Quote

Recipe for success: Study while others are sleeping; work while others are loafing; prepare while others are playing; and dream while others are wishing. ~ William A. Ward

Sunday, 22 July 2012

Cak Lem Pong

Hi!!

Tu la dia macam biasa la kan. Bila at one time berdebuk-debuk entry lepas tu sure senyap manjang. Lepas tu back-to-back sekali lagi! haha :p

Ok just nak share, last month berkesempatan menghadirkan diri di sebuah majlis kenduri kawin di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Apa yang menarik sangat sampai nak share tu?? heeee..

Macam biasa bila kenduri di Nogori-9, menu masak lomak adalah expected!! :D
Tapi nak cerita, pernah tak korang tengok/lihat persembahan Cak Lem Pong? Well to be honest to me dengar itu selalu tapi lihat sendiri tak pernah lah. Ingatkan sesuatu tarian ke apa, ghopanya sejenis muzik lah!  Muzik yang dimainkan live semasa majlis merenjis berlangsung..ok untuk lebih clear here's the picture:

oupsss!!! nak enter d frame jugak!! :p *silap..silap*

inilah gambaran pemain 'CAK LEM PONG' :))

Seorang memba yang berasal dari Pilah kata, di kalangan penduduk tempatan ianya dikenali/dipanggil sebagai GAMELAN. Huh?? Gamelan itu macam muzik traditional kat kampong I!! :O haha.. Tapi konsepnya same je kot! Peralatan pon tak jaoh beza, so belasah aje la minah..huhuuu ^_^

 owhhh..KZ dan pelamin
hahaa..sorry la yea..sesejak nie iOls malas nak snap pic dengan perantem!


OK!!! Sebenarnya itu aja nak share!
..dan owhh ade 1 lagi recent vacation yang nak di-share. So rajins lah hendaknya kau CK! ;))

mood: santai 

Salam Ramadhan 1433H

Assalamualaikum..

Hi. Alhamdulullah telah selamat melangkah ke bulan yang penuh barokah sejak semalam; Sabtu, 21st July 2012. :))


Rasanya belum terlambat nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan semoga semua ibadah kita diterima oleh-Nya. So pada semua Umat Islam tak kira di mana berada, selamat berpuasa la ya. Berbuka jangan mambazir tau! 


Amin.


mood : fasting 

Tuesday, 3 July 2012

Rasa Dalam Hati

Good Night..(dah g/night nie, pegi la tido sepatutnya kan!! :p) 

Boleh tak nak buat entry luahan perasaan sikit?
Dah lama kan aku tak merapu gitu kan. Sebab tu la blog nie aku berikan nama 'ck write anythin'. Sebabnya entry aku memang merapu cerita sana sini sebelum akhirnya aku putuskan untuk bercerita pasal journey aku yang ala-ala Travel-Log tu konon! :p *Ade masa malu bila tengok balik entry lama. Tapi now nak merapu lagik!!! :S*

Well..well..well.. weekend yang lepas sampai isnin aku bali kampong. Saje lame tak balik, lagi pon niat nak habiskan cuti last year yang perlu dihabiskan by June 30th. Kebetulan Pak Ndak (abang mak aku) buat kenduri kawin anaknya (kira cousin aku la kan!haha!) and mak aku sebok ajak pergi, so sambung cuti la aku sampai senin. 

Nak jadikan cerita, malam semalam sambil-sambil aku layan TV nak tunggu final EURO jam 2.45am tu, mak aku lepak sekali dan ghopanya die nak ngambik kesempatan bukak balik soklan-soklan yang tak gemar aku jawab! 

