Quote

Recipe for success: Study while others are sleeping; work while others are loafing; prepare while others are playing; and dream while others are wishing. ~ William A. Ward

Tuesday, 13 March 2012

XPDC Gunung Tahan~ Part II; Kem Kor - Bukit Botak

Pagi itu pagi yang tenang, suasananya damai..
Dalam kesamaran subuh, kami bangun awal tunaikan kewajipan dan bersalin baju trekking

Trekking hari itu dari Kem Kor ke Bukit Botak adalah sejauh 16.5km dengan laluan pacak katanya!! xoxoxoo *bestt!!* Owwhhhh...my..my..my...
pagi @ Kem Kor

masing2 bersiap & berkemas
siap2 dan angkut stukin dari ampaian :)
okiessss...weolwzz ready :)))
ini kawasan dipanggil Permatang
i @ Permatang
Aku sangat suka dengan kawasan ini, selain laluannya yang mendatar *bonus* udara disini sangat nyaman, sejuk dan segar tambah lagi dengan alunan angin sepoi2 bahasaaa...weeeee.. *dancing* :))
finally was here after walked 2.5km :)))
teruskan perjalanan ke Kubang dan keadaan track di awal perjalanan ituew 
ok!! track dah muka says Good Morning!!!..dan mulalah track pacak lutut ke dagu!! huhuuu ^_^ 
Rasanya masa kat sinilah kami ada berselisih dengan beberapa orang pendaki yang sedang menurun. Mereka kata track memang becak sampai ke atas and even worst! tapi aku tak dapat bayangkan. Jadi setakat mana aku boley elak, aku elak lah lecak-lecak tersebut..heeeee.. :)))
Oowhhhh...belantara tebal, padamu ku bawa seribu perasaan dalam hatiku
..tenangkan la aku~ ;))) 
@ Kubang sekitar 1.30pm dan masa untuk lunch!! :D
ok bye kubang~ kami gerak dulu...
2.11pm@ pit-stop belumut, ada 1 group *group PKNS ke tak silap* sedang berehat..
Akhirnya sampai dekat pit-stop BELUMUT. Sebut betul-betul BELUMUT bukan beRlumut!! ^_^ dan dari Belumut ke Bonzai *pit-stop seterusnya* adalah sejauh 5.5KM!! Rasa nak pengsan bila baca sign board tersebut!! tadi yang 1.5KM dari Kubang ke Belumut pon dah rasa setengah azab!! xoxoooo~ :p
me @ BELUMUT

kawasan kat sini sejuk, lembap dan hampir keseluruhan kawasannya diliputi dengan lumut. Dalam hati aku kata, mungkin kat sini sama macam hutan lumut dekat Cameron tu hehee..*nie lah pengaruh PGL kekdahnya*
Apa PON, boleh tahan penat la jugak nak sampai sini kan! Dah lalu macam-macam pacak hippo lutut ke dagu tapi sebabkan nampak penanda 'kawasan ular' aku & sahabat tak berani nak berlama-lama. kami berhenti sekadar snap picca dan cabuttttttttttttt sebab tatutttttttttttt...hahahahaaa~ ape kes masok utan tapi penakott!!! :p
antara pemandangan di hutan belumut
sebenarnya laluan dekat belumut tu penuh dengan lecak yang aku tak bleh nak cakap!! kalau aku cakap confirm hanya berbunyi 'tak bleh blah..tak bleh blah' sebab macam mana pun kami kena lalu jugak dan blah dari situ! hahah!! Tanah dekat sini adalah tanah gambut. Well tau-tau aje lah tanah gambut adalah peroi, lembik dan mudah terbenam bila dipijak. So mana-mana tempat yang tersalah pijak *tak dapat pijak batang kayu* atau mana tempat tak boleh nak elak lecak, jawabnya terpelosok lah kaki dalam selut & lumpur dan terbenam lah sampai paras lutut!! Satu hal nak tarik balik kaki yg terbenam tu kannn!! Penat dan tak larat! Adoiiii...letey3!!! Mental pon dah nak wujud waktu nie!! :O Sebabkan penat kot tak ingat dah nak keluarkan camera dan snap pic track yang tak bleh balh tu!! :p
finally 4.20pm @ anak bonzai ~Alhamdulillah nak sampai sini rasa setahun tak sampai2 :p
katanya kawasan nie dikenali dengan panggilan 'anak bonzai'. sampai sini kami take 5 dan posin atas pokok 'bapak bonzai' tu. biasanya bergambar atas pokok nie adalah acara wajib dekat sini..huhuu *cian pokok tu*  Kat sini kami jumpa semula dengan geng2 yg awalnya laju kat depan tadi. Kata seorang OTAI, mungkin trek lepas bonzai nie, tak ada becak lagi!! Owhhh..aku dah tak sabar nak habiskan laluan becak nie. sangat penat & mental sudah!!! 
berehat & refill tenaga @ anak bonzai :)))
@ kawasan yg diberi nama 'Pemandangan'
mungkin sebab kawasan nie punyai pemandangan yg indah, maka ia diberi jolokan 'Pemandangan'. Ia depan sikit je dari anak bonzai tadi :)))) 
lihatlah kami sangat asyik snap picca sana sini..ta'ajub dengan ciptaan Allah..
Hyiii Gunung Tahan..*lambai2* :D


