Quote

Recipe for success: Study while others are sleeping; work while others are loafing; prepare while others are playing; and dream while others are wishing. ~ William A. Ward

Saturday, 22 January 2011

Mr Sony..kau peRgi!



eisshhh....
badi?
kau tahu badi?
hahaa..ape aku mengarut neh sYaitOn!!

August 2008..I've lost my 1st sony ericsson HP! masa tu kenduri kahwen adik aku. as a person yang SANGAT penting, aku sangat bizi di dapor! tiba tiba teringat aku perlu mereply sms, lalu aku amik HP dari dalam bilik & reply to the sender. lantas aku bubuh HP itu atas peti ais! terus aku lepew!! bile ingat, majelis dah habis..dah petang! tengok2 atas peti ais HP dah tak de! makne HILANG la tu. habis seme contact number ^_^ itu kisah beberape tahun lalu...

Semalam, aku touch down di KLIA dari Siem Reap. selesai collect luggage, aku bejalan surang diri cari surau mahu jamak. geng aku seme lelaki & aku assumed mereka semua sudah ada yang menjemput. so aku malas nak tayang muka lama-lama berlegar depan depa sebab aku tak mahu ditanya balik naik apa. aku OK naik ERL. tapi aku takot ade plak yang PK ciannye naik ERL..eemm...aku dah biase. tolong jangan kesian. nanti aku akan rase bersalah takot 'susahkan hati' si penanya. kalau terpaksa aku akan buat helah..'ada akak saya nak datang jemput' :p

sebelum masuk surau aku singah toilet sebelah surau tu. surau yang aku pergi nie dekat bahagian luar lepas balai ketibaan, ke kiri kalau dari dalam dan disebelah kanan kalau korang jadi orang2 yang menunggu ketibaan sambil angkat itu papan tanda! hahaa.. terletak dibahagian hujung. dekat dengan tempat simpan luggage yang papan tandanya berkaler yellow.

sambil nak masuk menunai hajat aku baca 1 sms. lantas aku reply. biasa HP aku letak sekali dalam wristlets sambil wristlets itu aku sangkutkan di pergelangan tangan aku. dengan itu aku takkan ketinggalan dia. aku kan pelupa! TAPI kali ini, aku kan baru sampai. di Cambodia aku tak pakai itu wristlets mandangkan matawang yang digunakan beza. jadik aku letak itu HP dalam pocket handbag! jadik bila aku lepas baca itu sms & reply, mandangkan handbag aku sudah gantung di pintu toilet, aku pun letakkan itu HP atas tempat tisu di dalam 'kamar kecik itu!
all of them are kinda of Wristlets
rupenye masa aku keluar aku sudah lupe sama itu HP yang terletak diatas tempat tissue ituew! tanpa rasa bersalah, lantas aku terus ke surau. tiba-tiba teringat nak bagi tahu memba kalau mahu pas barang [sebab memba nak coti seminggu] sila tunggu aku dimana-mana. nanti aku datang. sekali, duakali, tigakali, sepuluh kali cari punya cari HP TIADA!
seorang akak yang baru masuk ke surau menyapa & bertanya. lantas bantuan ku pinta untuk mendail numbor talian HP ku. ringing call ada, tapi BUNYI bersamaku TIADA. barulah aku teringat agaknya aku tertinggal kat toilet ituuuu...
uuuuwwwaaaaaa..............

belari lari anak lah aku pegi semula ke toilet itu. TAK DE! si penjaga disitu [nampak budak-budak lagik] she's Indian. dia nampak aku terkocoh-kocoh lantas datang dekat bertanya. aku ceritakan. dia kata ada seorang mat saleh sudah masuk itu toilet tadik [emmm..dalam kepala aku HP murah pon mat saleh nak hambek ke?] tapi dalam hati aku masih berharap kalau lah betul mat saleh tu jumpa & ambil, semoga dipulangkannya semula di mana-mana counter. tapi dah memang tak de aku nak buat macam mana. 'si penjaga' itu pula coba-coba bagi ceramah sama kat aku! 'akak lain kali baik sikit lah..sekarang haa..ilang barang mesti susah nak jumpa punya'.. eeyyy..aku dah le rase lost! die pulak nak bagi ceramah! bingit TAHU? buat aku rasa marah pulak! eeyyy...laaaaa...

aku balik semula ke surau.
akak yang dekat surau tu try call lagik. ringing still ada. tapi aku sangat sure bunyi dari bag-bag aku memang TAK ADA! aku pegi public phone..sekali, dua kali, tiga kali..aku call ringing masih ada. masok 4 kali OFF sudah!
k70i yang hilang ituewww...
hoh! aku nak call maxis centre tapi number tak ingat! nak call operator pon tak dapat! nasib aku ingat satu satunye no..iaitu number HP akak aku..haha..dulu zaman belajar UiTM tak de HP lagik aku hafal number dia. lalu melekat terus dalam kepala sampai skarang! xoxoo..number lain hampe aku tak ingat langsung! teruk betul kan..beruk..ehh..ehh..nk type teruk tadi cam nak tertype berukk jekk..berukk..beruk..eh!

okeh dapat number maxis centre, tapi 1 lagik masalah. number 1300+++ atau 1800++ tak boleh call pakai public phone yea! 'NOMBOR DISEKAT' katanya! eeyyyyy..kemuncak dah aku rasa! puas aku pusing, KLIA pulak tak de booth maxis. celcom & DG aje ade! kebetulan ade sorang 'guard' lepak dekat dengan public phone. lantas aku tanya sama dia. dia pon kasik pinjam sama aku HP dia untuk buat call sama maxis centre. huh..akhirnya berjaya juga block line aku ituew. takot kang seSEDAP rasa die belasah gayut plak kan.. OKEH.