Emmm..tu yang nak royan type entry emo neh!! :p

Ikut kan hati memang la aku nak type macam aku bercerita dengan seorang sahabat rapat kan. Tapi biasalah blog nie pon ade batas-batasnya kan. Dapat tulis macam nie pon aku dah rasa release dah. Ok sebenarnya tiba-tiba mak aku tanya 'kisah lama' aku tu mana? Senyap aje dia. OoooNONONOO... Ini adalah persoalah yang aku SANGAT malas nak jawab. Dan kebetulan time nie mulot aku adalah sangat tidak lancang menjawab. emm..(mak aku nie senang terpengaruh), dengar memba dia nak panggil anak dia balik kerja kat KAMPONG, dia pon nak suruh aku balik kerja kat JOHO' jugak. Senang dekat katanya. Adoiii. Adalah sangat buhsan OK, kat sana dah tak ada kawan. :( Lagi umor sekarang bukan senang2 nak tukar2 kerja. :((

Aku tau niat BAIK mak. Dia risau tengok aku kesana kesini menYOLO memanjang. Sorry Mak. Bila mak tanya pasal 'dia'. Aku kata tak tahu. Dahal aku tau sangat ape jadi pada dia. Biarlah orang yang sedang bahagia TAKkan ingat kat kita lagi. Aku pon kalau boleh tak nak ingat dah. Mesti orang kata aku tak MOVE ON lagi! Itulah hakikat. Kisah silam aku, tak boleh aku nafikan. Pahit atau tak, terpaksa aku telan dan aku akui. 'Tu lah, kak ngah dulu tunggu dia sangat'. Iye. Itu pon aku akui. Biarlah masa mengubat segala walau hakikat aku tau, siapa pun masih INGAT lagi. :'( *tolong jangan tanya lagi boleh tak?*

Mak aku risau, umor makin meningkat 'tak lepas-lepas' means tak tawem lagi lah. Takot-takot, sekali dapat 'laki orang'. Nauzubillah. Tolong doa dijauhkan. Aku pon kalau boleh tak mahu la ya Allah. 

To MAK, sorry Mak. Bukan tak fikir masa depan. Cuma harap dapat berikan sikit lagi masa. Pedulik la orang nak kata apa. 

To kisah lama, kau nie kalau dibuka balik kesannya masih berdarah lagi ooo..!! haha!!
Ko hingat senang perkara dibuat selama 10 tahun nak lupa sekelip mata!! hehee..yang penting, aku tak de la dok ingat ko 24/7 macam mula-mula dulu kan. Buktinya, tengok..aku makin DEMOK!! :p Almaklom la selera MAKAN!! waakakkaak!! 

Tapi serious kalau masih ada yang tanya, aku sebenarnya BELUM LUPA pada setiap kejadian. Cuma biasanya aku malas nak ceritakannya lagi. Tak guna lagi pon! Dan mengetahui kebenaran kisah lalu sebenarnya adalah lagi melukakan. Kisah dia dari sahabat yang merahsiakan, kisah dia dari insan yang terdekat dengannya sekarang. Semoga aku dapat terus menggenggam cerita itu agar tiada hati yang terluka! Cewah!! :) Dan pada sahabat yang merahsiakan, TQ uOlss!! Muahh!! 

InsyaAllah, 1 masa nanti aku pasti akan serious memikir tentang hal ini. Tolong doakan yang terbaik ya. Semoga hati aku tak tertutup untuk melakukan sunnah Rasulullah yang satu nie. Semoga kesabaran kita dibalas dengan sesuatu yang jauh lebih berharga dari apa yang pernah kita impikan. AMIN.

Maaf ya entry malam nie sangat la ck a few years back!! :p
Oupss..dan berjela sudah aku karang!!! :o
end.
Mood : moody :p

Friday, 29 June 2012

Its CK's Birthday!!!

Bueeeheheheheheeee...

