Salam...
Sesejak badan rasa tak berapa nak sihat nie (tangan mudah kebas, lutut sakit2, badan sengal2)..diri selalu mengenangkan alam yang satu lagi.. Malam tadi sebelum tidor, diri sekali lagi terkenang 'nasib disana'..Hati merasa hiba & sedih..sudah cukup kah bekalan ku keSana..sudahkah ku pohonkan maaf dari semua..sudah terbalaskah jasa ibu & ayah..sudah terlaksanakah segala impian, harapan, cita2 & anganan...
Apa pun alasan..jika masa itu telah tiba..semua akan kita tinggalkan...siap atau tidak 'waktu itu' sedikit pun tidak akan dilewat atau diawal walau hanya seminit cuma.. Renung2kan...
Subuh tadi lepas je habis sahur dalam pukul 5.30 pagi, satu sms masuk bagi tahu ibu kepada Pn Azizah Zakaria, rakan seoffica kami telah kembali ke Rahmatullah...Innalillahiwainnailaihirojiun...takziah diatas kepulangan bondanya ke Rahmatullah...semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..AMIN..
Al-Fatihah..
Alhamdullilah, pagi nie sempat meluangkan masa melawat Kak Zah & keluarga di Taman Keramat. Menurut beliau Arwah pergi secara tiba2. Pada hari pemergiannya Arwah dikatakan berpuasa & sedang menunggu waktu berbuka yang tinggal beberapa minit sahaja lagi. Pada mulanya Arwah dikatakan berbaring, kemudiannya duduk (kerusi/sofa kurang pasti pula aku). Tiba2 Arwah jatuh dari tempat duduknya dan bila dibawa ke hospital doktor telah mengesahkan beliau telah tiada..
Merenung kepada peristiwa ini, keinsafan timbul di hati..pemergian Arwah cukup mudah. Pergi di dalam bulan Ramadhan, pergi ketika sedang berpuasa, pergi dalam keadaan yang sedang sihat (Arwah mempunyai sejarah sakit jantung & paru2 katanya). Boleh dikatakan beliau tidak menyusahkan anak/saudara. Arwah pergi dalam keadaan yang cukup baik... Macam mana pula nasib kita nanti? Mudah2an dipermudahkan olehNya...
Marilah kita menginsafi diri...setiap hari kita berpuasa..belum pasti kita dapat berbuka..kita sebuk menyiapkan persiapan raya..belum pasti kita dapat berHari Raya..kita sebuk mengejar harta dunia..bila tiba 'masanya'..kita tinggalkan semua...
Nota perpisahan: Mati itu suatu yang pasti..
No comments:
Post a Comment