akhirnya, tinggal lah kami berdua semula, kawan2 yang lain sudah semakin jauh dihadapan :)
lihat..kesan kubangan di trek yg sebelumnya dan owhhh..track masih becak!!! 
Becak terusssss!!!!


Lecak tak habis2 lagi!!! arghhhh...sangat mental! :'(  PENATTTTTTTT!!!! :'((((
di bonzai menuju ke Bukit Botak *base camp
Laluan kat sini berbatu. kat sini dah tak lecak. tapi bagaikan kehabisan tenaga dan sebenarnya semangat yg dah habis, aku rasa perjalanan sangat lah jauh tak sampai2!! Ade rasa sampai esok pon tak kan sampai!! :p

Daripada kami jalan berdua, sampai 2 orang otai tiba hinggalah kami tinggal berdua semula. Dari hari cerah, sampai remang senja hingga ke gelap gulita. hahaa.. Sebelum tu kami ada tanya pada otai tadi, 'jauh lagi tak?' Bila diberitahu 'dah dekat', rasa semangat sikit. Tapi bila lepas satu bukit nampak bukit lagi dan bukit lagi dan masih tak sampai-sampai, semangat makin lama semakin terbang!! hahaha!!!

sebenarnya kat sini ada juga rasa nak give-up sebab rasa penat yang amat!!! haishh..apalah padahal seharian dah lalu laluan yg lagi susah daripada itu!! Aku siap kata, kalau nak give up nie nak bagi tau sapa?? nak sms EN XXX ke?? sambil aku cekak pinggang budget macam kat situ ada line telifon kan!! kakakakakakahh!!! LOL!!

tiba2 aku teringat 1 pepatah ~ when u wanna give up, u r actually at the position almost reach the top!! 
morale of the story : never give up!!! *cayokkk CK!!! kat sini pandai la aku tulis kan, reality?? mampu kah aku nk apply dlm semua perkara tuuuu kannnn?? huhuuu

satu babak *budget macam berlakon pulak* 1 masa tu kami macam confius sikit dengan trail kat situ. Almaklum lah hari dah gelap dan kawasan pokok2 renik tak ada plastic penanda (plastic belang merah putih) yang nampak hanya track dengan batuan yg memutih saja. Tawakal, ikut naluri dan panca indera mata, kami pilih laluan yg 'nampak cantik'. bila sampai atas setiap bukit kami akan pandang balik ke belakang/bawah just to double check laluan yg kami lalu itu adalah betul. sebabnya, bila kita pandang dari atas, trail nampak lebih clear..train yg betul nampak batu memutih di laluannya :))))) Alhamdulillah. 