Title memang selalu nak gempak kan. Celebrasi sangat ke masalahnya?? hahaa!!
Ok la saje nak buat entry cerita diri sendiri *macam la selama nie entry pasal orang lain* walaupun sebenarnya sambut-menyambut birthday nie bukan la satu 'culture' dalam keluarga aku. :p

Tahun nie tarikh birthday iols jatuh pada hari Sabtu; 23/06/1981! Hiks!!
Ya..usia yang semakin 'menurun' tu memang tak dapat dinafikan. Sejak cecah 3 series, kini masa untuk mendaki satu-persatu. Okoffffkofffkoffff!! Tapi iOls nak kira macam nie boleh? 
30-1=29!! dan begitulah seterusnya sampai 40!! Waaakakaa!! :p

Caye tak aku dah 30an?? hek~ 

..dan BFF telah 'meng-advance-kannya' sambutan birthday ku ke hari Friday! BIG TQ uolss!! Memang tak duga ada sambutan sebab awalnya kami plan nak lepak sama time lunch sambil discuss pasal our BIG trip in September!!*EhemmWalau plan surprise party sudah sedikit 'kantul' sebab tak semena-mena aku terjah ke pantry *aku sebok cari kerusi sana-sini* dan BFF tengah pasang lilin!! Dah menjerit bising bingit 1 level dengar kut!! TQ for the beautiful moment and lovely food-McD, moist chocolate cake & red valvet cup cakes! iLoike!!!

Apa pun terimas banyak-banyak pada semua yang mendoakan. iOls LAV uOlss..

hukss..terharu iOls..TERIMA KASIH seme ^_^

awwww..weOls perfect together!!! :))

mood: craving for red velvet!!

Friday, 22 June 2012

Perhentian Island ~ Telok Dalam

Halo...any body homeeee..??? heheheee...Assalamualaikum~ :))

Lame pulak tak masuk blog nih. Bukan aja lama tak post new entri, malah tak menjengah langsung pulak aku nie!! OK sebenarnya dah lama simpan entry nie and now sempena *boleh guna ayat sempena?* musim panas nie, nak share experience masa di Telok Dalam, Pulau Perhentian Besar. Tapi sebenarnya cerita nie dah setahun berlalu. hahaa..gile kepam cerita aku!! *standard aku kan!!*:p 


Kalau masih ingat *budget ada yang baca* last year ada cerita pasal Pulau Kapas, sebenarnya seminggu kemudian aku telah jejak kaki di Perhentian pula. hehee. Sebenarnya trip ke Perhentian dah lama kami plan dan tiba-tiba aku joint geng office ke Kapas pulak! Dah tiap weekend aku turun pulau kan!! Nasib ada assistance Cik Sunblock!! Kalau tidak memang hangus lah kulit muka aku nie kan! Kih3. 

OK lah..jom layan journey aku~

AUG 8, 2011 ~ Original plan, kami ber-4 akan drive terus ke Jetty Kuala Besut, Terengganu. Tapi disebabkan last minutes 2 orang telah cancel the trip, makanya adalah sangat TAK berbalui untuk aku dan sorang lagi memba teruskan plan nak drive tu. Tambahan lagi aku nie tak boleh drive lah sebenarnya!! Oupsss!!! :p Yeap!! Ramai ke yang terperanjat?? hahaa!! Aku memang tak boleh drive nok!! Tapi lesen Alhamdulillah dah lama dah dapat!! :p Hahaa..aku nie sebenarnya lebih kepada takot dah sekarang nih!! hahaa adehhh *lap peluh di dahi* Disebabkan tak balui untuk drive TAPI tetap nak teruskan trip, kami putuskan naik bas sajalah!! :))


pic(s) kat atas nie aku snap sepanjang perjalanan ke HENTIAN PUTRA. 
hehe..1st time naik bas @ PUTRA, tetiba nak rasa jakun kan!! :p

Bas kami terus ke JETI KUALA BESUT gerak sekitar jam 10.30pm dan sampai around 5.00-5.30am. Disebabkan aku memang penat *almaklom la banyak xtvt tak berhenti-henti* dalam bas tu aku memang membuta habis lah! haha! Memba aku kata aku tido macam tido dekat rumah!! eekkekekee.. :p

Sampai di bust stop *kalau boleh aku panggil bus stop* agak terpinga jugak kami mana nak tuju. haha! Last-last ikot je mana majority orang-orang yang turun bas tu bergerak kan. ahah!! Nampak surau, makanya kami lepak surau dulu lah langsai subuh dulukan. :))

breakfast!!! 

