu ke Xiyuan Station, Exit D @ Line 4
jadi kami yg tadi berada di Line 2 (Caishikau Station) perlu kembali ke Xuanwumen station untuk transfer ke line 4 :)
entrance & the ticket |
sebenarnya, bila kelaur saja dari station Xiyuan kami rasa suasana sekitar lain macam sikit. rasa macam sikit lebih sejuk banding dengan tempat2 lain! Untuk entrance kami beli ticket 20 Yuan saja *ada yg lagi mahal*
Summer Palace |
harus la suhu sekitar rasa lebih sejuk, masuk2 ke taman ini saja, kami dapati sungai dan tasik kat sini dah fully membeku! memang awal tadi kami suspect mesti ada sumber air di kawasan sekitar, tu sebab suhu sejuk semacam..tengok2 mmg betul uowlss~ :O
cantiq sangat tempat nie..kami sangat teruja!!! |
yeahhh...super jakun bila jompa salji!! :p |
lepaking sambil menikmati suasana petang yg damai *syiokk sgt!!* |
tak tau..tapi aku sangat SUKA picca nie..*ulang tayang 100x pn takpe!* |
panorama tasik yg damai & ke bahagian jln yg memisahkan tasik luar dan tasik dalam *kiri* |
damainya petang~ |
ok..jakun tasik yg dah beku dan main atas ais lah apa lagiii!!! :D |
OK!! feels like icescatting..bwaaahahhahaa..:p |
kabarnya dimasa dahulu, para Maharaja menternak mutiara dalam tasik nie!! owhh..tasik yg kami dok main2 nie ialah 'tasik luar', sementara 'tasik dalam' tidak dibenarkan utk pijak di atas nya.. :) |
OK hari semakin senja..jom gerak~ |
kami keluar dari Summer Palace sekitar jam 430 petang~well tidak boleh berlama sebab kejar waktu yo
dan bila nak keluar tu baru perasan papan tanda yg tertera suhu disini.
patut la sejuk semacam, suhu max ialah 0'Celsius..xx!!
Olympic Park..here we come!!!! ;D *Yeahuuu* |
keluar dari Summer Palace, kami terus gerak ke Olympic Park.
Tujuan sebenar ialah nak tengok Bird Nest Stadium
ok untuk ke sini, perlu naik subway line 8 dan turun di Olympic Sports Centre... :D
baru sampai dan teruja bila disambut oleh sang tikus!! :p |
Oupssss...amarannn!!! ini bukan Disney Land yea..
sebab kan memba ku sangat teruja bila keluar2x dari subway dan disambut oleh si Mickey Mouse,
kami perlu membayar untuk aksi2x ini!! itu tikus minta bayaran 10Yuan sorang *demand kan!!*
waahahaa..yg hampeh nya ialah aku yg pada awalnya ialah si juru foto, turut sama terheret dalam ini drama..waaahahaa..drama!!!
piccas sekitar bird nest stadium ~yg blue tu ialah aquatic stadium :)~ |
Ok..bila dh snap piccas barang 2 ke 30 peaces akhirnya kami pun gerak ke destinasi seterusnya
waktu nie sangat sejuk sebab lantai yg kami pijak adalah batu/simen, jadi sejuk batu tu rs like meresap ke dlm kasut n terus ke tulang kaki pulak xoxoo..
owhh..selain dari 'tikus' tadi, kat sini penuh dengan penjaja souvenir, layang2, photographer..etc..etc..
ke HRC |
untuk ke Hard Rock Cafe, perlu naik subway line 10 dan turun di Liangmaqiao Station, Exit C sebenarnya sebelum keluar dari subway, kami ada tanya pd local nak keluar exit mana.. nampaknya wanita itu bisa berbahas Inggeris, tapi tak tahu direction pulak..tapi last2 dia pulak yg tolong tanyakan soklan kami pd pekerja di counter! nak bagi tahu, our experience not so bad uowlss!! Mungkin sekarang rakyat Beijing sudah semakin open & sedia menerima pelancung luar! :D |
Finnally..HRC, Beijing~ |
keluar saja dari subway, masih tercengang nak jalan ke mana..kami coba tanya pada 'mat salleh' yg ada kat luar tu, tapi malang depa pon tak tau. Last sekali, kami jalan saja lah mengikut arah hadapan, tak de nak belok2 pon *ikut hati kut* Alhamdulillah...sampai :D
lagi pose @ HRC, Baijing |
inside HRC, Beijing shop! |
Ok sampai sini rasa geram aja nak sambar selai tshirt HRC kan!! tapi malang budget non hado! alahai~
tetiba teringat lagi boley swipe!! hiks..!
tapi sekali lagi non hado rezeki sebab CC ku tinggalkan dlm wallet duit Mesia kat Hostel!! Oupsss..baru sedar perbuatan itu adalah bahaya!! Uowlss jangan tinggal barangan berharga di hotel tau..huhuu..^_^
alaaa...rugi nye rase uowlsss..*tade survenior disini*..tak pelah..tak pelah..tak pelah~
Ok begitulah journey panjang kami pd hari tersebut
balik2 harus la terus singgah kedai makan dan makan dengan lahapnya kan...bwaaahahahaa...
~end~
mood : merap umah *kaki sakit kesan climbing semalam :p*