Akhirnya kami sampai jam 7.52 malam @ Kem Botak.
sampai je aku campak semua tongkat, glove, bag dan serious aku rasa nak nanges!!! :p Dah bergenang pon air mata aku sebenarnya. Nasib aje hari dah gelap so orang lain tak nampak dan hati masih ada sedikit rasa kuat!!! Tidak aku rasa aku dah nanges sedu-sedu!!! waaaa...bikin maluuu!!! bwaaaahahahhaaaaa!!! LOL!!!! 

Suhu dekat bukit botak nie sangat lah sejuk tak bleh nak cakap! tapi sebab kan rasa berlengas dan rimas yang teramat, sangup aku basahkan semua seluar & baju *macam basuh baju gitu* dan pakainya semula seluar & baju yg basah tu!! Lepas tu gigil memang tak ingat lah!! kene pulak tunggu memba ambil air kat salur yang sangat slow air nya tu kan...bwahhhh..tak tahannn!!! beku!! Aku jugak sampai ditegur oleh seorang otai *tak tau sapa muka tak nampak, gelap* 'sejuk-sejuk pon mandi jugak? cepat2 ganti baju sebab ade kes sebelum nie pelancong dr China hampir nak kene frost bite'. Alamakkk!! takot la pulak! ;p burrrppppp!!
pic selingan~ otai2 yg berjalan laju siang2 dh sampai di Kem Botak !!
owhh tapi kat sini aku memang tak bleh blah babe..
dah la penat, nak masuk kem kawasan sempit pulak, payah membongkok2 mana nak tarik bag lagi..
sebenarnya lepas mandi ala cowboy tu, aku bersalin baju & solat di luar aja. Di kawasan lapang tu lah. sejuk memang sejuk, tapi mengenangkan nak masuk kem lagi payah, so baik settle semua dulu kat luar.

akhirnya, dalam kepayahan sekitar 1030 mlm kami masok kemah. masa nie aku rasa tak larat sangat dah. kalau boleh bag tu aku tak mau angkat dah. aku nak heret aje..waaaa... :'( tapi banyak tali2 la pulakkk.. waaaa... so tak bleh tarik kene angkat jugak kalau tidak roboh lah kemah!! waaaaa..double waaaa... :'( :'( :'(  Sekali lagi rasa nak nanges pon ade!! serious tak tipu!  bila dah masok kemah, mana mengenang nak kene kemas & balut bag dengan plastic pulak lagikkkk!!! Waaaaa tak larat!!! *tak bleh bayang lah muka aku waktu nie* :(

owhh kawan2 yg lain sudah ada yg lelap pun :( 
sebenarnya masa nie, aku belum makan lagi!! WHAT?? No wonder rasa sangat lemah dan teda tenaga. jadi makan secebis dua & buang lebihan kat tepi & tidur. Halal lah tak gosok gigi pon!! hahahah :p

Ya Allah. Allah saja yang tahu betapa azabnya bermalam kat sini. Cuaca sangat sejuk masih terasa even dah pakai sweater, stokin tebal musim winter dan dah masuk dalam sleeping bag pon!! Paling tak boleh tahan ialah angin dia tu. Memang tak dapat lupa lah. Angin sejok bertiup kencang sepanjang malam!! Aku rasa sebenarnya aku tak tidur pon, cuma terlelap 2 kali. selebihnya aku hanya mengigil coba tahan kesejukan dan menghabiskan sisa-sisa malam. sekitar 430 pagi, kami mula gerak bangun. Nak baring pon tak tahan sejuk dah dan bukan boleh tidur pon..  :'(
lagi pic selingan~
kemah pendaki dr group yg lain hampir terbang ditiup angin kencang bukit botak
Kenangan kat sini antara yang paling tak boleh lupa. Tapi tak ada gambar untuk kesemua kenangan pada malam itu. hanya barisan ayat & cerita ini saja mampu aku simpan sebagai tatapan :) *sorry bebel panjang sikit kat sini* ^_^

ok cerita reach d peak di entry yg seterusnya ya :) ~ sekian 

mood : climbing ;)