Usai subuh, kami bergerak ke arah jetty dan macam biasa activiti mengisi perut! HIKS! Tengok tu, dah makan nasi lemak aku sebok nak makan pulut panggang pulak. Tapi lupa masa tu berada di negeri Terengganu, so inti pulut panggang tu harus la rasa manis kan! hahaha padan muka aku! :p

us @ jetty & boat 

selesai makan, dalam pukul 9 lebey kot *alahai tak ingat dah!* kami pon gerak naik boat. Sebelum tu macam biasa kene bayar Marine Fees RM5/person. Kami naik speed boat lebih kurang 30 minutes. Mula-mula tu memang la rasa macam serammmm..tapi lama-mama, rasa ok dah! :)) Owhh..tengok tu wajah berkilatku!! huhuu :p

OK sekarang dah sampai, kita nikmati dulu pemandangan kat sini!!! 

Kalau nak tau *perasan ade orang nak tau!! :p* kami stay di Samudera Beach Chalet yang telah di servey & di booked oleh teman ku! Mengikut 1 review, katanya kat sini damai tak bising. Sebelum tu dia *org yg bagi review tu lah* duduk tempat lain yang agak bising dan kemudian tukar ke Samudera Chalet nie lah. 

Untuk total package sempoi kami (chalet+food+2x-snorkeling) it was cost us at RM200++ aja!! haha!! Murah sangat kannnn!!! Mood masa tu adalah sangat budget, so memang kami pilih 'Frame Chalet' (yang berbentuk triangle tu). Chalet nie cuma ada kipas dan tak ada TV ok. OK lah, datang sini bukan nak tengok TV kan! haha.. :) Owhh..dan juga NO electric plug ok. So kalau nak charge handphone kene cherge di restaurant ya. haha. Gile nomad aku rasa pakai HP pon berbudget battery kan! :p

Signboard Samudera Chalet dari arah pantai :))

hoyeeee...MAKAN time!!! 
Terkejut tengok makanan maha banyak OK! Kami berdua aja kot!! :O

the beach 

the 'stall'

the beach & the sea :))

lets snorkel!!!

dinner time!!!

2nd day ~ what a gloomy morning!! hehee..sebabkan pagi itu cuaca agak mendung dan laut agak bergelora, kami dinasihati untuk menangguhkan dulu activity snorkeling pagi itu. So lepas breakfast, kita lepak-lepak baca buku la konon... ^_^

doin' nothin...

..dan perhatikan anak mat salih nie main pasir..hahaa

OK...inilah masa yang ditunggu2..snorkel lagi!! :))

Paling aku suka snorkelling di Shark Point!!
Woottt...nampak baby shark kot!! gile apa tak suka!! hahaa.. Masa dekat sini, aku memang layan habis lah! Sedar-sedar aku dah jauh berenang ke hujung. Adehh..satu hal nak patah balik. Nasib 'guard' kami tu datang selamatkan aku dengan boatnya. hahaa. Owhh..memba aku agak takot ghopanya!! kah2!! kata kaki island hampeh minah nie! Dia snorkeling dengan bertemankan 'guard' kami tu lah sementara aku tak terkawal dah. Serious tak kan sedar bila mata dah sebok dok pandang batu-batu karang & ikan dekat bawah tu kan. Owhh tapi kat sini, mula-mula rasa seram jugak sebab ianya agak dalam sebenarnya. So dasar laut nampak agak jauhh gitu. hehee..1st time aku rasa snorkeling cam nie heee..:))

Aku jugak sempat tengok turtle masa di TURTLE BAY..besar kau tahu penyu tersebut!!haha!
dan aku suka juga snorkeling di KK Bay sebab ade ikan colour2!!! hiks kat mane lah yang aku tak suka masalahnya kan!~ :p 
  
lepas 'menjakun' dengan lautan, sekarang masa untuk makan LUNCH!! 

