Quote

Recipe for success: Study while others are sleeping; work while others are loafing; prepare while others are playing; and dream while others are wishing. ~ William A. Ward

Sunday 15 January 2012

Backpack to Beijing Part 1 ~ Intro & The Plan

Hyi Salam Semua...

amboi dah lepas minggu ke 2 January 2012 baru nampak!! heheee..uowlss balik dari recent travel aku jatuh demam yang agak teruk la pulak. mungkin sebab terkejut dengan udara panas! :p makanya demam muntah2 tak boley makan! sudahnya last week aku kerja 2 hari saja..huhuuu....*awal tahun sudah bikin MC* :p

******

well kembali kepada cerita~ 

Alhamdulillah, 1st - 8th January 2012 yang lalu, aku bersama 2 lagi memba + 1 ibu kepada sahabatku = 4 orang kesemuanya telah pun selamat bertolak ke Beijing, China. untuk pengetahuan, tiket percutian ini telah pun dibeli seawal January 2011 lagi, maka selayaknya kalau kami katakan tiket kami 'return' hanya RM500++ kurang lebih aja :D Sepatutnya semua persiapan telah pun direncana awal sebab dah beli tiket setahun awal katanya kan!! Tapi tidak jugak! Dah nak pegi tu lah baru terkedek-kedek nak study vagai! Barulah plan nak belajar Mandarin bagai..hahaa!! tapi kesudahannya..belajar kewwww???? haha..jom sambung baca :p

@@@@@@

November - March adalah musim sejuk (winter) dekat Beijing nie. Maka pada masa nie, waktu lawatan adalah dikira sebagai 'off-season' la kan! Mengikut logik akal, musim begini harga sewa hotel jauh lebih murah dan jumlah pelancung jauh lebih rendah berbanding biasa.. emmm..dengar macam semuanya senang dan berpihak kepada kami, but yet it was quite advanture la kan sebab nak menghadapi sejuk tu kannn.. :D
winter in Beijing
Sebenarnya sebelum bertolak kami ada plan nak adakan beberapa meeting *nak feeling2x big boss banyak meeting uols :p!* to discuss our itinerary la kan. Tapi sebabkan kesuntukan masa dan masing-masing sebok dengan kerja office *maklomla hujung tahun bizi ya ampun* makan itinerary pon tak dapat di fix kan in advance!! :p hahaaa...suka hati kan?? Baru lah terasa advanture main redah aje kan!! Oupssss..tapi semua tempat wajib lawat sudah kami senaraikan yea. :)) Apa pun kami sempat seat pada malam ke-2 di Beijing untuk susun jadual lawatan agar kami lebih FOKUS menuju sasaran! hahaa~

Sebabkan kami cuma ada flight ticket aja, pada awalnya kami cadang nak book travel agent macam mana biasa pelancung dari Malaysia. Seram jugak bila dengar macam-macam cerita seram yang biasa dimomokkan kalau travel tak dengan agent! Jadi kami cuba dapatkan beberapa quotation, tapi mandangkan budget yang bagaikan non-hado, maka semua quotation tersebut nampak sangat la MAHAL di mata kami!! ^_^ 

Dari survey blog dan forum, akhirnya kami dapati adalah lebih baik jika kami rentasi sahaja Beijing dengan gaya backpackers!! C.U.M.A yang agak membimbangkan pada masa itu ialah MUSIM SEJUK. bimbang sebab tak tahu tahap ke-tebat-an badan dengan cuaca sebegitu. Takot-takot badan tak tahan... xx!!

Akhirnya kami jitukan hati, maka ber-backpacking lah kami! Aku sangat beruntung kerana punyai teman-teman yang sangat bersemangat dan supportive. Sebenarnya sebelum berlepas, aku tak berapa sempat nak study! Tapi memba semua dah siap dengan jalan story dan lengkap dengan map bagai~ bakal di-details kan kendian.

Memandangkan kami punyai masa seminggu untuk melawat, maka jadual kami adalah santai dan most of the time 1 hari = 1 tempat lawatan. Untuk pengetahuan waktu siang pada musim winter adalah lebih singkat iaitu sekitar 10 jam sahaja. Subuh di Beijing lebih kurang sama dengan waktu di Malaysi, namun waktu marghrib adalah awal iaitu sekitar jam 5.20 petang. Bayangkan dalam 5.30 petang suasana dah remang maghrib dan beransur gelap! 6 petang adalah sama macam 8 malam uols! :p ~ agak terkejar waktu jugak lah rasa..

ok, here is our plan..or I like to call it as our itinerary :) 

# Opening Day ~ Arrival day KL-Tianjin-Beijing
* Day 1 ~ WangFujing Street ~ biggest commercial center of Beijing 
* Day 2 ~ Tianamen Square & Forbidden City/Palace Museum
* Day 3 ~ Great Wall ~ entrance Bandaling
* Day 4 ~ Temple of Haven & Hongqiao Pearl Market
* Day 5 ~ NiuJie Mosque & Summer Palace & Olympic Park & Hard Rock Cafe 
* Day 6 ~ Beijing Zoo revisit Pearl Market & WangFujing Street ;D
# Closing Day ~ Depart Beijing-Tianjin-KL

Note : will try to make next entry by place..InsyaAllah :)

owhhh..on the other side, beberapa acara yg sering disebut2 seperti menonton 'flying acrobatic show' terpaksa kami skip sebab..dah kata tadi kan..BUDGET kan..so bila tengok amount & ticket fee we don't think that we should give any damn for it!! :p

ok sekian sahaja dulu. bakal bersambung dengan cerita dan cara ke 'WangFujingStreet' dengan gaya backpackers atau bermula dengan cerita Hostel kami dahulu ya..tunggu.. ;))))

mood : pengembara bag galas :p

5 comments:

cyanamoose said...

cK... welcome back home!!! seronok tgk gmbo2 uols.. cerita layan kemudian la kot. hehe. bizi2 pun sempat jugak ko menjejak kaki ke tembok cina. bestkan? rasanya saat paling indah dalam hidup. ahaks.

ck said...

heheee...^_^ cyana pantasnya comment!! tq2.. Yeahh..Alhamdulillah sempat jugak mencelahkan diri ke sana and yupp rasa bagaikan 1 kejayaan bila dh sampai kat great wall ittuew! hiks poyo~

marvicn.com said...

roni tanya aku nape aku x join korg ke Beijing.. aku ckp korg dh plan awal and aku tau lambat..hahaha... mmg best la jugak backpackers ni... cant wait for our next trip plak

ck said...

hahahaaa..memang best nok pengalaman and excitement-nya lain tau!! tapi expectation kenelah sederhana and low.. tahap toleransi & ketahanan berjalan juga penting disitu!! xoxoo!! ;D
~jom2 backpack!! :D

My_Aqeelah said...

yup bagus backpack kalo kengkawan in the group sekepala & ada info yg cukup tentang tempat yg nk kita pegi tu. semangat kena ada, kalo malas2 lupa kanlah baik join group travel agency aje :D
aku sokong backpacking!!