Sunday, 11 March 2012

XPDC Gunung Tahan~ Part I; Kuala Juram - Kem Kor

Hyi...
Salam to kesayangan semua~ :)

seperti yang dah diceritakan dalam entry 'being a climber', sekarang masa untuk mulakan cerita tentang pengalaman pertama bergelar sebagai seorang pendaki :)

baiklah latar belakang mengapa tiba2 terjun menjadi seorang pendaki telah pun diberitahu, sekarang sebagai permulaan nak cerita program ini asalnya adalah 1 daripada aktiviti kelab di tempat kerja dan berkerjasama dengan team Karat Advanture. Bagaimanapun, memandangkan penyertaan daripada ahli kelab tidak la banyak mana, maka tidak lah terasa activity ini sebagai 1 activity anjuran opis sangat!! xoxooo~
bagaimanapun terima kasih kpd tajaan tshirt *alamak br teringat blom claim RM :O* & special rate untuk kami :D

Sebelum ekpedisi bermula, terdahulu ada briefing di office ditujukan khas especially untuk orang2 macam aku yg 1st time nak jadi pendaki!! xoxoo..tiba2 teringat aku sebenarnya ada 'kelentong' uncle karat masa nak register nama! kata dh biasa mendaki padahal tak pernah langsung! nie semua sebab nak kasi lepas nama punya pasal!! hahaaa!! macam budak2 nakal kannn!! LOL!!!
briefing time~ sempat nak gelak2 lagi..dh la tak tau apa!! :O
Ekpedisi yg digelar 'Mount Tahan Expedition' telah selamat berlangsung pada 3rd - 6th February 2012. Alhamdulillah.
Malam 2 February 2012 kami berkumpul di station KL Sentral sekitar jam 10 malam dan seterusnya bergerak ke Merapuh dengan menaiki bas..owhh...bas sekolah okeyy...ooohokkk2!!  ^_^
~@ KL Sentral~
rehat di hentian Lipis sekitar jam 130 pagi & masjid kami tunaikan subuh (kanan bawah)
merujuk pada pic di atas, sebenarnya aku sangat teruja dengan pemandangan dekat hentian Lipis tu.
sejurus turun dari bas, inilah pemandangan yg aku nampak dan terus snap picca..susah nak explain but let the picca tells u d feeling. nak kata cam seram tak jugak..subhanAllah. cantik. *titik*  
sarapan pagi sebelum bergerak ke Office Taman Negara Pahang, Sungai Relau 
sampai di Pejabat PERHILITAN Sungai Relau kami bergegas salin baju dan terus declare barang2. Baru lah tahu, sebelum masuk ke dalam taman negara, perlu declare semua barang2 yang kita bawa. Pada yang sudah biasa mungkin dah ada list jadi proses senang dan cepat la sikit. Macam aku yang tak tahu walaupun sebelum nie dah diberitahu *tapi macam blur tak bleh nak bayang* proses agak lambat sebab nak kira satu2..hehehe ^_^