~Bayu Dive Lodge ~ 

~ Chalet nie nampaknya seperti diusahakan oleh 'MAT SALEH' atau seseorang yang Non-Muslim. So cheq dulu lah kalau nak lepak makan di restauran-nya ke apa kan. yang pasti ice-cream Cornetto kat sini 1=RM4/- Amekauuu!!! :p ~aku memang tak beli lah kan!! haha

Petang 2nd day tu, kami bersiar-siar aja sekitar Telok Dalam dan snap lotsa piccas :)

~Floral bay~
~ Chalet nie nampak best..nampak dikit berkelas and cantek. kami plan malam kang nak datang lagi untuk minum2..heheee

Owhhh..see aku sangat enjoy dengan pantai ++ pasir @ depan Floral Bay Resort nie!!! BEST!!!

Suka lah lepak sini!! Kalau tau, awal-awal kami duduk kat sini!! hehe ^_^

Dinner!! ~ Fried Rice + BBQ Chicken+Sausage !!! NYUMMM!!!

sape @ Floral Bay :))

CK was here!! 
hahaaa..itulah pic Frame Chalet yang kami duduk.

Sebenarnya kami balik dengan berkeretapi naik di Tanah Merah. Sebabkan tak tau macam mana nak pegi ke sana dan takut kut sesat barat, kami ambil keputusan untuk keluar awal dari pulau. Pagi lagi kami dah gerak walaupun ada option keluar time noon kan. 

nak balik sudah..

pekan Kuala Besut & Taxi Stand dia..huhuu old school sangat!! :))

At last, kami chartered 1 cab untuk hantar kami terus ke Station Keretapi Tanah Merah. Tapi berapa ek kosnya..aku lupa lak! Tak kan around RM20 aja kan, macam murah pulak. Mungkin jugak each of us bayam RM25/- so total RM50/- per cab la kut. Agak around that lah!! 

Station KTM Tanah Merah, Kelantan

Tak silap time sampai jam baru sekitar 12.30pm-1.00pm. Keretapi scheduled at 7.00pm. Owhhhh...masakkk..apa ajalah nak buat kat sini!! Penat duduk, berdiri, penat berdiri, jalan, mencangkung, melompat! :p makan asam..makan JAJAN..bosan lagi sambung makan kuaci petang tu. OK! Barulah rasa OK sikit bila makan kuaci nie. hehe.. aku sebenarnya bukan pengemar kuaci! So bila makan dia nie, layan jugak kan. Tak kenyang dan tak sakitkan tekak. So uols kalau nak buang masa sambil makan, sila makan KUACI ya!! haha!!

aneka 'kuih kelantan'

Sebenarnya sejurus tiba, kami tumpang bag dengan staff KTM dan sempat jalan sekitar pekan Tanah Merah & melawat pasar yang ala-ala 'Pasar Siti Khadija'. Tengok macam-macam kuih ada dekat situ!! Owhh..tapi aku tak reti makan! :p Snap picca cukup..heee..>>larikkk>>>
Emmm..overall memang tak ada apa nak beli lah dan emmm...memang payah jugak la nak habiskan masa dekat Tanah Merah nie!! hehee 

dah penat mengira tiap saat, petang tu kami ke masjid berdekatan..mandi, salin baju & sembahyang.
perghhh..barulah LEGA rasanya!! Adoii..nightmare betollah moment nak tunggu keretapi neh!! :p

Finally!!!! Keretapi pon diumumkan akan sampai & tiba dengan selamat. Ahhh...sekali lagi lega! :)