Setel.
tapi perasaan aku rase macam hilang wallet. aku rase bingung mahu BALIK macam mana hahaa..padahal wallet aku ade! RM pun ade! aku masih rase tak puas lagik. aku tak mahu tinggalkan itu stesen lagik. lalu aku ke kaunter pertanyaan. nak puaskan hati aku. aku kene bagi tahu sama seseorang. aku kene usha sampai kalau tak berjaya pun sampai aku rasa puas hatilah dengan usaha aku tu kan! In case, in case IF lah kan IF lah kalau ada siapa-siapa yang jumpa dan rasa nak pulang.

so aku tanya sama 'kakak' di kaunter pertanyaan. if any as such 'person' so that person boleh pulangkan HP itu di mana? kemudian akak tu minta aku tinggalkan details dekat counter. in case if betullah 'insan' yang jumpa tu nak pulangkan so dat' mereka boleh hubungi aku hahaa... berusaha kan. dah sudah tu, aku ke stall Nelson. mahu beli air sama jagung kasi reda hatiku yang bingung! :p sebenarnya suda tensen..rase nak makan! haihh!

aku minta jagung & hot coffee. aku jatuh BLURRR.. waktu pekerja tu kasi sama aku barangan yang aku order..aku tanya pula..'kenapa 2cup? akak minta jagung 1 jek'. pekerja situ kata, 'satu lagi air'..xoxooo.. aku gelak!

aku kata aku blurrr..baru lepas hilang HP..rasa macam hilang wallet & IC & semua documents penting! aku ceritaka pada mereka sebenar kejadian! :p lantas mereka tanya 'hilang kat mana?' aku kata 'kat toilet belakang'. mereka tanya lagi 'budak yang jaga tu ada tak?' aku kata 'ada, budak India kan yang jaga sana. dah tanya tapi takda!' mereka kata, 'tanya memang lah tak da. patot akak call masa akak kat toilet tu, so baru tahu betul hilang ke atau ada lagi kat toilet tu'

erkk...aku terpaku! betul juga, sepatutnya masa akak yang dekat surau tu call no.aku, patot aku pegi cheq kat toilet tu. tapi sekarang HP aku tu sudah di OFF. so nampak sangat memang macam hilang kan..eemmm....

dari air muka adik ber dua tu, aku macam dapat baca yang mereka tak berapa percaya dengan 'si penjaga toilet' itu. aku nak balik dah. tapi sekali lagi aku pusing kat toilet itu. nak puaskan hati. sekali lagi budak india tu datang bertanya itu ini. tunjuk concern. kali ini dia kata tadi lepas aku keluar sudah ada 2 orang masuk itu toilet.. aikk?? tadi bukan dia kata cuma ada surang mat saleh je ke yang masuk!

eemm..aku tak boleh nak tuduh. but IF..IF lah kan die yang ambik..my comment would be..she shouldn't work at such place. tidak AMANAH namanya itu. bekerja di bahagian yang boleh dikatakan 'MENJAGA' harta awam dan boleh juga dikatakan membawa imej Malaysian dengan saban hari berjumpa dengan orang ramai, ia memerlukan integriti yang tinggi. aku harap one day Malaysian can be like Japanese people! deamm...regret about our culture!

but personally aku redhoo. aku boleh rilek je lagi. aku tahu setiap kejadiah tu kan ade hikmah disebaliknya. tak de lah aku nak frust sangat-sangat. aku cume terkilan sebab hilang contact number yang tak sempat aku nak backup [cadang nak buat backup dengan maxis belum terlaksana & Mr Sony telah hilang dulu!] & terkilan sebab hilang all my personal picca yang memang bapak BANYAK tu kan! hahaa..

on the other side aku fikir, ditakdirkan Allah HP aku itu hilang supaya aku boleh luputkan seme kesan sejarah silam aku itu! haha..situ banyak BUKTI sms & gambo yang masih aku simpan sebenarnya! :p tapi sedikit malang, bukti dalam bentuk sms orang pinjam duit aku yang sampai sekarang tak pulang2 juga tuRut MUSNAH!uhuuuu..

eyyy..sungguh details & panjang pula penceritaan aku ini! arghh..kali nie aku mls nk edit. nah hambik kau! aku publish seme! hehe..

user posted image
nice cheap phone from samsung..
kinda of below rm100 colour basic phone!

~ok aku skarang back to basic..HP hanya untuk sms & kol saja ya! good e'nuf for my RM80/- :p :p :p

mood: badi dgn sony..looking for BB! hiksss :D

4 comments:

marvicn.com said...

budak india tu yg ambek kot

HF Delight said...

sian kiot..takziah yek....hekhek..

My_Aqeelah said...

handfun dah murah skang beli je sepuluh bijik puas hati.

ck said...

hak2 dh beli sebijik lagik BB putey pulak! tp application de yg x lepas setting..haihh! buta IT mmg x suai pki hanpun SEMAT! :P