perlu declare barang dr segi pakaian *berapa helai*, stokin, glove, plastic, botol etc..dan hasilnya plastic aku declare sebanyak 52 helai!! xoxooo~ dan masa balik nanti *turun dr gunung* perlu declare sekali lagi dan barang2 tadi perlu ada & cukup atau sijil tidak akan dikeluarkan jika sebaliknya..hahah..nanges carik plastic kalau tak cukup nokkk!! :p
during declaration process *aku yg serabut* 
~tak reti nak susun brg cemane!! :p
lepas declare barang, kami ambil masa untuk melawat office PERHILITAN dgn lihat koleksi gambar dan bilik konservasi :)
@ office PERHILITAN Sungai Relau
lihat gambar2 dan di bilik konservasi :)
briefing dari pegawai PERHILITAN 
 sebelum ekpedisi bermula, ada penerangan dari pegawai PERHILITAN tentang peraturan dan adab semasa berada di taman negara dan di dalam hutan. pada hari itu, ada 1 lagi kumpulan dari UiTM selain group kami :)
sebelum apa2..inilah trail ke Gunung Tahan. Kami pergi & balik dgn laluan yg sama iaitu Marapuh (kiri)
ada 2 laluan untuk ke gunung tahan. Laluan yg pertama ditemui ialah laluan Kuala Tahan. Laluan nie kabarnya lebih jauh dan mencabar. Laluan ke dua ialah laluan melalui Merapuh yg dikatakan lebih singkat dan mudah :) *ini lah laluan kami kali nie* ehh!! teringin pulak nak experience laluan Kuala Tahan! ehh!! 
selesai briefing, masa untuk loading haversack besar dalam 4WD :D
bermula~ bergerak dari Sungai Relau ke Kuala Juram dengan 4WD sejauh 13 km 
 dari Sungai Relau kami bergerak ke Kuala Juram (starting point) dengan menaiki 4th wheel drive. hehee..masa tu dalam hati masih suka2 lagik walaupun sebenarnya ada rasa bolak balik..betol ke nie..aku nie biar betul3!!!hahaha~
lagi pic dlm 4WD..org pantang nampak camera memang macam tuh!! xoxoo.. 
sampai di Kuala Juram 
sekali lagi briefing oleh guard dari taman negara & bacaan doa memohon segalanya selamat..amin..
bersama rakan2 se'kelab sebelum expedition starts 
..and the expedition has begun..
sebelum bergerak ke titian ini, sempat lagi aku toleh ke belakang cuba cuba cari 4WD kut2 ada lagi..kut2 aku  rasa nak balik tak jadi nak joint plak kan!! hahahah!! sesungguhnya aku takut kalau2 aku tak mamfuuu.. :p
laluan hari pertama katanya santai saja dan menyeberangi sungai untuk beberapa kali~ :)
 dalam hati, betul ke santai..?? untuk die-rang santai la kot..die orang otaii!!!
dan untuk beberapa jam yg pertama laluan mendatar...aku senyap..berzikir dalam hati dan masih bersoal jawab.. mampukah3 aku?? :p
lintas sungai lagi ~ kabarnya kami melintas sungai yg sama je sebenarnya..tp sebanyak 3 kali  ^_^
~cetek jeee..paras lutut *
utk aku yg katek* dan utk org lain sampai betis jek!! :p
..dan hoyeeee...main air lagiii...weeeeee...:))))
ini sungai adalah sungai yg serious aku paling takot nak lintas!! xoxoo!
Kuala Luis punyai sungai yg paling dalam *aku rasa* dan nampak airnya adalah deras uolss!! Damn!! Aku takottt seriously!! Tapi bagaikan faham, uncle karat *bag itam* yg mulanya di belakang terus kedepan memandu dan memberi tunjuk ajar di mana aja aku perlu berpijak bagi mengelak jatuh/tergelincir. Dan owhh baru sedar 'Pak Lee' *baju putey* pon ade same memberi tunjok ajar. hahaa!! *masa nie aku tak kenal lagi nama beliau!!* heeeeee :))
lunch time!!! :D
..dan hanya orang2 yang berani macam aku aja yang boleh melintas sungai yg deras itu yg akan dapat makan lunch!! hahahaa..dah lepas boleh la verlagaks kan!! LOL!!!

kami sampai di Kuala Luis sekitar 1.30 petang. sebelum gerak tadi, kami dibekal kan dengan lunch pack setiap sorang yg disediakan oleh uncle karat :D  so senang lah tak payah nak fikir nak masak bagai, hal2 makan semuanya uncle karat & team yg sediakan! Oooyeeaaa.. lunch kami tengah hari itu ialah nasi impit & rendang daging yg sangat yummeh!! nyumm!!
@ Kuala Luis :)
@ Lata Luis around 3.10pm
mungkin laluan tak mencabar, tapi setiap kali melintas sungai perlu mendaki balik tebing yang tinggi..adey2..
dan siki2 laluan sudah mula mendaki..adey2..hahaa..kata daki gunung kan.. mana mungkin tak mendaki kan.. apa la aku!! dan bila sampai kat Lata Luis ni, ada jugak sikit rasa 'tak bleh blah' sudahhh!! Adehhh!!

penat sangat rase!!! tambah lagi dengan bag yg sangat berat tu!! Anggaran bag dalam 10 kg tak kurang!!
selain barangan keperluan sendiri, kami perlu bawa ration group yg berupa beberapa buntilan beras, maggi n bihun! Anggaran berat tambahan sebanyak 3-4kg..owhhh...sangat berat!! nanges!! :'( !!