Owhh..nak jadikan cerita, subuh tu sekitar jam 4lebih ke 5, tiba-tiba kami rasa keretapi macam menghentak sesuatu dan STOP. Dah tu, keretapi stop kemain lama tak gerak2!! WTFace!!! Ghopanya, katanya keretapi terlanggar LEMBU dan perlukan masa untuk dibaiki!! Sudah! Elok-elok 7.00am boleh sampai KL Sentral, jadi 10.00am lebey jugak la baru sampai!! Tak pasal-pasal aku terpaksa EL pada hari tersebut.. dah tolak cuti aku kan!! huhuu.. :p

Kesimpulannya, perjalanan balik start dari tunggu keretapi @ Tanah Merah sampai kejadian lebih 12 jam dudok dalam perot keretapi, adalah sangat NIGHTMARE untok akuuuuuuuuu!!! hahahahaaa ~ :p

SEKIAN. 

Mood : ISLAND!!!! 

Saturday, 19 May 2012

Revisit SAGA Hill

Salam..

Sekarang nie mood memerap dekat rumah la pulak..waaaa!!! Tapi sangap la jugak bila dah biasa active dan tiba-tiba memerap aje nie kan! Dan-dan badan rasa lesu-lesu. Tapi tulah nak start BALIK rasa Payah ya amat!! *waaa badan dah berat!!* :'( Eh!! Lagipon tetiba tak de geng!! mana geng nie!??

Ok lah, sebab mood memerap, kita keluarkan ajelah story-story lama :D
Lepas 1st visit di Bukit Saga in January lepas, sekali lagi kami datang pada 25th February 2012 dengan misi mendaki sampai ke WATERFALL!! :D

Emm...tahu tak Bukit SAGA nie sebenarnya ada waterfall tau! Sebut aja pasal air terjun, memang dah terbayang lah kedinginan airnya tu kan! Hiks. Tapi ceritanya nak sampai ke waterfall tu kenelah mendaki lebih jauh dan ke dalam lagi ya. Estimate masa tambahan sekitar sejam ke sejam setengah kut! Ahakss untuk kami yang lambat bergerak lah nie kan huhu..

So jom ikuti koleksi picca(s) sepanjang perjalanan

nie lah jalan mula menuju ke kaki bukit
 the trail to SAGA foothill :))

lil hut..you can see certificate and contact no of the Hill Climber Association 

fwenz @ 1st stop & the entrance of Saga Hilltop :))

Ok..at the Hilltop u might be using this equipment :))

Or you might just get rest as what I did :))

erkkk..nampak tak cicak tuh?? ~ macam batang kayu je kan!! :O
*can you see the lizard?*

Just stop and rest for awhile and we continued our journey as our MAIN aim was to hit the waterfall.
..and here we go..

Laluan ke waterfall tu adalah juga laluan dari arah bukit Apek / ke arah ceupac. Aku tak berapa ingat pulak dengan nama trail dia..adess.. :p Perjalanan melalui trail nie mendatar aja, tapi rasa berejam pulak nak sampai!! Adehhh..

Owhh..I'm getting fatter :p
Ok..posed wif awkward tree with stunning root!! :p

what a yellow mushroom .. poison fungus thought ~ :O

owhhh..yeahhh can u see that??

woahhhh...

visitors on the day..they are regular visitor here :)) 

getting ready for shower thot! :p

WARNING~ this is NOT a toilet..but a fitting room!! :p

the train going back

another fungus in maroon likely soft pink..nice :))

this is the shortcut trail..what a trail we had!! :p

Pada masa nak balik, kami pilih laluan alternative yang katanya lebih singkat. tapi trail adalah lebih kepada pendakian tak henti~ Tapi ok la jugak kan, bosan jugak laluan mendatar dan lama tak sampai-sampai kan!! OOkoffffkofffkofffff ...Batok-batok kau nak sampai!! hahaa!!

owhhh...what a bunga hutan!! ~ wild flower thought :))

Ok that all....saja ingin melepas kerinduan kepada activiti pendakian. Waaa..manalah teman-teman ku nie, semakin busy? Ka makin berisi!! :p

mood : gloomy weekend