~dari rakan2 yg pernah joint expedition sebelumnya, katanya ration sebelum nie tak la berat ginie..huk :'(
finally @ Kem Kor around 4.15pm
~ uncle & kawan2 yg sangat rajin tolong masak.. *ms nie aku hampir lelap, tak tolong apa pon!! haha!! :D
well..well..well...
Apa lagi yang layak diluahkan bila akhirnya sampai di 'pit stop'/tapak perkemahan!!
Alhamdulillah berjaya berjalan sejauh 13.5km dengan bebanan seberat 10kilogram! fuhhh!!!

katanya kami yg sampai sekitar 4suku petang dan sebagai seorang yg dikira beginner, ianya adalah awal!!

hehehe..terror kah kami?? ^_^ 
~ alahai laluan senang katanya..hahaa..dan bila lepaskan bag yg berat tu, rasa badan melayang sebab terlalu ringan!! Bayangkan bebanan yg kami pikul, bila tanggal bag sampai terasa beza sangat!!

Ok time nak mandi, tiba2 hujan turun dengan lebat, maka tak jadi lah kami mandi. Belasah!! Ganti baju aja..survival katanya!! pandai2 la nak idop dlm hutan kan..itu yg aku cari kan! *dulu2 tak suka camping, leceh nk mandi & membuang katanya!! Sekarang aku gedix nk rasa kann..hamekkkk!!*

OK Sekian!!
~ bersambung dengan expedisi di hari ke-2 pada next entry ya ;)

mood : climbing!!!! 

Saturday, 10 March 2012

Cuci The Musical Last Kopek ~BEST!!!!!~

Hyi!!!

Beralih dari cerita-cerita di Beijing, ingat nak sambung cerita di Tahan, tapi nampaknya cerita2 itu masih tertahan2 sebab masih belum mampu untuk meluang masa mengarang!! xoxoo *active sangat*

Tapi hari nie nak terjun bercerita pasal 'Cuci The Musical Last Kopek'!!!!
~Cuci The Musical Last Kopek~
Tayangan adalah sehingga 18 March 2012, jadi cepat2 serbu IB jommm!!! Sangat Lawakkk!! Gelak sampai nangesss! :')

Sebenarnya teater ni memang favourite kami dari musim pertama lagi tapi terlepas nonton pada pementasan yang kedua..xoxoo~ Apa pun ia adalah sangat BEST dan adalah wajib tonton mendangkan kali ini adalah musim terakhir pementasan nya katanya!!
ticket kami upper circle, tapi telah diupgrade ke bawah, betul2 depan stage :)
Alhamdulillah..rezki2 
BTW jalan cerita masih sama, tapi for sure la ada perbezaan bagi setiap pementasan dan kali ini diselitkan dengan lawak segar mengikut perkembangan semasa dan spontan!! bwaaahahahaaaa...
~cuci The Musical Last Kopek Team~
*dari kiri*- Vanidah Imran, Nabil and allz :)
Masih mengekalkan teraju utama seperti  Afdlin Shauki, Awie, Nabil & Hans Isaac ++ dibantu Vanidah Imran, Harun Salim Bachik, Douglas Lim, Dina dan Reefa ...makan gelak lah sampai krem perutttttttttttt!!!!!! LOL!!!!
ok bye2..pementasan tamat sekitar jam 12 malam :)
korang sila la pergi menonton tak rugi beli ticket uolwss!! Dierang nie memang lawak! in fact most of the time pelakun sendiri *esp nabil la* tak tertahan2 nak tahan gelakkk!! waakakakakaa..aku tak boley lupa! owhh btw, nabil tu muka dia comel2 aja upanya ya..muka kecik2, idong kecik2..hahahaa...and awie adalah sgt comey dgn ketingginnya ^_^

ok, sekian 

mood : gelakkk guleng~